Kajian: Makhluk asing mungkin hidup di dalam tanah di Marikh

Satu kajian mendapati Planet Marikh berkemungkinan didiami oleh makhluk asing yang hidup di bawah permukaan tanah, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kajian diterbitkan dalam jurnal Astrobiology itu mendedahkan bahawa di bawah permukaan tanah di Marikh, hidupan mikrob boleh berkembang selama berbilion-bilion tahun.

Justeru, saintis-saintis menyelidik mengenai kehidupan yang berpotensi di bawah permukaan planet tersebut dengan mengkaji ketulan batuannya.

Mereka mendapati bahawa sejuta mikrob boleh hidup dalam hanya satu kilogram batu, keadaan sama seperti sampel di Bumi.

Permukaan tanah di Marikh berkemungkinan agak sukar untuk dihuni memandangkan keadaannya yang telah rosak akibat ribut debu, angin solar dan sinar kosmik.

Menurut ketua penyelidik kajian tersebut yang juga saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Jesse Tarnas, disebabkan itu, peluang terbaik untuk habitat di Marikh hidup adalah di bawah tanah.

“Sekiranya planet tersebut mengandungi air, ia bererti terdapat peluang yang baik untuk hidupan berada di situ,” katanya. – Agensi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*