Kenapa Perjuangan Dr Zakir Naik Ditent4ng, Apa Salah Beliau Hingga Diperlaku Sedemikian?

dr zakir naik ditentang

Kenapa Perjuangan Dr Zakir Naik Ditent4ng, Apa Salah Beliau Hingga Diperlaku Sedemikian?

Hari ini kita menyaksikan seorang tokoh pendakwah terkenal telah berjaya ditutup mulutnya dari pentas terbuka negara. Betapa sed1hnya kita yang mengenali beliau dan betapa gembiranya mereka yang memu sohi beliau. Hari ini kita sedar, betapa sukarnya tugas menyeru manusia ke jalan Allah dan Rasul. Betapa sukarnya melakukan dakwah tauhid berbanding dakwah akhlak.

dr zakir naik ditentang

Hari ini kita faham, dakwah yang berkonsep menyingkap kebatilan itu lebih sukar dari menyeru ke arah kebenaran. Betapa sukarnya mencegah kemungkaran itu berbanding menyuruh kemakrufan. Saya yakin dugaan ini barangkali ringan sahaja bagi DZN yang masih memiliki pentas lain dalam menyampaikan dakwah, dan beliau tidak akan sesekali berhenti selagi nya wa tidak terpisah.

Bacalah al-Quran… Demikianlah dakwah tauhid para Nabi dan Rasul sejak ribuan tahun dahulu yang juga ditu duh mengh1 na sembahan kaum mereka, serta ditohm4h meme cah be lahkan masyarakat mereka, lalu diten tang dan ditekan begitu dah syat demi menutup mulut mereka.

Tiada dakwah sesukar dakwah tauhid yang mengajak manusia menyembah Allah Yang Esa tanpa mempersekutukan-Nya, kerana suka atau tidak, ia pasti akan menggugat kepercayaan pihak lain, dan menyentap sensitiviti penganut lain.

Cukup dengan mengatakan Allah sahaja Tuhan yang layak disembah, pasti akan dikata mengh1 na penganut kepercayaan yang menyembah banyak “ilah”. Cukup dengan menyebarkan risalah surah “قل هو الله أحد” yang menegaskan Allah itu tidak diperanak mahupun memperanak, pasti akan dikata menye rang agama lain kelak.

Ia lebih mencabar dari dakwah menyebarkan ilmu, mahupun dakwah mengajak manusia bersikap mulia.

Seruan dakwah yang pelbagai itu wajib bagi umat Islam yang mampu mengikut kapasiti masing-masing sehingga ‘cahaya’ Islam ini dapat disampaikan ke seluruh ceruk alam. Namun fitrah dakwah itu sebagaimana yang Allah firmankan:

يُرِيدُونَ أَن يُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ * هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ ڪُلِّهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka akannya. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun golongan musyrikin tidak menyukainya” [al-Tawbah: 32-33].

Hari ini juga kita menyaksikan kebenaran sabda Nabi SAW akan ramainya bilangan umat baginda di akhir zaman yang tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya menjadi mngsa ratahan ‘pemngsa’ dari segenap penjuru umpama makanan yang terhidang.

Sabda baginda:

“Pada saat itu Allah menca but perasaan gerun dari hati-hati mu suh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penya kit wahan”. Lalu sahabat bertanya, “Apakah yang dimaksudkan dengan wahan itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan ma ti” [riwayat Ahmad].

Benar, hari ini kita ramai, namun kita lemah,
Masing-masing membawa panji yang meme cah be lah,

Akhirnya perpaduan umat kian goyah,
Masing-masing tidak rela kepentingannya dilapah,
Akhirnya agama ini semakin rakus dira tah.

Di manakah ‘Umar? Di manakah al-‘Izz ‘Abd al-Salam?
Muncullah! Kerana cahaya agama ini semakin kelam,

Auranya semakin suram tenggelam,
Umat ini telah kehilangan ‘izzah Islam,
Seakan bulan yang terlindung di sebalik awan malam.

Sekadar luahan,
Dr. Kamilin Jamilin

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*