Kereta Lama Berjemur Tengah Panas Sampai Bahang Nak Masuk Kereta? Ini Cara Mudah Nak ‘Kasi Settle’

Bila nak parkir kereta, mesti ramai yang nak pilih ‘port’ teduh kan. Tak dapat parkir berbumbung, bawah pokok pun jadi lah. Kalau parkir tengah-tengah panas, waktu tengah hari rembang pula, alamatnya macam cacing kepanasan la bila nak masuk kereta nanti.

Tapi kadang-kadang nasib tak menyebelahi, terpaksa juga lah pasrah parkir tengah panas. Tahu tak sebenarnya ada ‘trick’ nak ‘sejukkan’ kereta bila anda berada di situasi macam ni.

Video yang diunggah pengguna akaun TikTok @malayboy__ ini mungkin dapat selesaikan masalah anda lepas ni. Video tersebut mendapat 101.8 ribu tontonan dan lebih enam ribu sukaan setakat ini.

Mari tengok macam mana abang ni ‘sejukkan’ kereta yang parkir tengah panas. Untung-untung cuba menjadi!

“Buat kat tandas pun okay”

Di ruangan komen, netizen yang pernah mencuba tips ini juga berkata ia membantu menyejukkan kereta bila parkir tengah panas. Ada juga yang berkongsi tips sejukkan kereta dengan mengubah ‘setting’ penghawa dingin sebelum keluar dari kereta.

Bukan sahaja boleh praktikkan untuk kereta yang panas, ternyata tips ini juga digunapakai sesetengah netizen untuk mengurangkan bau sebelum masuk tandas. Selamat mencuba!

Sumber: TikTok @malayboy__

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*