Khuatir alat sul!t mengec!l, IQ merosot alasan enggan pakai pelitup muka

LONDON – Seorang lelaki di South Derbyshire, England enggan memakai pelitup muka ketika memasuki sebuah pasar raya dengan alasan pelitup muka akan menyebabkan alat sul!tnya mengecil, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Selain enggan memakai pelitup muka, lelaki itu juga memberi amaran kepada pelanggan lain agar melakukan perkara sama jika tidak mahu kejadian serupa berlaku pada alat sul!t mereka.

Menurut pihak berkuasa, sejak pemakaian pelitup muka diwajibkan, pol!s menerima banyak aduan berhubung keengganan penduduk mematuhi peraturan itu dan memberikan pelbagai alasan tidak masuk akal.

“Selain alasan pelitup muka mengecilkan alat sul!t, polis juga menerima alasan seperti ia akan merendahkan tahap IQ atau kecerdasan otak seseorang.

“Sikap tidak bertanggungjawab ini amat menyedihkan dan menyusahkan banyak pihak. Pelitup muka masih wajib walaupun anda sudah melengkapkan dua dos vaksin kerana masih ada orang yang belum selesai proses vaksinasi mereka,” demikian menurut jurucakap Polis West Mercia.

Tambah jurucakap itu, semua penduduk diminta menghormati pekerja sektor peruncitan dan perhotelan jika mereka meminta pengunjung memakai pelitup muka kecuali mempunyai alasan munasabah.

“Sekiranya anda tidak mematuhi peraturan atau melibatkan diri anda dalam penganiayaan penyedia perkhidmatan, anda mungkin akan diminta oleh pemilik perniagaan untuk meninggalkan premis tersebut.

“Dan jika anda memutuskan untuk melawan dan bertindak kasar, kami (polis) mungkin diminta untuk datang dan menyelesaikan situasi berkenaan,” tambahnya. – Agensi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*