Lelaki Mendakwa Dirinya Sebagai Raja Muda Dari Kerajaan Jin, Mempunyai Pusat Istana

Lelaki Mendakwa Dirinya Sebagai Raja Muda Dari Kerajaan Jin, Mempunyai Pusat Istana

DUNGUN – Seorang lelaki yang pernah mendakwa dia ditabalkan sebagai ‘Raja Muda’ dari kerajaan jin direman 14 hari oleh Mahkamah Majistret Dungun, di sini hari ini untuk siasatan lanjut selepas didapati positif d4dah jenis meth4mphe tamine.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Hazwanie Husain Bustari bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Pen4gih D4dah 1983 dijalankan terhadap lelaki berusia 34 tahun itu.

Semalam, lelaki itu ditangkap di sebuah surau di kawasan Hutan Simpan Bukit Bauk, di sini yang dijadikan sebagai istananya sejak Oktober 2018, kira-kira jam 3.30 petang.

Dalam serbuan itu, suspek dikatakan cuba melarikan diri, namun gagal sebelum ditahan penguat kuasa terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Agama Daerah Dungun dan Pejabat Perhutanan Terengganu Selatan, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan Agensi Antid4dah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun.

Hasil ujian awal saringan air ken cing mendapati suspek positif d4dah jenis meth4 mphe tamine.

Sebelum ini, suspek menjadikan surau berkenaan sebagai tempat tinggalnya dan kehadirannya mula menimbulkan kegusaran kepada orang awam yang ingin singgah solat atau beriadah di sekitar kawasan hutan simpan itu.

Ini kerana, dia menghiasi kawasan sekitar serta bahagian dalam surau dengan kain kuning dan pelbagai lagi simbol serta perhiasan, malah turut menutup tingkap surau dengan menggunakan sejadah dan memasang lilin pada semua tingkap surau dengan mendakwa perlu mengerjakan ibadat dalam suasana gelap.

Lelaki itu juga sebelum ini pernah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru, untuk menjalani rawatan psikiatri.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*