Lelaki Dirakam CCTV Buat Serangan Se.ksual Ke Atas Seorang Wanita Di Tempat Awam, ‘Terus Lompat Atas Belakang’

Tindakan seorang lelaki yang melakukan serangan sek.sual terhadap seorang pejalan kaki wanita di satu kawasan kaki lima di Brooklyn, Amerika Syarikat berjaya dirakam kamera CCTV.

Menurut Daily Mail, serangan tersebut telah berlaku sekitar jam 8.10 malam waktu tempatan pada hari Isnin di kawasan Williamsburg di Brooklyn.

Menurut pihak polis, man.gsa yang merupakan seorang wanita berusia 35 tahun, sedang berjalan-jalan pada ketika itu sebelum seorang lelaki mula mengekorinya.

Dia dilaporkan menyedari kehadiran lelaki tersebut di belakangnya dan mula menukar laluannya dari Morga Avenue ke Stagg Street. Pun begitu, lelaki tersebut terus mengekorinya, seperti yang dilihat dalam video CCTV yang dikeluarkan oleh pihak pol1s NYPD pada Khamis lalu.

Rakaman tersebut memaparkan peny.erang yang tidak dikenali itu berlari dan terus melompat ke arah man.gsa dari belakang, menyebabkan man.gsa hilang imbangan dan terjatuh tertiarap ke atas lantai.

Pihak pol1s menyatakan bahawa lelaki itu telah mengh.empap wanita berkenaan, memasukkan tangannya ke dalam seluar pendek man.gsa dan mer.amas punggungnya sebelum melarikan diri.

Wanita berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kece.deraan fizikal.

Sus.pek digambarkan berketinggian 5 kaki 5 inci dan berat sekitar 165 paun, dengan rambut pendek dan berwarna hitam. Dia kali terakhir telah dilihat memakai kemeja -T hitam, seluar camo hijau dan kasut hitam, dengan topeng muka hitam di dagunya.

Sumber: Daily Mail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*