Connect with us

Motivasi

Lelaki Ini Masa Hidup Duduk Flat. Dilabel Pengemis Tak Waras. Rupanya Jutawan Zuhud

Published

on

jutawan zuhud

Lelaki Ini Masa Hidup Duduk Flat. Dilabel Pengemis Tak Waras. Rupanya Jutawan Zuhud

jutawan zuhud malaysia

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah maha luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” {Petikan dari surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:261)}.

jutawan zuhud

1. Bersedekah/berinfaq dengan ikhlas kerana Allah dan untuk jalan Allah adalah ibarat menghimpun harta kekayaan untuk kegunaan di negeri akhirat. Allah SWT berfirman banyak tempat di dalam Al-Quran tentang kelebihan bersedekah. Surah yang banyak membicarakan tentang bersedekah ini ialah surah Al-Baqarah[Lembu Betina](2:195, 215, 245, 254, 262, 264, 265, 267, 271, 272, 273, 274 dan 280). Ia juga ada disebut dalam surah-surah Ali Imran[Keluarga Imran](3:92) dan An-Nisa’[Kaum Wanita] (4:39 dan 114).

2. Rasulullah SAW juga banyak bersabda tentang kelebihan dan kebaikan sedekah. Salah satu yang mashyur ialah seperti diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, yang bermaksud: “Apabila anak cucu Adam itu mhati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan keampunan untuk kedua ibu bapanya dan ilmu yang memberi manfaat”.

3. Mahukah kita menjadi seorang jutawan akhirat?. Memiliki harta kekayaan untuk kegunaan dan keperluan di negeri akhirat. Jika mahu ikutilah langkah yang telah dipraktikkan oleh almarhum Ahmad Dawjee Dadabhoy (ADD). Siapakah ADD?. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1907 di Gujerat India. Setelah merantau di banyak negara di dunia maka pada tahun 1940an ADD telah datang ke Tanah Melayu dan memilih untuk menetap di Kuala Lumpur. ADD ialah seorang ahli perniagaan India muslim bertaraf jutawan yang amat berjaya pada masa itu. Aset dan sahamnya ada di dalam dan di luar negara. Namun beliau memilih untuk hidup yang sangat sederhana dan hanya tinggal di No.2420, Rumah Pangsa Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Bagi orang yang tidak mengenali beliau akan berfikir beliau ialah seorang miskin ataupun kurang waras fikirannya.

4. Beliau dikatakan boleh bercakap dalam banyak bahasa. Kegemaran ADD ialah membaca buku. Sebanyak 1,077 buah buku koleksi milik almarhum ADD yang telah direkodkan. Buku-buku tersebut pada awalnya disimpan sementara di Perpustakaan Institut Profesional Baitulmal, Kampung Pandan. Buku tersebut meliputi pelbagai bidang antaranya kenegaraan, ketamadunan, sejarah, bahasa, geologi, perubatan, politik dan pertanian. Ketelitian ADD dalam membaca dapat dilihat menerusi catatan tangan di dalam buku-buku tersebut. Turut dijumpai dalam buku-buku tersebut beberapa keping gambar lama yang menunjukkan peristiwa banjir besar yang melanda Kuala Lumpur pada tahun 1971. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), K.L. kemudiannya telah memindahkan buku-buku tersebut ke sebuah galeri di Aras 35, Imarah Wakaf MAIWP.

jutawan zuhud

5. Sebelum me ning gal dunia beliau berwasiat agar segala kekayaannya digunakan untuk kemajuan pendidikan dan ekonomi orang Islam. Dihari kemhatian beliau pada 24.1.1987 (23 Jamadil Awwal 1407), ADD mhati di dalam sebuah rumah pangsa kecil beliau di Jalan Masjid India dengan di kelilingi oleh buku-buku bacaannya. ADD me ning gal dunia ketika berusia 80 tahun. Pada tanggal 18.9.1991 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan bahawa MAIWP KL adalah pemegang amanah almarhum memandangkan beliau tidak mempunyai waris serta bagi memenuhi wasiat ADD.

6. Pada tahun 2007 MAIWP telah memajukan tanah almarhum seluas 1.21 ekar di Lot 168 dan 169, Jalan Perak Kuala Lumpur dengan kerjasama Tabung Haji dan Bank Islam Berhad. Majlis peletakan batu asas pembinaannya telah dilakukan oleh Tun Abdulah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri. Di atas tanah wakaf tersebut telah didirikan sebuah menara 34 tingkat yang dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Bangunan itu dibina dengan kos RM 151 juta yang ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji. Majlis perasmian menara tersebut telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin pada 19.10.2011. Projek ini merupakan pembangunan projek wakaf komersil pertama di Malaysia. Nilai asal tanah itu ialah RM 34 juta tetapi hari ini nilainya telah melebihi RM 200 juta.

7. Hari ini menara ini disewakan sebagai pejabat kelas A di kawasan segi tiga emas yang kedudukannya tidak jauh dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC). MAIWP sebagai pemegang amanah harta wakaf ADD menerima RM 56.6 juta hasil sewaan bangunan ini selama 25 tahun. Selepas 25 tahun menara ini akan menjadi milik MAIWP. Kini bangunan menara ini disewa oleh Bank Islam dan menjadi pejabat utama mereka di Kuala Lumpur. Di dalam bangunan menara ini terdapat sebuah surau yang dinamakan sempena nama ADD yang boleh memuatkan seramai 3,000 jemaah. Kejayaan pembinaan menara ini membuktikan keupayaan MAIWP untuk membangunkan tanah-tanah wakaf.

8. Selain tanah di Jalan Perak, MAIWP turut bertanggung jawab kepada hartanah ADD lain iaitu 1 lot kedai di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur dan 2 buah rumah berkembar dua tingkat di Taman Melawati Kuala Lumpur. Di samping hartanah tersebut, MAIWP juga turut menjadi pemegang amanah kepada harta wakaf ADD yang berbentuk saham bernilai jutaan ringgit samada di dalam dan di luar negara termasuk Bursa Saham London dan beberapa bursa saham lain.

9. Pernah keluarganya dari Afrika Selatan datang ke Malaysia. Menitis air mata keluarga ADD apabila dibawa melawat tanah wakaf beliau di kawasan segi tiga emas, Kuala Lumpur. Mereka menangis kerana melihat tingginya nilai hartanah tersebut dan betapa tingginya ketaqwaan dan keimanan saudara mereka, yang telah mewakafkan hartanya itu untuk memajukan umat Islam di Malaysia.

10. Kisah ini hanya berlaku lebih kurang 30 tahun lalu. Ia akan mengingatkan kita kepada kisah hidup para sahabat Rasulullah yang kaya raya tetapi menginfaqkan/mewakafkan harta mereka untuk agama Allah. Harta yang ditinggalkan untuk manfaat orang lain. Mereka telah membuat pelaburan jangka panjang yang hakiki untuk kegunaan dalam kehidupan di negeri akhirat.

11. Jadikanlah diri kita seumpama pokok yang berbuah agar buahnya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Jangan jadi pokok yang hanya rendang dan lebat daunnya tetapi tidak berbuah.

12. Mencari harta kekayaan tidak dilarang dalam Islam. Tetapi perlu diingati bahawa harta kekayaan itu bukanlah milik mutlak kita. Harta perlu dikongsikan dengan orang lain samada dalam bentuk zakat, sedekah, wakaf dan seumpamanya. Setelah kita mhati nanti pahala sedekah inilah yang akan terus menerus sampai kepada kita di alam barzakh untuk memberi kesenangan kepada kehidupan kita di sana nanti.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Motivasi

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Published

on

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Sudah menjadi kebiasaan buat Mimi (bukan nama sebenar) untuk bekerja di sebuah kedai menjual telefon bimbit berdekatan rumahnya di sebuah negeri di Pantai Timur sewaktu cuti semester. Dia ketika itu merupakan seorang penuntut di sebuah universiti awam di ibu kota.

“Bagi mencari duit tambahan setiap kali cuti semester di kampung saya akan bekerja.

“Sewaktu bekerja di kedai telefon bimbit, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki berusia awal 40-an. Kami kemudian telah bertukar-tukar nombor telefon,” katanya kepada K2 sewaktu mengimbau detik bermulanya titik hitam dalam kehidupannya.

Tambahnya, lelaki tersebut tidak henti-henti mengirim mesej kepadanya untuk berkenalan dengan lebih lanjut.

Mimi pada ketika itu masih belum memiliki teman lelaki. Disebabkan rasa kesunyian yang menghantui dirinya dia melayan lelaki tersebut.

Setelah beberapa bulan berkenalan, Mimi yang pada masa itu baru berusia 20 tahun telah jatuh hati kepada lelaki tersebut walaupun mengetahui bahawa lelaki itu suami orang.

“Dia pandai bermain kata-kata yang manis sehingga membuatkan saya semakin sayang kepadanya. Kami sering bertemu untuk melepaskan rindu.

“Ketika berkenalan dia menyatakan bahawa dia bekerja sendiri. Saya tidak kisah apa pun pekerjaannya kerana dari pandangan mata saya pada masa itu dia adalah lelaki yang baik,” ujarnya.

Selain itu, lelaki yang dikenalinya di kampung itu sanggup datang ke ibu kota untuk bertemu dengan Mimi apabila gadis itu pulang ke universitinya.

Ketika di ibu kota, Mimi telah terlanjur dengan lelaki itu meskipun pada mulanya dia tidak membenarkan lelaki tersebut melakukan perkara sedemikian kepadanya.
Namun, disebabkan sayang, Mimi akhirnya tewas dan menyerahkan tubuhnya kepada suami orang itu.

“Ketika saya pulang bercuti ke kampung kami masih melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Dia juga berjanji untuk berkahwin dengan saya apabila tiba masanya kelak,” bicara Mimi.

Disangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan terhadap nasib yang dihadapi Mimi selepas itu.

Kebahagiaan yang dikecapi olehnya ketika menjalinkan hubungan bersama lelaki tersebut diuji setelah dirinya disahkan mengandung akibat hubungan terlarang itu.

“Saya rasa tidak berapa sihat setelah pulang ke ibu kota dan dalam masa sama, saya sudah tidak datang ‘bulan’ dalam tempoh yang agak lama.

“Saya mula risau dan pergi ke farmasi untuk membeli alat uji kehamilan. Setelah diuji saya mendapati keputusannya positif. Bagi mendapatkan kepastian, saya terus ke klinik melakukan pemeriksaan dan keputusannya juga sama,” jelasnya.

Tambahnya, selepas itu, Mimi terus memberitahu lelaki tersebut agar dia bertanggungjawab. Lelaki tersebut enggan bertanggungjawab dan seakan mahu berlepas tangan.
Mimi buntu dengan nasib yang dialaminya itu.

KEHAMILAN akibat hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang juga suami orang telah menyebabkan Mimi menanggung derita. – GAMBAR HIASAN

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberitahu keluarganya tentang nasib yang menimpa
dirinya.
“Ibu saya begitu kecewa dan pengsan setelah saya memberitahu perkara tersebut. Ayah saya seorang yang tenang dan dia minta saya memberitahu siapa lelaki yang bertanggungjawab.

“Ayah serta beberapa saudara terdekat pergi mencari lelaki tersebut dan minta dia bertanggungjawab mengahwini saya dengan segera. Pada mulanya teman lelaki saya itu tidak mahu bertanggungjawab tetapi dia akur setelah ayah saya mengatakan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Tambahnya, bapanya sendiri telah pergi bertemu keluarga lelaki itu dan menjelaskan perkara sebenar.

Akhirnya, Mimi dan lelaki tersebut berkahwin bagi menutup aib yang telah mereka lakukan.

Setelah berkahwin dan melahirkan anak yang dikandungnya barulah Mimi sedar bahawa lelaki itu adalah seorang yang tidak bertanggungjawab.

Nafkah zahir langsung tidak pernah diberikan dan kelengkapan membesarkan anaknya banyak disediakan oleh keluarga Mimi sendiri.

“Dia langsung tidak menyediakan rumah buat saya untuk berteduh dan sebaliknya membiarkan saya terus tinggal bersama keluarga saya.

“Dia hanya sesekali datang menjenguk anaknya itu. Apabila dia teringin melakukan hubungan intim bersama, dia akan datang ke rumah saya dan selepas itu dia pergi,” ujarnya.

Mimi tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut dan ada kalanya dia mendapat mesej daripada isteri pertama suaminya supaya dia memohon cerai daripada lelaki itu.

Mimi kemudian menceritakan permasalahan itu kepada keluarganya dan bapanya bersetuju untuk mereka bercerai.
“Ayah menasihati saya supaya mulakan hidup baharu setelah berpisah dengan lelaki itu,” jelasnya.

Mimi kemudian meminta cerai kepada suaminya dan lelaki itu akhirnya melafazkan talak ke atasnya.

Sebuah mahkamah syariah di Pantai Timur kemudian mengesahkan perceraian tersebut.
Nota: Artikel ini ditulis bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya hanya untuk tujuan iktibar dan pengajaran semata-mata.

Continue Reading

Motivasi

Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja

Published

on

Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja

Mungkin ramai yang tak sedar bahawa cara perhubungan di tempat kerja yang dianggap ‘biasa’ dan ‘tiada apa-apa’ selama ini, sebenarnya juga mampu menjadi punca kepada berlakunya keretakan di dalam rumahtangga.

Walaupun hanya rakan sekerja, sebaiknya jagalah adab sebaiknya. Selagi boleh cuba elak makan bersama suami atau isteri orang lain satu meja, apatah lagi makan berdua. Hadam perkongsian daripada Muhamad Afif Idris ini.

Elakkan Makan Bersama dengan Pasangan Orang Lain.

Tidak wajar seorang isteri orang lain makan bersama suami orang lain pada waktu rehat. Jika berseorangan lagilah tidak wajar.

Pesan pada isteri dan suami, cuba elakkan untuk makan bersama pasangan orang lain satu meja walaupun apa jua alasan. Jika ianya adalah disebabkan mesyuarat, maka makanlah sekadarnya dan carilah kedudukan yang jauh yang mana jika pasangan kita lihat keadaan tersebut, tidak terdetik cemburu dihatinya.

Acap kali juga saya lihat isteri orang makan bersama suami orang di meja makan. Sudahlah meja makannya stail hipster (meja yang tidak berapa luas), maka secara tidak langsung kedudukan mereka juga agak rapat. Dan selepas itu mereka pun bersembang bersuka ria.

Kadang-kadang ada situasi di meja makan seorang isteri dan beberapa orang suami pada satu meja. Kita perlu menjaga akan perkara ini. Teguran ini mungkin ganjil pada saat ini, tetapi ingatlah jika perkara kecil seumpama ini pun kita tidak dapat jaga, jika diuji dengan perkara yang lebih besar bagaimana agaknya situasi kita?

Itu belum lagi jika isteri perlu pergi kursus seminggu, suami perlu ke luar kawasan selama beberapa hari dengan rakan sekerja. Semakin galaklah mereka bersandiwara di luar sana. Bermanja dengan lelaki orang, suami menggedik dengan isteri orang lain.

Nauzubillahiminzalik.

Jagalah Adab Sepatutnya

Hatta dalam keadaan jika perlu bermesyuarat dengan bos pun, jika berlainan jantina maka jagalah adab-adab yang sepatutnya. Jangan buat di ruangan yang tertutup 100%. Jangan mesej di luar waktu kerja. Jangan guna emoji-emoji yang wujud dalam smartphone. Biarlah interpertasi mereka rasa kita garang atau cengeh, asalkan maruah kita dan pasangan terjaga.

Dan jika dalam situasi kita tiada pilihan contohnya bagi mereka yang buat sales marketing, jual cuckoo, takaful dan seumpamanya, carilah tempat pertemuan yang terbuka atau mintalah klien ajak pasangan masing-masing atau kita bawa pasangan kita.

Saya juga pernah ada berjumpa klien perempuan yang sudah berkahwin yang berminat nak buka akaun Unit Trust. Walaupun bertaraf ibu kepada anak remaja, sedaya upaya saya setkan temujanji agar dibuat di kedai yang terbuka konsepnya. Dan pastikan temujanji tersebut pada waktu siang.

Jujur Dengan Pasangan

Jujurlah pada pasangan kita. Jangan di depan nampak menjaga diri, di belakang bukan main mesra dengan rakan sekerja lelaki atau perempuan makan bersama. Melepak bersama bila ada waktu kosong.

Nampak kecil, tapi dari perkara yang kecil (melepak bersama bila ada waktu kosong itu) boleh membawa kepada perkara yang besar. Jangan menipu pasangan kita. Takutlah ujian serupa akan menimpa kita jika kita tidak jujur. Jom kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Agar perjalanan kita #road2jannah diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Sumber: Muhamad Afif Idris

Continue Reading

Motivasi

Inilah 3 Perkara Yang Sangat Sensitive Terhadap Wanita, Tapi Ramai Lelaki Tak Ambil Peduli

Published

on

Inilah 3 Perkara Yang Sangat Sensitive Terhadap Wanita, Tapi Ramai Lelaki Tak Ambil Peduli

Mampu ke lelaki bahagia tanpa wanita? Itu soalan panas buat kaum lelaki sebab kalau ikutkan zaman sekarang, makin banyak kes suami yang jenis tak reti hargai penat lelah seorang wanita. Makin membiak juga golongan lelaki yang bergelar anak yang abai ibu selepas berumah tangga.

Tetapi Alhamdulillah cuma segelintir, tidak semua perangai begitu. Namun untuk kesedaran ramai, jom baca perkongsian Ustaz Ebit Lew ini, moga kita mampu berubah menjadi manusia yang menghargai dan melengkapi…

Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..?

Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih. Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang.

Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.

Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.

Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.

Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan…ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita.

Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas. Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang…maafkan saya. Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Ya Allah..

Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer…ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. Dah macam apa perut itu. Dengan darah penuh. Ya Allah.

Setiap kali dapat anak saya, azan dan iqamah. Selalu sebak. Sebab doa tangisan Nabi saw,anak saya dapat kenal Allah…Rindu ibu yang melahirkan saya. Kerana itu bagaimana seorang lelaki itu boleh berjaya tanpa rasa syukur yakni menghargai pengorbanan wanita dalam hidupnya…

Nabi Ibrahim as kerana Allah. Hajar ra dan Ismail as berkorban. Sebagai balasan Nabi Ibrahim telah berusaha menjadi ayah dan suami yang baik. Bimbing keluarganya kepada Redha Allah dan masuk syurga.

Sebagai suami yang baik,bimbinglah isteri dan anak-anak cintakan Allah dan Nabi saw. Bahagiakanlah hati mereka. Jangan kedekut beri duit dan hadiah pada isteri dan ibu kita.

Tidak akan pernah berjaya orang yang tidak menghargai isterinya..Yang tidak hargai ibunya..jagalah amanah Allah ini. Pasti Allah akan jaga kita. Bimbing mereka masuk syurga. Buat seorang suami, usaha dan doalah supaya dapat bersama dan beri semangat pada isteri saat berrsalin kerana itulah saat sakit teramat.

Lihatlah pasti hati keras mana akan berderai dengan air mata. Jatuh cinta lagi.Ya Allah terimalah kami semua jadi daie dan jadi matahari hidayah

Continue Reading

Trending