Lelaki lakukan hubungan ‘Intim’ luar tabii dengan kambing ditahan

Seorang lelaki warga emas tergamak melakukan hubungan intim luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga haiwan itu mati dalam kejadian di Kampung Sungai Buaya, Serendah dekat sini, semalam.

Kejadian disedari seorang wanita yang juga pemilik kambing terbabit, kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas mendengar kambingnya yang berada di belakang rumah mengeluarkan bunyi pelik.

Beliau kemudian keluar untuk memeriksa keadaan haiwan peliharaannya itu dan mendapati seorang lelaki yang dikenalinya bangun daripada sebelah kambingnya dalam keadaan separuh bogel sebelum lelaki itu melarikan diri.

Wanita berusia 45 tahun itu kemudian memeriksa keadaan kambing berkenaan dan didapati haiwan itu sudah mati.

Beliau kemudian membuat satu laporan po.lis di Balai Po.lis Serendah, jam 6.24 petang semalam.

Ketua Po.lis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, susulan laporan po.lis diterima, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jen.ayah Ibu Pejabat Po.lis Daerah Hulu Selangor berjaya menahan sus.pek hari ini.

“Sus.pek berusia 60 tahun itu ditahan di sebuah kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya, Serendah pada jam 10.50 pagi tadi.

“Semakan mendapati su.spek mempunyai rekod jen.ayah lampau berkaitan kes jen.ayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, sus.pek akan direman di Mahkamah Se.syen Kuala Kubu Bharu, esok untuk siasatan lanjut mengikut Se.ksyen 377 Kanun Kes.eksaan dan Se.ksyen 289 kanun sama.

“Sepasukan anggota daripada Unit Forensik Polis Selangor dan Jabatan Veterinar Kuala Kubu Bharu turut ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Kambing yang mati itu dihantar ke makmal Jabatan Veterinar untuk analisis dan bedah siasat,” katanya.

Katanya, Arsad percaya polis berjaya menyelesaikan kes ini sekali gus mengurangkan kegusaran masyarakat setempat. – Hmetro

Kambing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kambing bela jinak (Tulisan Jawi: كمبيڠ بلا جينق; Capra aegagrus hircus) merupakan satu subspesies kambing yang dibela jinak daripada kambing liar Asia Barat Daya dan Eropah Timur. Kambing dirangkum dalam famili Bovidae bersama spesies lain seumpama biri-biri kerana kedua-duanya tergolong dalam subkeluarga Caprinae. Terdapat lebih 300 baka kambing yang berlainan. Kambing adalah antara spesies yang paling lama dibela jinak, iaitu untuk susu, daging, bulu, dan kulit di seluruh dunia. Pada tahun 2011, bilangan kambing yang hidup di seluruh dunia mencecah 924 juta menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu. – Wiki.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*