Lelaki nyanyuk ‘cekik’ zakar dia sendiri guna getah

Seorang lelaki yang menderita penyakit nyanyuk bertindak ‘mencekik’ zakar sendiri menggunakan getah selama tiga hati hingga ia membusuk, lapor akhbar New York Post, kelmarin.

Pesakit yang berusia 81 tahun yang turut mempunyai masalah kencing manis itu dikejarkan ke hospital selepas isterinya gagal memujuk dia untuk membuka ikatan getah tersebut.

Ketika di hospital, doktor bertanya kepada mangsa tentang punca dia mengikat getah pada alat sulitnya namun gagal mendapat jawapan kerana dia kelihatan sangat keliru dengan apa berlaku.

Pemeriksaan lanjut menunjukkan zakar pesakit membengkak teruk dan berubah warna menjadi kuning dan ungu sekali gus menandakan ia sudah tidak berfungsi.

Bagi mencegah kerosakan lebih teruk pada zakar itu, doktor memilih untuk membakar bahagian yang sudah mati dan mengeluarkannya menerusi pembedahan kecil.

Saluran katerer juga terpaksa dimasukkan ke dalam kemaluan lelaki itu bagi membuang takungan air kencing yang terkumpul sepanjang tiga hari itu.

Pesakit dilaporkan pulih dalam masa lima hari dengan bantuan antibiotik. Namun, dia gagal hadir janji temu susulan dua minggu kemudian. – Agensi

Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)

Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.

Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk’ yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga.

Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui.

Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia.

Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.Menurut Esther, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*