Lelaki yang dijangkiti Covid-19 berisiko tinggi mati pucuk

Doktor-doktor percaya virus Covid-19 boleh menyebabkan mati pucuk dalam kalangan lelaki berikutan kaitan yang semakin kukuh antara situasi tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.

Mati pucuk boleh berlaku, kata mereka, kerana koronavirus boleh merosakkan saluran darah serta menjejaskan kelancaran aliran darah ke seluruh badan pesakit.

Keadaan itu menghalang ereksi yang memerlukan aliran darah yang lancar menerusi arteri-arteri kecil dan sempit pada alat kelamin lelaki.

Menurut mereka, sebarang keadaan yang menghalang pengaliran darah akan menyebabkan proses ereksi gagal berlaku.

Keadaan mati pucuk boleh berlaku disebabkan oleh virus korona yang merosakkan saluran darah serta menjejaskan kelancaran aliran darah ke seluruh badan pesakit.. – Shutterstock

Dalam satu kajian pada Mac lepas, kumpulan penyelidik mendapati lelaki yang dijangkiti Covid-19 adalah tiga kali ganda lebih cenderung mengalami mati pucuk.

Manakala dalam kajian lain pada Mei lalu pula, lelaki yang mengalami keadaan itu mengambil masa sehingga enam bulan untuk pulih.

Selain itu, doktor-doktor turut mencadangkan bahawa kadar oksigen dalam darah yang rendah, kerosakan terhadap sel-sel penghasilan hormon testosteron dan tekanan akibat Covid-19 turut menjadi penyebab terhadap masalah mati pucuk.

Kekurangan deria bau disebabkan oleh jangkitan Covid-19 turut membuatkan lelaki kurang terangsang.

Keadaan ini turut boleh memberi kesan kepada lelaki yang mengalami tekanan akibat pandemik, terutamanya jika mereka hilang pekerjaan atau bergelut dengan sekatan Covid-19.

Ini akan membuatkan mereka merasa kurang teruja yang menyumbang kepada kegagalan ereksi. – AGENSI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*