Connect with us

Tips Bermanfaat

Lepas Baca Ini, Anda Pasti Ingin Membela Kucing Kerana Banyak Manfaat Membelanya

Published

on

manfaat membela kucing

Lepas Baca Ini, Anda Pasti Ingin Membela Kucing Kerana Banyak Manfaat Membelanya

Para pembaca yang dihormati sekalian, salah satu sebab kerana apa saya memilih kucing sebagai satu haiwan yang teman kasihi adalah kerana dengan bela kucing, hati teman bertambah tenang, gembira, rezeki teman tidak putus dan yang paling penting bagi teman ialah ia meningkatkan tahap kesabaran dan mengawal bisikan amarah sang iblis yang ada dalam diri.

Hari ini saya ingin bercerita sikit akan manfaat membela kucing ini mengikut beberapa kajian yang telah dijalankan di dunia hari ini.
Bagi sesiapa yang tidak pernah memiliki atau membela haiwan peliharaan dan teman khususkan kepada kucing, mungkin tidak tahu kegembiraan yang dirasai oleh pemilik haiwan berkenaan.

Tahukah anda bahawa haiwan peliharaan(kucing) ini adalah peransang emosi positif semulajadi. Dengan meluangkan masa 15-30 minit sehari beriadah bersama kucing atau sekadar melihat ikan berenang di dalam akuarium paras hormon berkaitan tekanan akan menjadi rendah.

manfaat membela kucing

Pada masa yang sama juga satu hormon bernama serotonin yang begitu penting untuk kesihatan manusia secara menyeluruh, akan meningkat naik. Kajian pada tahun 1999 yang disiarkan didalam Jurnal Geriatrik Amerika Syarikat mendapati, warga tua yang tinggal sendirian bersama kucing peliharaan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental lebih baik berbanding individu tanpa haiwan peliharaan. Mereka didapati lebih sihat, aktif dan dapat menangani tekanan dengan lebih baik.

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?

Kucing merupakan seekor haiwan karnivor yang sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk bertarung. Oleh itu mereka sentiasa memastikan keadaan otot dan kecerdasan mereka berada pada tahap paling bersedia. Kucing memerlukan banyak aktiviti cergas, ini kerana sifat semulajadinya.

Diantara cara untuk memenuhi keperluan ini ialah dengan membawa kucing anda berjalan di taman atau setidak-tidaknya bermain bersama mereka. Walaupun remeh dan memenatkan aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada pemilik kucing kerana secara tidak langsung menggalakkan mereka bersenam biarpun hanya berjalan.

Tahukah anda??

Berjalan kaki merupakan satu senaman paling mudah dan murah tetapi memberi kesan besar terhadap peningkatan tahap kesihatan manusia jika ia dilakukan 20 hingga 30 minit sehari dan sekurangnya empat hingga lima kali seminggu. Selain meningkatkan tahap kecergasan ia membantu mengurangkan berat badan dan memudahkan kawalan penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi.

Bagi pesakit kencing manis, penjagaan makanan dan pengambilan ubat saja tidak cukup untuk mengawal penyakit anda.
Paras gula lebih mudah diturunkan jika disertakan dengan senaman. Pada masa sama, senaman boleh membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah.

Kucing tidak seperti manusia yang jemu dengan kata-kata yang berulang. Kucing merupakan sahabat setia dan pendengar yang sentiasa bersedia mendengar cerita sama yang berulang-ulang, luahan rasa dan masalah anda. Apatah lagi anda mengusap dan membelai kucing anda ketika bercakap dengannya. Meluahkan masalah antara cara yang boleh mengurangkan tekanan.

Kucing Memberi Perlindungan Kepada Jantung Manusia

Kajian selama 20 tahun yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Strok Minnesota, Amerika Syarikat, ke atas lebih 4,000 orang berumur 30 hingga 75 tahun mendapati, individu yang tidak pernah membela kucing mempunyai keberangkalian 40 peratus meninggal dunia akibat serangan jantung dan risiko 30 peratus lebih tinggi meninggal dunia akibat penyakit jantung lain.

Bagaimanapun, manfaat ini tidak dilihat pada pemilik anjing dan penyelidik tidak dapat menerangkan bagaimana perkara itu boleh berlaku.
Malahan ada di kalangan pakar perubatan pun ada yang tidak bersetuju dengan kesimpulan daripada kajian berkenaan dan percaya pemilik kucing itu mempunyai daya tahan serta bijak menangani masalah.

“Hakikatnya individu yang membela kucing biasanya bersifat penyabar, tidak mudah tertekan dan haiwan(kucing) itu secara tidak langsung dapat mengalihkan perhatian seseorang daripada asyik memikirkan masalah. Selain itu, manfaat dapat dirasai pemilik kucing banyak dicatat dalam pelbagai kajian sejak berpuluh-puluh tahun lalu.” Antaranya:

Membantu Awet Muda

Kucing peliharaan boleh membantu anda awet muda terutama bagi individu yang bersara. Jangan salah anggap, awet muda yang dimaksudkan di sini bukan dari segi penampilan tetapi kesihatan fizikal dan mental. Tidak melakukan apa-apa selepas bersara adalah laluan ekspres ke arah penuaan. Mempunyai kucing peliharaan memberi anda tugas dan tanggungjawab baru iaitu menjaganya.

Menjaga kucing bermaksud memberikan makan, membersihkan badan kucing anda, membuang najis, memberi keselesaan tempat tinggal dan beriadah bersamanya.

Aktiviti anda tidak terhad kepada rutin harian menjaga kucing anda sahaja kerana kebanyakkan pemilik kucing mempunyai kecenderungan untuk berbual dengan orang yang sukakan haiwan ini.

Ini secara langsung memberi anda peluang untuk berinteraksi dan mempunyai lebih ramai kawan dalam masa yang sama.
Selain dari itu anda boleh menimba pengalaman dengan menyertai acara yang lebih besar seperti pertandingan pertunjukkan kucing tercantik(cat show). Jika tidak turut serta pun, anda masih boleh membawa anak dan cucu menyaksikan pertandingan atau pameran seumpama itu sebagai aktiviti pendidikan tidak formal.

Mengurangkan Risiko Alahan dan Meningkatkan Daya Ketahanan Badan

Para pakar kesihatan berpendapat antara faktor kepada peningkatan kes alahan di seluruh dunia, terutama di negara maju, ialah kerana persekitaran yang terlalu bersih dan tidak pernah terdedah kepada alergen iaitu bahan yang boleh mencetuskan gejala alahan.
Alahan terhadap kucing peliharaan antara pencetus serangan asma. Kajian mendapati kanak-kanak yang dibesarkan dalam rumah yang ada kucing kurang kemungkinan mendapat asma apabila besar.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Bermanfaat

Ini Khasiat Buah Manjakani Yang Membantu Wanita Cantik Luar Dalam. Confirm Suami Asyik Melekat Je

Published

on

Ini Khasiat Buah Manjakani Yang Membantu Wanita Cantik Luar Dalam. Confirm Suami Asyik Melekat Je

Merawat alat sulit wanita

Buah majakani dapat membersihkan bakteria di kawasan org4n intim wanita. Khasiatnya sangat bagus untuk mengatasi keputihan. Manjakani mengandungi tannin yang bagus untuk mengetatkan otot v4gina, vitamin A dan C, kalsium, protein, serta mengandungi elemen astringent untuk membasmi bakteria penyebab keputihan. Khasiat lain yang didambakan oleh kaum wanita adalah untuk menambah ‘kerapatan’ dan menjadikan lubang v4gina lebih anjal.

Buah majakani digunakan sebagai ubat perancang kehamilan

Buah majakani sudah tidak asing lagi di kalangan wanita yang sudah berumahtangga. Meskipun buah majakani sendiri mempunyai khasiat untuk menyembuhkan luka, namun jika ia diolah semula fungsinya dapat mencegah kehamilan.

Membersihkan bakteria

Buah majakani berkhasiat untuk membersihkan bakteria di kawasan organ intim kewanitaan. Selain itu ia sangat bagus untuk mengatasi cairan berlebihan di kawasan Miss V dan membasmi bakteria penyebab keputihan. Untuk rawatan lanjutan buah majakani juga bagus untuk mencegah kanser serviks

Buah manjakani memberi kenikmatan se ks

Buah manjakani berfungsi sebagai ubat herba yang dapat membantu kekentalan org4n intim wanita. Khasiat buah manjakani bukan saja dapat dirasakan oleh kaum hawa, tetapi secara tidak langsung ia juga membantu kepuasan sang suami ketika melakukan hubungan se ks.

  • Awet Muda – Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan.
  • Mencegah Kencing Manis – Asid galik di dalam buah ini dapat mencegah kencing manis dan lelah.
  • Mencegah k4nser payud4ra dan r4him – Antioksidan dalam buah manjakani boleh mencegah kanser buah d4da dan k4nser r4him.
  • Mencegah bau yang tidak diingini – Buah manjakani bersifat astringen, membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak enak pada Miss V.
  • Merawat otot-otot di dalam miss V – Tannin yang terdapat di dalam buah manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam Miss V dan menyebabkan ia menjadi sempit.
  • Mengurangkan lendir pada Miss V – Astringen juga mampu menyerap segala lendir pada miss v yang menyebabkan bau tidak enak.
  • Membersihkan lendir h4id dan nifas – Astringen juga mampu menyerap lebihan d4rah h4id dan nifas.
  • Mengetatkan otot – Astringen juga mengetatkan semula otot- otot di dalam Miss V terutamanya selepas bersalin.
  • Menegangkan dan mencantikan kulit – Astringen dalam buah manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
  • Mata yang sihat – Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas
  • Merawat payud4ra – Buah manjakani mempunyai sifat menegangkan kembali otot-otot dan buah manjakani dapat memperbaiki payud4ra yang kendur.
  • Gigi dan tulang – Kalsium dalam buah manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
  • Mulut – Astringen dalam buah manjakani dapat menjaga kebersihan mulut.
  • Kulit kering dan berminyak – Astringen juga dapat merawat kulit kering dan berminyak.
    Melancarkan pembuangan air besar – Disebabkan buah manjakani mempunyai serat makanan, ia dapat melancarkan pembuangan air besar. Vitamin dan zat serta karbohidrat dan protein
  • mampu meningkatkan kesihatan anda.
Continue Reading

Tips Bermanfaat

Tips Kumpul Duit RM5 Untuk Beli Emas Hujung Tahun

Published

on

Tips Kumpul Duit RM5 Untuk Beli Emas Hujung Tahun

Tidak dinafikan ramai kaum wanita menyimpan niat untuk membeli emas. Emas diibarat sebagai kawan baik dan menjadi aksesori wajib ada pada setiap wanita. Malah nilai emas yang sentiasa meningkat menjadi satu pelaburan terbaik jika terdesak.

Perkongsian dari laman sosial facebook dari Chienta Mul’aien II ini yang memberitahu cara terbaik terutama buat surirumah untuk memperoleh barangan emas ini setiap tahun. Menurutnya dia telah menyimpan duit RM5 setiap hari dan hasilnya pada hujung tahun akan membeli emas sebagai satu pelaburan terbaik untuk masa depan.

Tips Kumpul Duit RM5 Untuk Beli Emas Hujung Tahun

Ini Caranya:

Saya nak share terutama untuk suri rumah. Dari awal kahwin saya didik diri untuk simpan duit RM5. Termasuklah duit belanja atau duit nafkah yang diberi suami.
Setiap kali balik kedai ada saja note RM5 saya akan terus masuk dalam tabung. Jika mampu boleh juga kumpul duit RM20. Tidak kira berapa baki RM5 pasti akan masuk dalam tabung. Begitu juga jika ada duit hasil berniaga tetap akan masuk dalam tabung juga.

Kena disiplin menyimpan duit setiap hari.

Hasilnya:

Cukup setahun hasilnya sangat memuaskan hati. Dan setiap hujung tahun pasti akan membeli emas hasil duit simpanan RM5 ini.

Cabarannya:

Tidak kisah walau pernah diperli pasangan lain (ketika di kedai emas) yang mengatakan saya korek tabung untuk membeli barangan emas berkenaan. Saya tidak marah dengan perlian berkenaan kerana hasil menabung ada juga faedahnya. Saya tidak malu beli emas menggunakan duit RM5 berkenaan kerana hasil dari duit menyimpan selama setahun.

Kebaikan Lain:

Boleh digunakan ketika kecemasan. Pernah berlaku apabila suami kemalangan dan tiada duit dan pilihan terakhir tukar beli emas dengan duit untuk baiki kendereaan yang rosak.
Nilai emas makin lama makin naik dan memang tidak rugi membelli emas kerana ia simpanan jangka panjang yang menguntungkan.

Continue Reading

Tips Bermanfaat

Tukang Urut Kongsi 4 Tempat Urutan Yang Diperlukan Kaum Wanita, Cegah Sebelum Sakit Teruk

Published

on

Tukang Urut Kongsi 4 Tempat Urutan Yang Diperlukan Kaum Wanita, Cegah Sebelum Sakit Teruk

Percaya atau tidak, urutan yang bagus mampu hilangkan tekanan harian kaum mak-mak. Sebenarnya bukan percutian dan membeli belah saja yang patut anda dahulukan, kalau sesekali dapat curi peluang pergi spa atau berurut, anda akan dapat hasilnya dan rasa puas satu badan. Tetapi bahagian mana yang patut anda urut? Nak tahu lebih jelas, anda boleh semak perkongsian daripada tukang urut, Emy Haznida Hazairul Sham ini.

Sis akan share tentang jenis urutan yang diperlukan seorang perempuan. Of course sebagai seorang perempuan (tambahan yang dah mempunyai anak), akan mengalami keletihan yang jauh lebih tinggi berbanding lelaki. Ok, penat yang sis maksudkan bukan penat mental (tu dah satu hal), tapi yang ini more to physical exausted.

Walaupun seorang perempuan itu belum berkahwin atau melahirkan anak sekalipun, badan tetap akan letih dan memerlukan rehat yang secukupnya. Sesekali, korang kena trust your body. Bila dah mula rasa letih, jangan diabaikan (which is mmg selalu kita buat), atas alasan tak ada masa dan tak penting.

Mengurut ni terapi paling simple yang boleh anda buat. Pasang lilin atau penggunaan minyak pati aromaterapi memang membantu, tetapi kalau korang memerlukan ruang dan masa untuk berehat sambil dimanjakan, urutan adalah pilihan paling tepat. Ok, ini sis listkan beberapa urutan yang diperlukan oleh seseorg wanita gitchewww:

1. Kaki

Kalau tak sempat nak mengurut whole body, ambillah lebih kurang 30 minit untuk mengurut kaki. Semua stres badan ditanggung oleh kaki okay, sebab itulah bila kita mengurut, akan dimulakan dari kaki. Biasanya, bahagian ini jugaklah yang mempunyai banyak angin dan urat bersimpul. Bahagian kaki yang paling stres adalah betis dan celah peha.

Wanita dah bersalin khususnya, sakit di celahan peha ketika diurut adalah normal sebab uratnya bersangkut paut dengan rahim kita. Satu lagi kawasan azab sakitnya jika diurut pada kaki adalah bahagian belakang pelipat lutut. Jika anda obes atau seorang yang aktif, maka bersiap sedialah untuk merasai kesakitan ketika angin dan urat bersimpul dibetulkan semasa diurut.

2. Bahagian pinggang dan belakang badan

Normal sangat untuk rasa sakit pada kedua bahagian ini. Especially kalau korang jenis lasak dan main taram angkat barang-barang berat. Atau korang sejenis yang aktif dan suka buat aktiviti fizikal macam hiking ke, berzumba ke, atau apa saja aktiviti kecergasan yang mencabar kemampuan tubuh. Jangan pulak tak exercise lepas baca ni, actually semua aktiviti tu sangat bagus untuk memberi ruang kepada tubuh untuk recharge tetapi haruslah dilegakan dengan urutan. Jadi, tak adalah kes sakit badan and that’s it! Esok tak moh dah aku exercise. Tapi janganlah right after korang menggasak badan tu, hari tu jugak korang pi mengurut, terkujatlah urat-urat tu. Sebaiknya tunggulah 24-36 jam sebelum nak berurut.

Lagi satu, sakit pinggang ini normal kalau seorang perempuan tu selalu mendukung ank. Come on, kadang-kadang kita anak 4-5 tahun pun still berdukung. Betui dak? Terutama waktu nak mandikan ank atau nak hantar nurseri, memang akan berdukung. Lebih parah, kalau korang atau pengasuh duduk rumah tinggi, lagi melengkung tulang belakang tu. Jadi, biasanya kalau mengurut bahagian ini, ada beberapa point yang akan diberi perhatian lebih supaya korg akan lebih lega.

3. Bahu dan belikat

Selalunya yang akan rasa sakit pada bahagian ini adalah orang yang selalu menghadap komputer, photographer atau videographer misalnya, dan kerja-kerja yang memerlukan ketelitian seperti tukang masak, baker ke atau tailor. Haaa.. Tak sangka kan?

Dok tatap skrin komputer dari pagi sampai petang tanpa merehatkan diri memang antara punca kenapa bahu dan belikat tu selalu sakit. Yang menjahit tu pulak asyik menunduk, yang memasak pulak banyak menggerakkan upper body, sebab itulah korang selalu sakit bahagian itu. Untuk melegakan bahagian ini, selalunya tekanan ketika mengurut akan dibuat pada bahagian belakang tengkuk, membawa ke atas bahu dan ditarik ke bahagian belikat.

4. Kepala

Ok, urutan kepala ni pun penting. Tapi takdelah ditekan-tekan macam mengurut badan. Selalunya orang perempuan ni mudah sakit kepala atau pusing-pusing, jadi penyelesaiannya, sapu minyak cap kapak kan?

Bila korg selalu sakit kepala dan masih tidak kronik, itu tidak semestinya migrain. Boleh jadi korang terlalu letih dan banyak berfikir menyebabkan urat di sekitar T zone stres dan menggalakkan rasa sakit kepala. Biasanya urutan kepala ni akan dimulakan dengan memberi kelegaan pada T zone dan atas kening, kemudian dahi. Lepas tu, barulah urutan lembut atas kepala akan dibuat. Tapi urutannya tu ada cara yang betul untuk dibuat.

Kalau korang rasa kepala berat sangat, sis cadangkan korang basuh kepala dan bersyampu macam biasa. Sebelum membasahkan kepala, jirus air pada bahagian kaki ke betis dan seluruh badan. Biarkan sekejap, korang akn dapat rasa macam wap keluar, lepas tu barulah basahkan kepala dan mandi macam biasa k!

Untuk next post, in sha Allah sis akan cerita tentang urutan kegemaran perempuan (dan penting juga ya), yang berkait dengan batin. Tq sebab sudi baca post sis dengan tabah.

Continue Reading

Trending