‘Long Tiger’ diberkas, disyaki kurung bekas pekerja

Seorang lelaki Rohingya bergelar Long Tiger ditahan po.lis selepas disyaki terbabit dalam jen.ayah mengurung seorang bekas pekerjanya

Ketua Po.lis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan lelaki bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 35, itu ditahan di sekitar Muar pada pukul 9.45 malam.

Ayob Khan

“Penahanan suspek dibuat berhubung satu kejadian individu berkenaan mengurung seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun yang merupakan bekas pekerjanya.

“Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Se.ksyen 506 dan Se.ksyen 342 Kanun Kes.eksaan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, lelaki berkenaan mempunyai banyak rekod jen.ayah lampau bersabit kes peras u.gut, culik, je.nayah dan ro.gol.

“Punca su.spek mengurung bekas pekerjanya itu bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis,” ujarnya.-K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*