Masih dalam proses kumpul bukti kes libatkan Ebit Lew- PDRM

Po.lis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses mengumpul bukti bagi melengkapkan siasatan kes melibatkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan berkenaan kes itu masih dijalankan.

“Kita sedang kumpul bukti bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Pada masa sama, kita minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak po.lis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Se.ksyen 509 Kanun Kese.ksaan, Se.ksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Se.ksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, siasatan terhadap Ebit dilakukan selepas po.lis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu terlibat dalam gangguan se.ksual.

Beliau kemudiannya dipanggil po.lis pada 19 Ogos lalu untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan se.ksual itu, bagaimanapun beliau menafikan dakwaan itu dan menganggap ia satu fitnah. – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*