Menteri Kewangan, Tengku Zafrul nafi beli ‘nasi ganja’ guna helikopter

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan telah menggunakan helikopter untuk membeli nasi ganja Ipoh.

Beliau menerusi Facebook berkata, ada pihak yang telah menyalahgunakan gambar lama yang diambil sekitar Disember 2020 untuk mengatakan dirinya telah memesan nasi vanggey menggunakan penghantaran helikopter.

“Lucu bila terima forwarded WhatsApp message kononnya saya order nasi ganja Ipoh guna helicopter.

“Mereka guna gambar lama saya makan nasi vanggey pada Disember 2020, tapi crop tarikh,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, lebih baik menggunakan perkhidmatan penghantaran seperti Nasi Kandaq Transporter dan Nasi Kandaq Runner bagi membantu usahawan kecil.

“Saya sebenarnya dah lama tak makan nasi vanggey, tapi dari order guna helikopter, baik guna delivery service yang banyak ada macam Nasi Kandaq Transporter, Nasi Kandaq Runner etc, boleh juga bantu usahawan kecil,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, orang ramai di bandar Ipoh gempar apabila sebuah helikopter dikesan mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah dari sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini dari Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Nasi kandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nasi kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari India dan dimashyurkan oleh pedagang India Muslim dari India. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.

Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau “Mamak Malaysia” dan gerai hidangan India Muslim.

Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil ‘banjir’ (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.

Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi. – Wiki.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*