Connect with us

Motivasi

Menurut Kajian, Wanita Lebih Bahagia Dengan Lelaki Kurang Kacak

Published

on

wanita bahagia dengan lelaki

Menurut Kajian, Wanita Lebih Bahagia Dengan Lelaki Kurang Kacak

Meski sedap mata memandang namun tak semua wanita tertarik dengan lelaki kacak dan memilih mereka sebagai pasangan hidup.

wanita bahagia dengan lelaki

Mungkin sebab itu juga ramai wanita memilih pasangan yang biasa dari segi rupa paras malah ada yang dilihat sangat berbeza bagai beauty and the beast.

Menariknya ada kajian dibuat tentang perkara ini yang berkait dengan kebahagiaan.

Satu kajian saintifik menunjukkan, rata-rata wanita lebih bahagia dengan pasangan yang kurang menarik daripada dirinya sendiri.

Hasil kajian Florida State University menganalisis hubungan 113 pasangan yang baru berkahwin dalam usia 20-an. Tujuannya ialah untuk mengetahui sama ada penampilan menarik seseorang itu adalah kunci kebahagiaan dalam hubungan.

Kajian sebelum ini pada tahun 2011 oleh Journal of Personality and Social Psychology menyebut lelaki biasa dengan isteri cantik umumnya mempunyai perkahwinan yang lebih berkekalan dan bahagia.

Penemuan terbaru ini menyokong kajian di mana ramai wanita memang lebih bahagia dengan lelaki rupa ‘biasa’.

Hasil kajian juga mendedahkan, wanita yang mempunyai suami menarik ternyata lebih bimbang dari segi penampilan mereka dan sanggup berusaha untuk berdiet dan menjaga penampilan. Mereka juga lebih takut jika suami mereka akan dirampas oleh orang lain.

Sebaliknya, isteri-isteri yang mempunyai suami yang kurang menarik, tidak terlalu memaksa diri dari segi penampilan. Mereka juga tidak merasakan keperluan untuk bersaing dengan wanita lain untuk kelihatan cantik.

Ada betulnya juga hasil kajian ini. Tapi kalau dah jodoh dengan lelaki kacak nak buat macam mana kan. Terimalah dengan redha.

Kalau dapat suami yang kacak pun jangan risau, Min kongsikan tips cinta ni, pasti hubungan anda bahagia.

1. Lahirkan kasih sayang.

Impian untuk berpasangan adalah fitrah manusia untuk mencari kehidupan yang `sempurna’. Bayangkan jika terpaksa meneruskan kehidupan bersendirian, bukankah ia keadaan yang agak janggal?

Malah, perasaan ingin disayangi dan menyayangi satu sama lain memang ada pada setiap makhluk sama ada manusia ataupun haiwan, mungkin apa yang membezakan antara keduanya ialah cara ia dinyatakan atau diluahkan saja.

Keadaan ini disebabkan kasih sayang lahir tanpa disedari namun, tidak dinafikan untuk memulakan satu-satu perhubungan ia adalah proses yang amat susah bagi sesetengah orang.

Kebanyakannya `terkandas’ disebabkan rasa malu bagi memulakan langkah pertama iaitu menghulurkan salam perkenalan disebabkan bimbang ia tidak mendapat sambutan.

Jika benar-benar berkenan, buangkan perasaan bimbang dan malu, mulakan langkah pertama anda sekarang. Langkah pertama ini adalah permulaan bagi beribu langkah seterusnya. Ada lima perkara utama yang perlu ada bagi setiap pasangan dalam menjayakan sesuatu perhubungan iaitu; *

2. Saling mempercayai.

Setiap pasangan haruslah menekankan sikap ini. anda perlu mempercayai pasangan daripada setiap aspek sama ada percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan.

Namun jangan memberikan sepenuh kepercayaan kerana sedikit rasa curiga boleh mengimbangi rasa kepercayaan yang dicurahkan.

Bagi yang pernah dikecewakan memang sukar untuk `menyerahkan’ rasa kepercayaan itu tetapi tiada salahnya untuk cuba melakukannya demi kebaikan bersama.

3. Saling memahami.

Fahami sikap serta tingkah laku pasangan. sekiranya mengajak si dia keluar untuk makan bersama atau menonton wayang tetapi jawapan diberikan `tak nak’, `tak mahu’, biarkan dan jangan pula menjadikan perkara itu sebagai isu untuk memulakan pertelingkahan.

Ini kerana maksud `biarkan’ itu adalah, jangan memaksa dan fahami kenapa si dia menjawab demikian. adakah disebabkan sibuk dengan urusan lain atau menghadapi masalah lain? Cuba fahami dirinya.

4. Bertolak ansur.

Apabila menjalinkan perhubungan pasti akan ada sedikit salah faham atau pertelingkahan berlaku disebabkan karakter dan personaliti pasangan tidak akan sama dengan anda.

Oleh itu di sini, anda perlu mengamalkan tolak ansur dan menurunkan sedikit ego untuk mengelakkan masalah berbangkit berlarutan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser kerana makin dibiarkan menjadi semakin parah.

5. Kejujuran.

Ketika menjalinkan hubungan anda hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika bersama pasangan, tetapi juga pada masyarakat sama ada ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Ia jelas perlu menunjukkan anda tidak berbohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan, sekiranya tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat yang dirasai sebelum ini hanyalah mainan perasaan saja?

6. Kesetiaan.

Apabila berpasangan, kesetiaan adalah antara faktor yang perlu diberikan penekanan utama. Jangan sesekali mencari pengganti si dia ketika masih berhubungan.

Ini kerana, si dia sudah memberikan sepenuh kepercayaan dan sekiranya berlaku anda akan memusnahkan harapan dan impian seseorang yang pernah `menerima’ ungkapan cinta daripada anda.

Bayangkan diri sendiri berada dalam situasi `ditinggalkan’ apakah perasaan anda? Sedih? Kecewa? hampa? Semestinya anda akan katakan `ya’ untuk setiap persoalan yang diajukan. Oleh itu, fahami perasaan si dia dan setia kepada pasangan tanpa perasaan berbelah bagi.

7. Ikhlas.

Dalam setiap perhubungan yang terbina sudah tentunya mempunyai hala tuju tertentu, sama ada baik atau buruk ia bergantung kepada niat masing- masing.

Jika kedua-dua pihak ikhlas dalam mencipta perhubungan berkenaan ia akan bertahan lebih lama berbanding keikhlasan diberikan daripada sebelah pihak saja.

Dalam membina satu perhubungan itu setiap pasangan perlu memahami apakah peranan dan tanggungjawab yang dimainkan diri sendiri dalam memastikan hubungan terbina berkekalan.

Jangan bergantung kepada sebelah pihak saja kerana ia boleh menimbulkan permasalahan kemudian hari nanti. Oleh itu, bagaimanakah caranya untuk menyayangi seseorang itu?

8. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.

Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan saja, ia akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Oleh itu, sayangi pasangan dengan hati dan tetapkan tekad diri bukan hanya bersifat jangka pendek tetapi untuk jangka panjang.

9. Sayangi dirinya seadanya.

Biarkan si dia menjadi insan teristimewa pada diri dan biarkan ia kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia kerana sekali anda mengubahnya, selamanya anda akan terus mengubah dirinya.

Fikirkan, sebelum ini anda terpikat pada dirinya kerana dia adalah dia oleh itu, tiada alasan untuk mengubahnya menjadi seseorang lain.

10. Sayangi dirinya sepenuh hati.

Pertimbangkan sedalamnya kerana sepanjang perhubungan yang dibina si dia sudah banyak berkorban malah, dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang menjalin hubungan dengan seseorang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia memilih diri anda. Oleh itu, jangan cuba untuk mempermain keluhuran cintanya.

11. Hormati pendirian dan keputusannya.

Jangan merayu dan mencipta alasan supaya si dia menerima cinta anda kerana akhirnya apa yang anda akan peroleh daripadanya hanyalah rasa sayang berdasarkan simpati bukannya setulus hati. Biarkan ia datang dengan sendiri dan juga diperoleh melalui kesungguhan bukan melalui `tipu’.

12. Percaya pada dirinya.

Sentiasa tanamkan dalam diri dan bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu daripadanya. Pastikan anda sentiasa meletakkan diri di tempatnya sebelum melakukan sesuatu kerana jika diri tidak dapat menerimanya, apatah lagi si dia.

13. Jangan meninggalkan si dia tanpa sebarang alasan.

Keadaan ini bukan saja akan menyebabkan si dia menangis kecewa buat seketika dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, kerana jiwanya turut akan mati secara perlahan-lahan tanpa disedari.

Paling penting ialah berbincang terlebih dulu jika menghadapi sesuatu masalah dan bukannya bertindak dan mengambil keputusan sendiri yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Selain itu, dalam mengekalkan perhubungan terbina adalah penting bagi pasangan untuk memahami etika dan cara melayan pasangan. Antara panduan yang boleh dijadikan rujukan ialah:

14. Jangan memarahinya di hadapan orang ramai atau di depan rakan, kerana ini akan memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.

  • Jangan diulangi mengata si dia di belakangnya kerana ia boleh menyebabkan si dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.
  • Jangan menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau tingkah laku si dia, kerana ini akan menyebabkan dia merasa rendah diri akibat tidak mampu menjadi individu yang menjadi idaman hati anda.
  • Jangan berbohong untuk orang lain di hadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.
  • Terima kehadirannya dan layani si dia seadanya kerana pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan.

Tidak dinafikan dalam setiap perhubungan pasti akan ada perselisihan pendapat hingga menyebabkan pergaduhan. namun, itu adalah rencam dalam mengeratkan lagi perhubungan dibina sekiranya ia ditangani sebaik mungkin. Antara tip yang boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan perbalahan ialah;

Kawal emosi dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan dan selalunya wanita dikaitkan dengan emosi berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukkan perasaan marah atau tidak puas hati di depannya supaya tidak menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak di dalam dada.

15. Jangan cari pasal.

Dalam sesuatu perhubungan perlu ada sikap tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah tindakan bijak. namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan antara pasangan.

16. Jujur dan saling mempercayai.

Sikap jujur dan saling mempercayai adalah penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila berkahwin atau menjalinkan komitmen.

Bersikap jujur dan percaya kepada si dia kunci utama dalam mengukuhkan perhubungan dan jika ia tiada hubungan terjalin hanya retak menanti belah saja.

17. Berterus-terang.

Jangan berbohong dan jadikan sikap berterus terang sebagai jalan penyelesaian terbaik kerana tidak berlindung mengenai sesuatu perkara adalah lebih baik daripada merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Oleh itu, bercakap benar walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.

18. Bersikap terbuka.

Jangan terlalu mengambil serius mengenai sesuatu perkara yang tidak begitu penting sebaliknya lihat keadaan terbabit secara positif agar boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah memudaratkan.

19. Jangan ungkit perkara lalu.

Sebagai pasangan adalah tidak sepatutnya mengungkit mengenai perkara lalu. Biarkan ia berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam kerana dikhuatiri boleh merosakkan hubungan sedia terjalin.

20. Jangan bandingkan si dia dengan individu lain.

Jangan sesekali kamu bandingkan si dia tersayang dengan orang lain kerana kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Jika perkara ini tidak dikawal sebaiknya ia akan hanya merugikan diri anda sendiri.

21. Jangan bersikap mengongkong.

Dalam perhubungan, kamu tidak berhak untuk memonopoli si dia dan biarkan dia berbuat apa saja apabila tidak bersama kerana si dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama rakannya.

Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu tetapi dalam pada itu keselamatannya terjaga.

22. Setia.

Jangan berlaku curang terhadap pasangan kerana kesetiaan perlu ada untuk mengukuhkan hubungan. Usah tukar ganti pasangan seperti menukar baju.

Untuk jangka masa pendek kekerapan bertukar pasangan mungkin menyeronokkan tetapi yang nyata perhubungan sebegitu tidak akan berpanjangan kerana masing-masing mempunyai niat dan keinginan tertentu yang ingin dipenuhi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Motivasi

Jiran Lelaki Pelawa Masuk Rumah, Ajak Main Hempap², Masa Tu Aku Masih Tak Faham Apa yg Dia Cuba Nak Buat, Hingga Satu Hari Ini Yang Terjadi

Published

on

Hi, semua. Aku harap confession aku ini diterima, atas dasar dijadikan pengajaran atas apa yang terjadi kat aku. Aku terdetik nak buat confession ni lepas baca confession bertajuk:

Pentingnya Batas Pergaulan Dengan Adik-Beradik (link dibawah). Aku nak bagitau kat confessor, semoga tabah. Terutama adiknya yang serba sikit terkesan em0sinya dan trauma kepada lelaki.

Aku boleh relate dengan kejadian yang menimpa adiknya itu termasuk confessor sekali. Aku sebenarnya sasaran. Kejadian sewaktu masih tadika, dengan jiran lelaki.

Sekarang aku berumur awal 30 an, tak pernah bercinta walau dengan seorang lelaki pun.

Kenapa? Dulu aku jijik kat lelaki pastu ia berubah kepada takut.

Kejadian terjadi masa aku masih tadika, aku jenis anak kecil yang suka main kat luar rumah, kadang kadang main sampai rumah jiran.

Aku tinggal di kawasan perkampungan so hubungan dengan jiran jiran tu agak rapat.

Suatu hari seorang jiran aku ni, lelaki, dia panggil aku masuk rumah.

Apalah sangat dengan pemikiran sorang budak kecik, ingatkan nak ajak main ke apa ke rupanya kenaifan aku yang dipermainkan…

Dibawa main hempap-hempap dalam rumah.

Aku pergi masuk rumah abang tu, masa tu dia sorang je dalam rumah. Family dia keluar dah kot.

Abang tu kalau tak silap maybe dalam lingkungan umur 20 an kot masa tu. Dia bawa aku masuk bilik, dia baringkan aku dan dia hempap badan kecil aku.

Sehabis meronta pun aku takkan dapat lepas. Apa je daya budak kecik. Dia cakap dia bawa main hempap hempap jer. Ok habis kat situ jer.

Kali kedua, hari lain aku tewas juga, aku kena umpan masuk rumah dia. Dia buat benda sama.

Syukur sangat dia tak buat benda tak senonoh ke apa just hempap je tapi masa tu serious aku tak paham apa permainan dia ajak aku main ni?

Yang pasti aku rasa pelik lah.

Masuk sekolah rendah, mula trauma.

Fast forward aku masuk sekolah rendah, aku jadi nakal. Tapi akademik aku OK cuma aku slow slow jadi pendiam.

Pendiam yang bisu, susah sangat nak bercakap, dan aku memang membesar dalam keadaan moody dan ber-mood swing (aku rasa ini adalah sejenis trauma atau kesan mental)

Dan imej abang tu hempap aku bermain balik kat kotak fikiran aku.

Pada usia tu aku pernah tengok movie macam something yang soft benda tak senonoh lah macam kissing, hugging

Tapi tu OK lagi tak trigger apa apa tapi it seems weird bagi aku masa tu.

Parents aku memang jaga aku betul betul sebagai anak perempuan. Dorang sanggup berkorban semata mata nak aku habiskan belajar sampai universiti sekalipun.

Even aku dah 30 an ni pun oleh sebab aku solo, aku acah acah nak sambung belajar pun dorang still bagi galakan.

Hanya kawan2 senasib tahu rahsia ini.

Aku tak pernah rahsiakan apa apa pada parents aku.

Dorang tau cerita aku dari A to Z, malah aku dapat rasa akulah yang akan jaga dorang sampai bila bila since adik beradik aku semua dah berkahwin. Kecuali kisah abang tu lah satu satunya rahsia yang aku tak ceritakan.

Ada few kawan yang tahu kisah aku. Semua kami budak perempuan yang pernah jadi sasaran, ada yang kena sentuh dengan cikgu, ada yang kena buka baju etc.

So kitorang can relate to each other. Pada pendapat aku, selain mengadu kepada Tuhan, knowledge adalah satu jalan keluar untuk tak terus hanyut dalam perasaan yang kau pernah kena ‘gangguan’ macam ni.

Ilmu ajar kami untuk berfikiran waras, melupakan kisah lama walaupun parut tu masih ada.

Kitorang decide untuk memaafkan pelaku, cuma serahkan segalanya pada Tuhan.

Bagi muka benci bila bersua.

Untuk pengetahuan, agama aku dan abang tu berlainan. Aku seorang Kristian, dia Muslim.

Agama bukan menjadi soal menentukan baik burok seseorang tu tapi keperibadian, attitide seseorang – itulah yang menentukan siapa kau sebenarnya.

Sekarang aku dah tak tinggal kat kampung. Oh ya, memang kampung kitorang jiran jiran semua berbilang bangsa.

So, bila aku terserempak dengan abang tu, dah nampak dia berusia, aku bagi muka benci dan dia TAHU.

Dia selalu melarikan pandangan dia dari aku. Dia ada anak bini. Aku tengok dia takda anak lelaki, semua anak perempuan. Hmmm.

Pernah termuntah tengok laki shirtless atau tersentuh kulit.

Kalau nak cerita hal trauma tu memang peritlah. Bukan kena sentuh je perit weh, sekadar kena hempap macam tu pun traumanya aku bawa sampai sekarang ni.

Aku takut dengan lelaki. Sampaikan aku pernah termuntah tanpa sebab kalau tengok lelaki shirtless atau tersentuh kulit dengan dorang sekalipun.

Peluh dingin tengahari menitik tiap kali aku kena berhadapan dengan lelaki, tergesel sikit pun aku rasa nak terajang jer.

Masa kat U, dua orang budak lelaki konon meluah perasaan kat aku tapi aku bukan saja saja buat bongok dan reject dorang tapi lebih kepada takut.

Aku tak tau nak expect apa. Lagipun aku rasa masatu macam tak sesuai nak bercinta bagai.

Underwear pun beli pakai duit PTPTN nak bercinta konon.

Dah bekerja, acah-acah jual mahal.

Masuk kerja, aku boleh dah terima lelaki malah aku mudah mesra, mesra yang bermaruah.

Aku jenis jaga pergaulan sebab aku tak nak dipermainkan dan diperlekehkan.

Takda orang lain boleh protect aku kalau bukan diri aku sendiri. Biar ada yang cuba bagi hint nak memulakan sesuatu pun aku tepis.

Aku buang perasaan tu jauh jauh. Kalau aku jumpa crush pun aku acah acah jual mahal padahal dalam hati

Tuhan je tahu betapa aku nak rasa mencintai dan dicintai.

Aku cuma akan extra friendly jumpa kawan yang biasa, kalau orang tak kenal aku dia akan fikir aku flirty padahal kalau dengan orang yang aku suka.

Aku akan jadi takut nak bagitau, peluh dingin mula menitik.

Selagi dia tak mulakan langkah, memang taklah aku bergerak, dok keras situ ja.

Anggap ianya satu hikmah.

Sesungguhnya, apa yang terjadi kat aku masa kecik aku anggap itu sebagai satu hikmah.

Sebab untuk aku sentiasa menjaga pergaulan sebagai seorang perempuan. Sebab yang menjaga ‘kunci’ ni kita, kita saja yang boleh decide nak bagi ‘kunci’ tu kat siapa.

Apa apa jadi, perempuan boleh jadi sasaran, boleh jadi yang dipersalahkan walaupun hakikatnya kita tak salah, apatah lagi kalau kita memang di pihak yang bersalah.

Syed Azmi antara orang yang lantang memperjuangkan nasib sasaran and I adore him for that.

Benda macam ni taboo bagi masyarakat kita. Ada yang tahu tapi buat buat tak tahu.

Boleh semak kes ni kat negara kita ni, bukan benda kecik. Cuma masyarakat banyak yang pandang pakai tepi mata jer.

Benda tak jadi kat diri sendiri kan… Dan kalau ditanya pandangan aku terhadap lelaki, aku dah boleh terima dorang seadanya.

Masalahnya aku jenis tak nak main2, kalau serious, kena serious.

Masing masing kena bersama menjayakan sesebuah hubungan. Aku jenis alpha female dan biasanya aku memandang lelaki yang alpha male juga.

Aku tak sempurna dan aku juga tak mencari yang sempurna, cukuplah sekadar saling melengkapi.

Kalau kau bawa aku sembang kosong kedai kopi, kau akan tahu aku jenis buka topik macam mana.

Aku tak suka sembang kari, sembang bab1 boleh terbang. Aku sembang benda berilmiah.

Sekali kena perlekeh, aku diam terus dah malas dah nak cakap dengan kau.

Nasihat. Dan kepada ibu bapa, jangan dedahkan anak dengan smartphone terlalu awal.

Aku tengok sekarang budak kecik dah tau pa benda kissing, hugging, even I once encountered a kid yang bagitau I dia rasa something like strange feeling kalau dia punya tergesel kat sesuatu! Aku nak jawab pun terkedu weh.

Ramai kawan aku yang dah ada anak dorang bagi tablet sebagai permulaan konon nak dedahkan dengan video nyanyian kanak kanak.

Aku dah bagitau awal pastu bila budak dah start tau games, YouTube, menghadaplah kau nak ikut sandiwara dorang minta topup data bagai.

Di situ start dorang ‘menyeksa’ kau. Jangan jadikan telefon sebagai ejen penenang.

Aku tengok colleagues bawa anak dorang pergi office pun anak dah takda yang angkat kepala dari phone tegur kita pun.

Yang parents pandai tegur takpe, ni yang jenis main tik tok, gigih nak jadi instafemes ni dah takda hormat dah dengan orang sekeliling

Brcakap pun tak nak, muka masam memanjang. Salam pun gitu-gitu jer.

Please jangan pertikai pergaulan aku, aku memang bergaul dengan semua orang tak kira bangsa agama sebab tu aku tahu.

Aku rasa penulisan aku dah melalut tapi itulah… Sebagai penutup ada baiknya aku tinggalkan pepatah cina yang aku belajar kat drama cina ni. Hahahahaha.

Mendidik anak lelaki ibarat mendidik seorang individu. Mendidik anak perempuan ibarat menjaga sebuah negara. With Love,

Reaksi warganet..

Shida Nurul Ain – Kesian. Wahai kaum lelaki, fikir sebelum buat. Tak dapat balasan kat dunia, kat akhirat dapat la kau.

Fath Iha Num – I feel you. Masa kecik tak tau pape. Lama lama baru paham. Benci tu memang ada, smpai dia dah tak ada kat dunia pun rasa tak sedih langsug. Be strong Rin

Siti Hajar Binti Sidek – Ya makcik pun ada pengalaman begitu. Pun tak lapor pada family tak pasti kenapa takut, malu atau risau tapi sedaya upaya elak pelaku. Akhirnya pelaku terjadi kejadiaan yang tak diingini di jalan raya dan pergi buat selamanya.

Hamba Allah – Terbaca kisah awak. Saya sanggup create akaun fb lain semata2 untuk komen kat sini. Saya pernah lalui pengalaman ysng sama.

Jelas diingatan saya.

Pengasuh saya selalu tinggalkan saya dan seorang lagi anak asuhannya (kawan saya, budak lelaki sebaya saya) untuk dijaga oleh ayah pengasuh. Hampir setiap hari pengasuh akan keluar dan tinggalkan kami dengan lelaki jahat tu.

Ibu pengasuh dah pergi buat selamanya. Setiap hari lelaki tu akan tindih saya dan gesel2 dia punya sehingga keluar ‘air’. Masa tu saya tak tau itu apa. Just tau air tu pekat macam susu. Mujur dia tak cuba untuk apa apakan saya.

Dia buat yang sama juga pada kawan saya. Saya beruntung kerana berpindah ke tempat lain masa saya berumur 6 tahun. Tetapi kawan saya still menetap di situ sehingga sekarang. Beberapa tahun lepas saya berjumpa semula dengan kawan saya tu.

Pada usia 30++ tahun, dia masih tak berkahwin. Saya tanyakan kenapa dia tak berkahwin.

Dia Tanya Saya semula adakah Saya ingat peristiwa sewaktu kami kecil dulu. Rupanya selepas saya berpindah. Dia terus jadi sasaran si tua tak sedar diri. Lebih teruk, kawan saya diperlakukan setiap hari. Dan semuanya dirahsiakan dan kisah kisah tersebut terpadam bersama dengan si tua itu. Sungguh saya bersimpati. Kawan saya jadi jijik pada diri sendiri, jadi pemalu, pendiam.

Sumber – Rin (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Continue Reading

Motivasi

Suami asyik elak jadi imam, puncanya tak tahu baca doa! Isteri tetap beri semangat

Published

on

Sesebuah rumah tangga menjadi lebih harmoni sekiranya tidak memandang rendah terhadap kemampuan pasangan, sebaliknya perlu saling memberi semangat antara satu sama lain.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi rasa terharu apabila dapat menunaikan solat jemaah bersama suaminya di sebuah kafe yang diusahakan oleh mereka berdua.

Muat dua orang…

Menerusi perkongsian di platform TikTok, video dimuat naik oleh Najihah Mat Zin itu memaparkan suaminya Hasnur Noh sedang memeriksa telefon bimbit untuk membacakan doa selepas mereka selesai berjemaah.

@najihahmatzin

Boleh kan macam ni.. ce komen

♬ original sound – MUSIC-ROOM – MUSIC-ROOM

Aku kalau nampak dia buka kasut, kalut aku pun pergi ambil wuduk nak jemaah sekali. Biasa kami berdua jumpa kat rumah masa malam je,” tulisnya.

Bercerita lanjut, sebelum ini suaminya itu gemar mengelakkan diri untuk menjadi imam dan solat berjemaah atas alasan tidak tahu membaca doa-doa tertentu bagi menyempurnakan ibadah tersebut.

Bagaimanapun, wanita yang menetap di Parit Buntar, Perak itu tidak memandang rendah terhadap pengetahuan dimiliki suami sebaliknya terus memberikan semangat serta kata-kata motivasi dalam menuntut ilmu agama.

“Abang doa la dalam bahasa Melayu, mudah & faham…”

Siapa sangka, kini suaminya itu tidak lagi segan silu bagi menjadi imam selepas mengambil masa dengan mempelajari dan menghafal pelbagai doa untuk menjayakan solat berjemaah.

“Rupanya dalam diam dia belajar dan hafal doa. Alhamdulillah, sekarang dia dah selalu jadi imam aku. Bukan aku je, siapa yang datang sebelah dia. Dia tak malu dah untuk jadi imam,” katanya.

Rakaman video tersebut meraih 152,600 tontonan serta 14,800 tanda suka selain ratusan komen warganet yang bersyukur melihat perubahan suaminya dalam usaha menjadi ‘imam’ terbaik dalam keluarga.

Sumber: ohmymedia

Continue Reading

Motivasi

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Published

on

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Sudah menjadi kebiasaan buat Mimi (bukan nama sebenar) untuk bekerja di sebuah kedai menjual telefon bimbit berdekatan rumahnya di sebuah negeri di Pantai Timur sewaktu cuti semester. Dia ketika itu merupakan seorang penuntut di sebuah universiti awam di ibu kota.

“Bagi mencari duit tambahan setiap kali cuti semester di kampung saya akan bekerja.

“Sewaktu bekerja di kedai telefon bimbit, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki berusia awal 40-an. Kami kemudian telah bertukar-tukar nombor telefon,” katanya kepada K2 sewaktu mengimbau detik bermulanya titik hitam dalam kehidupannya.

Tambahnya, lelaki tersebut tidak henti-henti mengirim mesej kepadanya untuk berkenalan dengan lebih lanjut.

Mimi pada ketika itu masih belum memiliki teman lelaki. Disebabkan rasa kesunyian yang menghantui dirinya dia melayan lelaki tersebut.

Setelah beberapa bulan berkenalan, Mimi yang pada masa itu baru berusia 20 tahun telah jatuh hati kepada lelaki tersebut walaupun mengetahui bahawa lelaki itu suami orang.

“Dia pandai bermain kata-kata yang manis sehingga membuatkan saya semakin sayang kepadanya. Kami sering bertemu untuk melepaskan rindu.

“Ketika berkenalan dia menyatakan bahawa dia bekerja sendiri. Saya tidak kisah apa pun pekerjaannya kerana dari pandangan mata saya pada masa itu dia adalah lelaki yang baik,” ujarnya.

Selain itu, lelaki yang dikenalinya di kampung itu sanggup datang ke ibu kota untuk bertemu dengan Mimi apabila gadis itu pulang ke universitinya.

Ketika di ibu kota, Mimi telah terlanjur dengan lelaki itu meskipun pada mulanya dia tidak membenarkan lelaki tersebut melakukan perkara sedemikian kepadanya.
Namun, disebabkan sayang, Mimi akhirnya tewas dan menyerahkan tubuhnya kepada suami orang itu.

“Ketika saya pulang bercuti ke kampung kami masih melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Dia juga berjanji untuk berkahwin dengan saya apabila tiba masanya kelak,” bicara Mimi.

Disangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan terhadap nasib yang dihadapi Mimi selepas itu.

Kebahagiaan yang dikecapi olehnya ketika menjalinkan hubungan bersama lelaki tersebut diuji setelah dirinya disahkan mengandung akibat hubungan terlarang itu.

“Saya rasa tidak berapa sihat setelah pulang ke ibu kota dan dalam masa sama, saya sudah tidak datang ‘bulan’ dalam tempoh yang agak lama.

“Saya mula risau dan pergi ke farmasi untuk membeli alat uji kehamilan. Setelah diuji saya mendapati keputusannya positif. Bagi mendapatkan kepastian, saya terus ke klinik melakukan pemeriksaan dan keputusannya juga sama,” jelasnya.

Tambahnya, selepas itu, Mimi terus memberitahu lelaki tersebut agar dia bertanggungjawab. Lelaki tersebut enggan bertanggungjawab dan seakan mahu berlepas tangan.
Mimi buntu dengan nasib yang dialaminya itu.

KEHAMILAN akibat hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang juga suami orang telah menyebabkan Mimi menanggung derita. – GAMBAR HIASAN

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberitahu keluarganya tentang nasib yang menimpa
dirinya.
“Ibu saya begitu kecewa dan pengsan setelah saya memberitahu perkara tersebut. Ayah saya seorang yang tenang dan dia minta saya memberitahu siapa lelaki yang bertanggungjawab.

“Ayah serta beberapa saudara terdekat pergi mencari lelaki tersebut dan minta dia bertanggungjawab mengahwini saya dengan segera. Pada mulanya teman lelaki saya itu tidak mahu bertanggungjawab tetapi dia akur setelah ayah saya mengatakan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Tambahnya, bapanya sendiri telah pergi bertemu keluarga lelaki itu dan menjelaskan perkara sebenar.

Akhirnya, Mimi dan lelaki tersebut berkahwin bagi menutup aib yang telah mereka lakukan.

Setelah berkahwin dan melahirkan anak yang dikandungnya barulah Mimi sedar bahawa lelaki itu adalah seorang yang tidak bertanggungjawab.

Nafkah zahir langsung tidak pernah diberikan dan kelengkapan membesarkan anaknya banyak disediakan oleh keluarga Mimi sendiri.

“Dia langsung tidak menyediakan rumah buat saya untuk berteduh dan sebaliknya membiarkan saya terus tinggal bersama keluarga saya.

“Dia hanya sesekali datang menjenguk anaknya itu. Apabila dia teringin melakukan hubungan intim bersama, dia akan datang ke rumah saya dan selepas itu dia pergi,” ujarnya.

Mimi tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut dan ada kalanya dia mendapat mesej daripada isteri pertama suaminya supaya dia memohon cerai daripada lelaki itu.

Mimi kemudian menceritakan permasalahan itu kepada keluarganya dan bapanya bersetuju untuk mereka bercerai.
“Ayah menasihati saya supaya mulakan hidup baharu setelah berpisah dengan lelaki itu,” jelasnya.

Mimi kemudian meminta cerai kepada suaminya dan lelaki itu akhirnya melafazkan talak ke atasnya.

Sebuah mahkamah syariah di Pantai Timur kemudian mengesahkan perceraian tersebut.
Nota: Artikel ini ditulis bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya hanya untuk tujuan iktibar dan pengajaran semata-mata.

Continue Reading

Trending