Mungkin makhluk asing golongan ‘Kaya Angkasa’, datang ‘melancong’ ke Bumi

Keghairahan dua manusia terkaya di dunia, Sir Richard Branson dan Jeff Bezos melakukan pengembaraan ke angkasa lepas mencetuskan satu teori melucukan dalam kalangan pengguna media sosial.

Menurut laporan akhbar Daily Star UK, semalam, seorang pengguna Facebook bernama Molly Elizabeth mencadangkan kemungkinan makhluk asing adalah individu kaya dari planet lain yang datang bersiar-siar di Bumi.

“Lihat sahaja di dunia kita, orang paling kaya sibuk melancong ke angkasa lepas berbanding gunakan kekayaan mereka untuk membina hospital atau sebagainya.

“Mungkin makhluk asing yang singgah ke Bumi juga bilionair seperti mereka, datang melancong ke Bumi kerana terlalu banyak masa dan kekayaan untuk dihabiskan?,” tulis Elizabeth.

Teori wanita itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen yang menyokong kenyataannya sambil menokok tambah dengan pelbagai kemungkinan lain.

Ada yang berkata makhluk asing yang mendarat di Bumi dan berinteraksi dengan manusia di sini adalah golongan kurang berada sebenarnya.

“Kalau saya ialah makhluk asing yang kaya raya, lebih baik saya meneroka dimensi lain.

“Datang ‘menjenguk’ Bumi hanyalah untuk makhluk asing yang miskin dan tidak mampu terbang ke dimensi baharu,” komen seorang netizen.

Pada minggu lalu, media sosial dikecohkan dengan teori bahawa pengasas laman beli belah online Amazon, Bezos sudah digantikan dengan makhluk asing dalam perjalanan pulang ke Bumi daripada pelancongan angkasa lepasnya. – Agensi

 

Baca: Makhluk asing didakwa akan mendarat di Bumi pada tahun 2022

 

Makhluk luar angkasa..
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Makhluk luar angkasa atau makhluk asing ditakrifkan sebagai hidupan yang wujud tidak berasal dari Bumi.

Keberadaan kehidupan di luar planet ini masih sebatas teori yang mampu diusulkan dan perkiraan-perkiraan mengenai kehidupan tersebut masih terus dicetuskan.[1] Stephen Hawking dan Carl Sagan misalnya berpendapat bahawa tidak mungkin kehidupan hanya ada di Bumi saja. – wiki

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*