Nak Cantik? Tak Perlu Beli Produk Mahal-Mahal Cukup Sekadar Buat Jus Cantik Ini

jus kulit cantik

Nak Cantik? Tak Perlu Beli Produk Mahal-Mahal Cukup Sekadar Buat Jus Cantik Ini

Penjagaan kecantikan wajah bukan hanya pada penggunaan produk kulit semata-mata. Tetapi harus diingat, pengambilan makanan atau minuman juga turut memberi kesan.

Setiap wanita menginginkan kulit yang cantik dan sempurna. Kulit sihat membantu dalam memberikan aura dan mood cantik dalam diri seseorang. Rejim dan gaya hidup menjadi faktor kepada tahap kesihatan kulit kita. Antara faktor yang kuat mendorong kepada kelemahan kualiti kulit dan tekstur kulit adalah stress, kurang tidur, rendah nutrisi, pencemaran, kesan buruk sinaran cahaya matahari, rokok dan pengambilan alko hol.

Boleh kita lihat di luar sana, terlalu banyak produk penjagaan kecantikan dan kesihatan kulit yang menjanjikan kulit cantik sempurna dan berseri. Namun tidak kesemuanya mampu merealisasikan impian jelita seseorang.

Daripada anda membelanjakan lebih banyak wang kepada produk berunsurkan bahan kimia, adalah digalakkan untuk anda mencuba remedi mudah di rumah untuk meningkatkan kesihatan menyeluruh kulit dan penampilan. EH! kongsi petua cantik tradisional yang boleh anda cuba di rumah.

Jika makanan berminyak dan berlemak yang sering dimakan, maka kulit wajah juga akan kelihatan tidak bermaya. Namun jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat, anda sendiri dapat merasai perbezaannya. Di mana kulit wajah lebih nampak sihat dan sekali gus menyerlahkan kecantikan semulajadi diri anda.

Oleh itu, sekiranya anda masih tercari-cari apakah ramuan minuman kesihatan yang boleh diamalkan untuk penjagaan kulit wajah. Kami ada solusinya! Minuman jus daripada bahan terpilih ini adalah yang terbaik untuk anda amalkan bagi tujuan penjagaan kulit agar cantik dan sihat. Resipi jus untuk penjagaan kulit dikongsi oleh Herry Rozular. Ayuh! kita hadam cara membuatnya dan kemudian sama-sama amalkan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 biji lemon
  • 1/2 biji oren
  • 1/2 biji epal
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 biji timun
  • 1/2 biji halia (saiz ibu jari)

Cara penyediaan:

  1. Semua bahan dipotong dadu kecuali lemon.
  2. Masukkan ke dalam pengisar bersama perahan lemon.
  3. Tapis agar tidak terikut serdak-serdak buah
  4. Sedia untuk diminum.

jus kulit cantik

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*