Padah buat penstriman langsung tayang ‘miss V’ dalam kereta api

(Tangkap layar rakaman CCTV yang menunjukkan Liu ((dalam bulatan) meletakkan kamera telefon pintarnya di bawah gaunnya bagi menayang alat sulit kepada penonton penstriman langsung. – Nanning Metro Police)

Seorang wanita di China ditahan po.lis selepas melakukan aksi tidak senonoh menayang bahagian sulitnya secara langsung di platform penstriman ketika menaiki kereta api bawah tanah, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Perbuatan Liu, dari Bandar Huazhou dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup ( CCTV) yang menunjukkan dia mengangkat gaun dan menampakkan seluar dalamnya ketika menaiki kereta api bawah tanah pada Mei lalu.

Rakaman yang dikeluarkan oleh polis itu menunjukkan penumpang berusia 38 tahun itu duduk di sebelah dua penumpang dalam gerabak yang agak se.sak.

Dia mengarahkan kamera telefon pintarnya ke celah kakinya sebelum mengangkat gaun dan memusingkan kamera ke bahagian alat sulitnya.

Liu kemudian memberitahu penonton siaran langsungnya untuk memberikan dia ganjaran kerana berani menayang bahagian sulitnya kepada mereka.

“Saya berasa gembira selagi anda semua menikmati pertunjukan ini,” kata Liu menerusi video tersebut.

Menurut Po.lis Nanning Metro, Liu dit.ahan di Daerah Luchuan, Guangxi pada 27 Mei lalu dan did.akwa dengan satu tud.uhan memperbanyak, menerbitkan, menjual atau menyebarkan maklumat elektronik po.rno.grafi demi mengaut keuntungan melalui internet.

Kes ini masih di bawah siasatan po.lis bagi mengenal pasti tujuan utama penstriman langsung itu dilakukan. – Agensi

Penstriman
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penstriman (streaming) ialah pemerolehan multimedia secara terus-menerus daripada pembekal kandungan kepada pengguna akhir pada masa yang sama, jika berbanding dengan memuat turun fail yang penuh terlebih dahulu sebelum menonton atau mendengar media tersebut. Mutu fail yang diterima ini pula bergantung kepada mutu lebar jalur Internet yang digunakan untuk menyiarkan dan menerima media tersebut.

Protokol media

Kedua-dua strim audio dan video dimampatkan menggunakan format pengekodan masing-masing agar dapat disebarkan dengan mudahnya.

Media yang dimampatkan ini kemudiannya digabungkan bersama dalam suatu bitstream khas (misalnya MP4, FLV, WebM dan sebagainya) sebagai perantara yang dihantarkan dari pelayan simpanan kandungan tersebut kepada klien yang mengakseskannya dengan protokol pengangkutan yang tersendiri.

Protokol jenis yang disebut ini sering digunakan untuk menghantar suapan video daripada tempat rakaman kepada suatu servis pentranskodan “berkomputer awan” dan CDN, yang kemudiaannya menggunakan protokol berasaskan HTTP untuk mengedar kandungan video kepada para pengguna klien. – Wiki

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*