Pekerja se.ks sukar cari makan, minta kerajaan Thai beri elaun Covid-19

BANGKOK – Sebilangan pekerja se.ks dan karaoke di Thailand meminta kerajaan memberikan wang tunai kerana mendakwa sukar untuk ‘mencari makan’ selepas pihak berkuasa mengarahkan penutupan aktiviti karaoke dan rumah u.rut susulan pandemik Covid-19.

Menurut laporan portal Coconut.co hari ini, kira-kira 20 individu berkenaan berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan di Bangkok dan bertindak menyusun kasut tumit tinggi di atas jalan dan menggantung seluar dalam pada pagar bangunan itu sebagai tanda protes.

Kumpulan itu menuntut pampasan sebanyak 5,000 baht (RM648) sebulan untuk setiap seorang selepas tempat kerja mereka diarahkan tutup sejak beberapa bulan lalu.

Menurut seorang pekerja terbabit, Sirisak Chaited, kerajaan Thailand perlu memberikan layanan sama rata kepada pekerja se.ks di negara itu sama seperti pekerja sektor lain.

“Memandangkan perdagangan se.ks menjadi tarikan pelancong luar dan membawa masuk pendapatan yang lumayan kepada negara, kami layak menerima pampasan daripada kerajaan, terutamanya ketika waktu krisis sebegini.

“Kami ialah penduduk Thailand dan menjana pendapatan kepada kerajaan. Tolong terima kenyataan bahawa aktiviti pela.curan wujud di negara ini dan ia mempunyai nilai sama seperti kerjaya lain,” katanya.

Buat masa ini, individu yang terlibat dengan kegiatan pela.curan di Thailand berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda berjumlah 40,000 baht (RM5,184), namun peraturan itu jarang dilaksanakan.

Sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda Bangkok pada April lepas, lokasi hiburan dan rumah urut telah diarah tutup.

Setakat ini, tiada tanda-tanda menunjukkan kerajaan akan membenarkan aktiviti tersebut beroperasi semula. – AGENSI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*