Penuh Keladak & Kotor, Fungsi ‘Tub Cleaning’ Je Tak Cukup Untuk Cuci Mesin Basuh, Ini Cara Buka & Cuci Yang Betul

Abang Ni Kongsi Cara Buka & Cuci Yang Betul..

Biasanya kita akan mencuci ruang dalaman mesin basuh menggunakan fungsi ‘tub cleaning’ atau ‘tub hygiene’ secara berkala, mungkin sebulan sekali, mungkin tiga bulan sekali.

Namun tahukah anda, sebenarnya cucian sebegitu tidaklah menjamin bahagian dalaman mesin basuh anda benar-benar bersih, apatah lagi tiada sedikit pun kotoran berbaki.

Baru-baru ini, warga group Tukang Apa Hari Ini (TAHI), Hafizuddin Hashim ada berkongsi tentang pengalamannya ‘membedah’ mesin basuh untuk cuci ruang dalaman secara manual.

Percaya atau tidak, gambar keadaan sebenar mesin basuhnya yang dibuka itu agak mengejutkan kita semua. Memang tak sangka. Jom kita ikuti perkongsian di bawah ini.

“Yakin pakaian yang dibasuh tu bersih?”

Dalam perkongsian di group TAHI itu, Hafizuddin menulis kapsyen seperti di bawah:-

Saja nak tanya, kome dah cuci ke mesin basuh kome tu?

Ni nak tunjuk hasil kekotoran setelah pakai 3 tahun..yang 4-10 tahun tu, tak tahu la macam mana kotornya kan..

Anda yakin, pakaian yang mesin anda basuh tu bersih?

Jom lihat gambar-gambar proses pembukaan dan pencuciannya di sini:-

1- Buka bahagian atasnya.

2- Buka penutup di bahagian tapaknya .

3- Buka lagi bahagian ini.

4- Setelah dibuka, inilah ‘pemandangan’ sebenar di sebalik tabir mesin basuh anda. 

5- Keadaan luarnya yang sungguh berkeladak.

6- Bahagian bawah yang agak kotor.

7- Cuci semua bahagian yang kotor itu menggunakan berus dan cecair pencuci. Sental bersih-bersih sampai jadi putih macam sediakala.

8- Drum kembali bersih & berkilat macam baru keluar kilang. Barulah yakin nak basuh baju kan?

Buka & basuh guna apa?

Jelas Hafizuddin, dia menggunakan beberapa peralatan tukang yang mudah serta bahan pencuci untuk membuka & mencuci mesin ini.

Anda boleh rujuk gambar di bawah, antara yang digunakan ialah pembuka skru, pelincir WD-40 dan bahan pencuci ZiP.

Pada awalnya Hafizuddin bukanlah boleh membuka mesin basuh itu terus. Katanya, dia sendiri ‘berguru’ dengan salah seorang ‘otai’ yang ‘pro’ tentang mesin basuh, iaitu Hairul Vcool melalui Youtube.

Dah alang-alang ditunjuk di sini, anda juga boleh mengikuti Abang Hairul di Facebook atau Youtube kalau nak belajar tentang ‘anatomi’ sebuah mesin basuh.

Kalau cuci guna ‘tub cleaning’ je, cukup bersih ke?

Bagi kita yang mungkin belum tahu sepenuhnya, kita mesti cuci dalaman mesin basuh menggunakan fungsi ‘tub cleaning’ atau ‘tub hygiene’ saja kan?

Persoalannya, adakah cucian tu sudah betul-betul bersih? Pada Hafizuddin, dia ada pandangannya sendiri.

“Saya rasa tak, sebab kotoran tu melekat. Mesti kena guna berus untuk cuci. Kalau selepas cuci, mungkin boleh guna ‘tub cleaner’ tu untuk sebulan sekali ke, untuk mengelakkan kotoran tu melekat balik.

“Tapi, bagi sayalah, better buka dan cuci je, tu lebih puas hati. Tub cleaner tu tak mencuci sepenuhnya..” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Semoga bermanfaat & selamat mencuba.

Sumber: Hafizuddin Hashim melalui Tukang Apa Hari Ini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*