Perkahwinan Ditentukan Oleh Keluarga? Ini 5 Tips Bercinta Selepas Berkahwin

tips bercinta selepas kahwin

Tips Bercinta Selepas Kahwin

Anda sering melihat situasi di dalam drama yang ramai pasangannya berkahwin ditentukan oleh kedua ibu bapa mereka? Apa perasaan mereka berkahwin dengan orang yang tidak dikenali? Atau anda sendiri mengalaminya? Perkahwinan yang ditentukan ahli keluarga bukanlah benda yang asing berlaku di Malaysia. Ia sudah terjadi sejak zaman ibu dan ayah kita lagi. Bagaimana perasaan mereka berkahwin dengan orang yang tidak dikenali?

tips bercinta selepas kahwin

Ia dikenali sebagai berkahwin dulu baru bercinta, bukan ‘test’ dulu baru kahwin. Itu kerja gila! Di dalam agama Islam juga ia tidak dilarang. Berasa kekok bakal berkongsi hidup dengan orang tidak dikenali? Antara Tips Bercinta Selepas Kahwin ialah:

1. Mengatur Temu Janji

Aturkan pertemuan secara ataupun berbual melalui telefon untuk mengenal antara satu sama lain. Sebelum perkahwinan berlangsung, masa ini adalah masa yang sesuai untuk bertanyakan tentang peribadi pasangan anda, seperti benda yang disukai, yang dibenci dan yang berkaitan dengannya..

Tidak bersalah bertanyakan tentang kedudukan kewangannya kerana mudah untuk anda mengaturkan kewangan anda dengan pasangan anda. Tapi, awas! Jangan bertanyakan soalan yang boleh menyebabkan perselisahan faham yang besar.

2. Tolong Jaga Hubungan dengan Keluarga Mertua

Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri adalah penting bagi mewujudkan keluarga yang harmonis. Perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.

Berbaik-baik dengan ahli keluarga dia terlebih dahulu. Secara tidak langsung akan timbul keserasian dan keperihatinan mereka terhadap anda. Ahli keluarga dan sedara mara kadang kala boleh membantu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri selepas berkahwin.
Sesekali, apabila ada kelapangan, ziarahi keluarga mertua anda dan beri hadiah atau buah tangan.

Jangan lupa untuk bertanyakan khabar mertua anda juga kerana mereka sudah menjadi sebahagian daripada keluarga anda.

3. Sentiasa Jujur Dengan Pasangan

Minta pasangan anda maklumkan perkara-perkara yang mungkin boleh membuatkan anda berdua bergaduh. Mungkin yang melibatkan peribadi tentang zaman silam pasangan anda atau pilihan pasangannya.

Ia sebagai langkah untuk mengelak ungkit mengungkit selepas berkahwin seterusnya bakal mengundang pergolakan besar di dalam rumahtangga anda. Biar berterus terang. Benar ianya memang memedihkan, tetapi biarlah menanggung kepedihan itu berbanding luka menjadi lebih besar hingga tidak dapat dibaluti lagi.

4. Buka Hati Anda Seluasnya

Diakui memang sukar bagi hati untuk menerima hakikat bahawa terpaksa menerima orang yang mungkin kita tidak kenali. Tambah memeritkan jika terpaksa melepaskan orang yang anda impikan untuk menjadi pasangan hidup anda tapi tidak direstui keluarga.

Berfikirlah secara positif dan redha merima ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersirat. Mungkin ketentuan yang Maha Esa, dialah yang paling sesuai dengan anda.

5. Usaha Mendapatkan Zuriat

Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Zuriat itulah tanda pengikat kasih sayang anda dan pasangan anda. Banyakkan berusaha dan berdoa kepada yang maha Esa supaya dikurniakan anak yang ramai. Hubungan yang kekok pasti akan terjalin erat apabila dkurniakan zuriat.

Jangan gusar dengan pasangan yang bakal kita bakal berkahwin kerana sudah suratan takdir mengatakan itu jodoh kita. Tidak semestinya pasangan cinta yang bersemi sekian lama akan berkahwin dengan kita.

Cuba selami dan hidup dengan pasangan anda ketika berbahagia mahupun ketika dilanda badai. Restu keluarga, terutama daripada ibu bapa, untuk rumah tangga dan hidup kekal bahagia.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*