Perompak Tersekat Dekat Belakang Mesin ATM Terpaksa ‘Diselamatkan’ Pihak Polis

Hajat seorang lelaki untuk merompak bank berakhir dengan kegagalan selepas dia tersekat di dinding ATM yang terletak di Aniyapuram, Tamil Nadu, India Khamis lalu.

Pihak po.lis telah berjaya menahan seorang lelaki yang berusia 28 tahun itu di daerah timur Champaran di Bihar. Lelaki itu dilaporkan merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat makanan ternakan ayam di Parali.

Padahari Khamis yang lalu sekitar pukul 12.15 pagi, lelaki yang dilaporkan di bawah pengaruh alkohol itu telah tersekat di ruangan belakang mesin ATM ketika dia cuba untuk memecah masuk bank tersebut.

Dia juga turut dilaporkan cuba untuk memecahkan mesin ATM tersebut menggunakan batu bata. Penduduk berhampiran yang mendengar bunyi pelik di bank tersebut segera menghubungi pihak po.lis.

Setibanya po.lis di bank tersebut, lelaki berkenaan ditemui sedang tersangkut di belakang dinding mesin ATM terbabit. Po.lis telah menyelamatkannya dan menahannya.

Akibat daripada perbuatannya itu, lelaki tersebut telah dihadapkan ke mahkamah kini dalam tahanan reman.

Sumber: Times of India

Mesin juruwang automatik (ATM)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mesin juruwang automatik (ATM) merupakan sejenis peranti telekomunikasi berkomputer yang menyediakan capaian transaksi kewangan kepada pelanggan institusi kewangan di kawasan tumpuan awam tanpa memerlukan juruwang manusia atau kerani bank.

Dicipta oleh IBM, mesin ATM pertama diperkenalkan pada Disember 1972 di Lloyds Bank di UK. Pada kebanyakan mesin ATM moden, identiti pelanggan dikenal pasti melalui kad ATM yang dilengkapi jalur magnetik atau kad pintar dengan cip, yang mengandungi maklumat nombor kad serta beberapa maklumat keselamatan seperti tarikh luput atau kod CVVC (CVV). Pengesahan dilakukan dengan memasukkan nombor pengenalan peribadi (PIN).

Melalui mesin ATM, pengguna boleh mengakses akaun bank mereka untuk melakukan pengeluaran wang, pembayaran kad kredit, pemindahan wang ke akaun lain serta semakan wang baki. Sesetengah mesin ATM turut menyediakan khidmat pembelian kredit telefon bimbit, penambahan nilai kredit kad Touch ‘n Go serta pembayaran bil utiliti. Terdapat juga mesin ATM khusus untuk tujuan memasukkan wang yang dikenali sebagai mesin deposit wang (CDM).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*