Polis minta nombor telefon sebagai syarat elak bayar saman

JAKARTA – Kisah seorang wanita yang melanggar lampu isyarat namun diberi pilihan sama ada disaman atau tidak sekiranya dia memberikan nombor telefonnya kepada pegawai polis tular di aplikasi TikTok, lapor laman Suara.com kelmarin.

Wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Ica menceritakan kisah itu menerusi TikTok @bbyica.

Sewaktu kejadian, Ica mengaku telah melanggar lampu isyarat merah dan kemudiannya ditahan polis.

Namun begitu, polis itu memberikan Ica tawaran iaitu sama ada membayar wang denda berjumlah 500 ribu rupiah (RM144) atau memberikan pegawai polis itu nombor telefonnya.

“Polis itu berkata ini jumlahnya cik atau pun boleh saya minta nombor telefon cik? Jika boleh, cik boleh teruskan perjalanan,” demikian kenyataan yang ditulis Ica di TikTok tersebut.

Gadis itu bagaimanapun menolak tawaran pegawai polis itu dan berkata dia lebih sanggup membayar wang saman yang diterimanya.

Video tersebut menjadi tular dan ditonton lebih 400,000 kali.

Rata-rata netizen yang menontonnya memberikan pelbagai reaksi tentang situasi tersebut.

“Jika ini berlaku pada saya, saya akan beri nombor telefon bapa saya,” kata seorang netizen.

“Saya juga pernah berdepan situasi sama, diminta nombor telefon oleh pegawai dan akhirnya, dia sering mengajak saya keluar walaupun sudah mempunyai isteri dan anak,” tulis seorang lagi netizen. -Agensi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*