Pulang Lewat Ke Rumah Lepas Seharian Ber’dating’, Remaja Berusia 12 &15 Tahun Dikahwinkan Mak Ayah

Jika pada satu k3tika dahulu, perkahwinan di usia muda adalah satu perkara yang normal dan sudah menjadi kebiasaan pada ketika itu, Namun lain pula yang terjadi ap4bila seorang remaja lelaki dan kanak-kanak perempvan telah dikahwinkan hanya kerana dipercayai pulang lewat ke rumah.

What?! Ser1uslah?

Menurut Detik News, kejadian itu berlaku di Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Indonesia, telah menjadi bualan hangat masyarakat setempat disitu.

Kisah pasangan remaja tersebut yang berumur 15 dan 12 tahun itu bermula apabila ibu bapa remaja perempuan dikatakan tidak dapat menerima anaknya pulang lewat ke rumah setelah seharian keluar dengan kekasihnya.

Ketua kampung tersebut turut mengesahkan kisah pasangan tersebut. Kedua-dua pasangan kekasih itu keluar bersama pada tengah hari dan pulang sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan.

“Saya sempat sarankan agar pasangan itu dipisahkan dahulu kerana mereka masih lagi bawah umur namun ibu bapa mereka tetap bertegas”.

Remaja lelaki tersebut turut mengakui bahawa kanak-kanak perempuan itu merupakan cinta pertamanya. Dia juga mengakui bahawa perkahwinan itu juga berdasarkan keinginannya.

Ini namanya tuah ke atau ibu bapa nak bagi pengajaran dkt anak2 ? Min pun confuse dah ni… – Larjuna TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*