Resepi Mudah Ayam Goreng Ala McD, Guna Bahan Di Rumah Je!

Ayam goreng McDonalds sentiasa menjadi pilihan para pelanggan untuk dijamah pada bila-bila masa. Rasanya yang enak dan menyelerakan memang susah untuk ditolak.

Tapi harganya tidaklah terlalu murah dan mungkin ada yang tak mampu untuk mengeluarkan wang lebih untuk memesan menu ini setiap kali teringin nak makan.

Jangan risau, korang pun boleh buat sendiri dekat rumah tau. Paling penting memang jimat sebab boleh dapat dalam kuantiti yang banyak, boleh lah jamah puas-puas!

Bahan-bahan:

#1 Tepung gandum

#2 Tepung goreng bestari (pedas)

#3 Tepung beras

#4 Serbuk Cili

#5 Ayam

Cara penyediaan:

#1 Campur tepung bestari, tepung beras, serbuk cili dan air. Pastikan jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Bancuh sehingga sebati.

#2 Perapkan ayam dalam bancuhan tadi selama sejam dalam peti ais.

#3 Campur tepung bestari, tepung beras, tepung gandum dan sedikit serbuk cili tanpa air sampai sekata.

#4 Gaul ayam yang diperap tadi dalam campuran tepung kering.

#5 Masukkan ayam setelah minyak betul-betul panas dan goreng hingga masak.

#6 Siap untuk dihidang.

Mudah je kan? Boleh lah cuba sendiri di rumah, confirm puas hati!

Kredit Foto: Mcdonalds Malaysia

SOURCE: DAILY MAKAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*