Resipi ‘Roti Gulung Sardin’ Raih 4.2k Perkongsian, ‘Rahsia’ Gorengan Sempurna Tapi Tak Serap Minyak

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini, pasti membosankan bila tidak dapat keluar berjalan-jalan dan mengurangkan tekanan setelah Bekerja Dari Rumah (BDR) mahupun belajar secara dalam talian. Jadi, dapurlah yang selalu menjadi tempat tumpuan kita di rumah untuk menghabiskan stok makanan ataupun mencuba resepi masakan baru.

Memandangkan pelbagai resepi yang boleh dipelajari dengan mudah secara ‘online‘, apa kata kita cuba resepi baru yang mungkin masih belum menjadi hidangan makan petang kita sebelum ini.

Kepada penggemar sardin, pasti akan suka resepi ini kerana bahan utamanya berasaskan sardin. Dengan penyediaan cara yang mudah, resepi yang dikongsikan oleh Siti Noor Hidayah Samah melalui halaman Facebook MAHN ini menjadi tumpuan. Perkongsian ini telah meraih 3.1 ribu tanda suka dan 4.2 ribu perkongsian oleh para netizen.

Apa yang menarik perhatian menerusi perkongsian ini adalah tips untuk elak minyak serap ke dalam roti ketika ianya digoreng. Sekiranya minyak berlebihan pada makanan itu sudah pasti akan membuatkan rasanya kurang enak.

Jangan tunggu lagi, jom tengok resepinya di bawah.

“Inti sardin”

“Gulung macam ni”

“Siap digoreng”

“Dalam die”

 

Sumber: Siti Noor Hidayah Samah via ‘Masak Apa Hari Ni’

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*