Sakinah tak takut Tuhan murka ke – Komen Netizen

Agak lama menyepi daripada kontroversi, pelakon Sharifah Sakinah sekali lagi menjadi bualan netizen selepas memuat naik foto menggoda, berendam dalam tab mandi dengan menampakkan sebahagian tubuhnya.

Dalam gambar yang menampakkan sebahagian tubuh hanya diliputi buih mandian itu, Sakinah turut memaklumkan bahawa dia sudah mula memasuki set penggambaran selepas lama berehat dan bercuti panjang.

“Setelah lama berehat, akhirnya saya kembali ke set. Berbalik kepada cinta pertama saya (lakonan),” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Biarpun gambar tersebut menunjukkan dirinya sedang berada di dalam set penggambaran, ruangan komen perkongsian berkenaan terus dibanjiri respons panas netizen.

Masing-masing dilihat berebut-rebut menjadi ustaz dan ustazah menegur penampilan berani Sakinah walaupun demi tuntutan pekerjaan.

Perkongsian pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka juga disifatkan tidak sesuai serta terlalu sensitif apatah lagi dia berstatus seorang ibu.

“Saya nak menegur sikit boleh? Saya tak tahulah sama ada saya ni layak untuk tegur awak atau tidak. Tapi sebagai seorang Muslim, saya nak beri teguran agar awak sentiasa beringat.

“Kita sebagai wanita ada auratnya dan ada sebab kenaoa kita perlu sentiasa menutup bahagian tersebut.

“Awak, tak takut ke murka Allah. Perlu ke asyik nak tayang aurat je. Ingatkan dah berubah, tapi tetap sama je. Tak melambangkan wanita Islam langsung.

“Dunia akhir zaman memang begini. Bangga tayang dedah aurat sana sini. Inilah pengaruh Barat. Semoga diberi hidayah untuk terus jadi wanita Islam yang baik,” tulis netizen.

Bahkan ada juga yang mempersoalkan, adakah Sakinah beragama Islam atau tidak.

“Maaf saya nak tanya, Kak Sakinah Islam ke tak? Saya keliru. Maaf saya hanya nak tanya sebab saya tak tahu,” celah netizen yang lain.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang turut mendoakan agar pemilik nama lengkap Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu diberikan hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik suatu hari nanti.

Terdahulu, adik kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah itu sempat terbang ke luar negara pada Mei lalu bagi menjalani rawatan penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang dihadapinya sejak sekian lama. – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*