Connect with us

Terkini

‘Sampai Rumah, Isteri Aku Dengan Jantan Lain, Masing-Masing Sedang..’

Published

on

suami isteri

‘Sampai Rumah, Isteri Aku Dengan Jantan Lain, Masing-Masing Sedang..’

Salam semua. Semalam terbaca kisah suami yang ada isteri curang tapi sayang nak cerai. Bro, kisah kita sama tapi jalan cerita lain. Kat sini, aku share sikit pasal hidup aku. Bismillah.

Usia perkahwinan aku 10 tahun, aku ada anak sulung umur 6 tahun dan anak kecik 2 tahun. Aku kerja kontraktor, jadi aku selalu outstation.

Ada satu hari, aku outstation kat muar. Tapi hati aku tergerak sangat nak balik JB, aku rindu rumah, rindu anak-anak, rindu nak tengok muka bini aku. Masa tu tak ada smartphone lagi.

Aku sanggup gerak balik JB. Sampai rumah, tahu aku nampak apa? Kun faya kun, Allah nak tunjuk pada aku. Isteri aku dengan jantan lain dalam rumah, anak kecik aku merengek sorang kat luar. Masing-masing tengah pakai baju masa aku sampai. Nampak muka aku, lintang pukang jantan tu lari. Isteri aku dah merayu-rayu minta maaf jangan cerai.

Aku terdiam. Aku nak mengamuk, aku nak marah. Aku tak ada kekuatan nak lafaz cerai masa tu. Aku tengok muka anak, aku kesian. Kesian anak-anak aku.

Sejak hari tu, aku tak ambil projek luar. aku main dalam JB je, dekat dengan rumah. Aku tak lekat dekat rumah, duduk rumah aku terbayang bini aku dengan jantan tu.

Aku tengok muka anak aku, aku kesian. Aku solat pergi masjid, subuh pun aku pergi masjid. Kat rumah aku rasa serba tak kena. Bab jimak, isteri aku selalu kata penat kerja. Aku tidur kat ruang tamu. Aku maafkan isteri aku. Untuk lupakan, susah…

Kemudian, selepas setahun. Aku tak dapat projek besar, kerja kecik-kecik pun takde. Aku duduk rumah, duit aku cukup tanggung anak bini. Sambil tu aku amik upah pasang paip, upah repair rumah. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada.

Isteri aku, dia kata aku duduk rumah macam tanggung biawak hidup. Kenapa? Aku duduk rumah bukan duduk saja. Aku tolong dia urus anak, urus makan. Duit bukan aku tak bagi. Tak apa lah, aku diam.

Tak lama lepas tu, aku dapat projek dengan SAJ. Ada rezeki lebih, isteri aku minta hadiah kereta sempena hari lahir dia. Aku belikan. Anak sulung aku minta motor, aku belikan. Anak kecik aku minta gadget, aku belikan.

Kali ni, masa kami on the way balik kampung. Ada sorang perempuan call bini aku maki-maki, aku kat seat driver boleh dengar suara perempuan tu maki bini aku. Bini aku kacau laki orang? Dalam hati aku sabar. Anak-anak kat belakang.

Bini aku tak mengaku, dia minta aku backup dia. Aku tak masuk campur. Sampai kampung, aku check handphone bini aku. Alhamdulillah, Allah tunjuk lagi. Bini aku kata, sekarang kat kampung. Nak gaduh tunggu balik JB. Takpe lah.
Aku malas nak gaduh. Aku pun dah sampai tahap malas fikir bini aku lagi. Aku fikir anak-anak aku. Apa nasib diorang.

Beberapa bulan selepas, aku berkenan dengan sorang anak dara. Perasaan aku jumpa budak ni, sama macam mula-mula jumpa bini aku dulu. Tengok muka budak ni tenang hati aku, hilang beban otak fikir masalah.

Aku nak ngorat, tapi budak ni jual mahal. Nak tak nak, aku bagitau bini aku. Aku nak kawin lagi satu. Bini aku mengamuk. Dia tanya perempuan mana, dah berapa lama. Aku gelak. Tak pernah bini aku ‘caring’ macam tu. Sayang rupenya. Aku bawa jumpa dengan budak tu. Budak tu tak percaya aku nak buat dia jadi bini.

Sejak aku nak kawin baru, bini aku kata aku nak balas dendam. Bukan balas dendam, tapi pengajaran. Aku tunjuk gambar budak tu kat mak aku, mak aku pun suka.

Bini aku, susah sikit. Macam main tarik tali. Setahun aku main tarik tali dengan bini aku. Akhirnya bini aku suruh nikah siam. Sebab malu dengan orang kampung nanti, tapi dah terlambat.

Bapak mertua aku dah kecoh satu kampung, aku nak kawin lagi. Untuk makluman, bapak mertua aku kawin 4 sebab tu bini aku anti poligami. Mak mertua aku merupakan isteri pertama.

Masa berita aku nak kawin lagi satu kecoh, adik beradik ipar aku sibuk serang bakal bini muda aku tu. Kena maki bakal bini muda aku tu. Tapi dia rilek je. Rupanya bini aku selama ni bercerita pasal aku nak kawin lagi kat adik beradik dia.

Aku diburukkan dekat keluarga mertua. Tapi, aku tak heran. Aku nak cari bahagia aku. Bini aku mendesak cerai, cerai dan cerai. Atas alasan aku dayus sebab dulu tak ceraikan dia.

Sekali lafaz, aku lepaskan dia masa tu. Perasaan aku lepas tu, macam terlepas beban berat. Lapang dada aku macam bernafas lega panjang. Mungkin sepatutnya kami bercerai dulu.

Lepastu, bini aku meroyan. Dia call semua orang termasuk mak bapak bakal bini aku. Dia suruh aku kemas baju aku dan keluar dari rumah dia cepat. Masa aku balik nak pack baju, dia minta maaf menangis. Dia mengaku silap dia, janji nak berubah. Dia sayang rumah tangga kami. Dia tak boleh tanggung hidup sorang, dia masih perlukan aku. Dia minta aku rujuk dengan dia. Aku call mak aku, aku luahkan apa aku rasa. Aku mengaku aku gagal didik isteri aku dengan baik. Tapi aku tak cerita apa salah bini aku.

Aku cuma tanya, apa aku perlu buat? Mak aku nasihatkan aku rujuk semula, kesian dengan anak-anak. Kalau tak sayang bini lagi, kesiankan anak-anak. Esoknya aku rujuk di mahkamah syariah dan aku pegang janji bini aku untuk berubah tapi aku masih teruskan niat untuk nikah lagi.

Hari raya 2014, kami balik kampung bini aku. Sedara mara dia perli dia “Tu lah kau, dulu bapak kau sibuk kahwin lagi kau sibuk serang mak tiri kau mengalahkan mak kau. Sekarang, padan muka. Laki kau orang amik!”

Aku nampak dia nangis dalam bilik. Tapi aku tak pergi pujuk, aku biar dia pujuk diri sendiri. Mak mertua aku nasihat, nikah lagi jangan lupa anak bini yang sedia ada. Apa pun salah anak dia, dia minta aku maafkan.

Aku pun kata, aku tak amik hati pun. Aku dah biasa. Balik raya belah kampung aku, mak aku tak tanya pasal hal aku nak kawin lagi. Mak bapak aku jenis tak masuk campur hal anak asalkan anak-anak tau jaga diri.

Balik JB, bini aku cerita. Dia sentap balik raya kat kampung dia dengan kampung aku. Kat kampung aku dia lagi sentap dgn mak aku, dia cerita dia tengah borak dengan mak aku. Mak aku tanya dia macam mana dia dengan bakal bini aku, dia jawab mungkin balasan untuk dia.

Mak aku kata “memang lah balasan, Allah uji kau..sabar lah..” Dia cuma sentap sebab mak aku kata memang balasan untuk dia. Pada aku, itu hal kecik. Orang tua biasa memang terlepas cakap, tak perlu kita nak sentap.

Sebab aku tak layan sentap bini aku, dia serang lagi bakal bini aku. Satu family dia serang. Dalam hati aku masa tu, laki mana lagi la boleh tahan dengan bini aku ni kalau bukan aku je?

20 tahun aku hidup dengan dia, aku tahan dengan perangai singa dia. Kalau laki lain, aku rasa makan kaki tangan jugak ni. Aku tengok bakal bini aku tu buat tak layan je bini aku meroyan kat rumah dia. Aku gelak je dalam kereta. Alahai bini, sayang jugak kau ni.

Dah habis adegan serang menyerang kat rumah orang, bini aku call pulak bakal bini aku tu. Penat bini aku maki, dia jawab ok je. Habis call, bini aku tanya “Abg nak kawin dengan siapa ni? Budak ni tak ada perasaan ke? Penat saya je..” Aku diam kan je.

Lepas tu, bini aku dengan bakal bini aku baik. Shopping sama, makan sama, tengok wayang sama. Tenang hati aku, rezeki aku pun semakin murah bila diorang berbaik. Alhamdulillah.

Tak lama kemudian, aku nikah lagi di songkhla atas permintaan bini pertama. Selamat nikah, aku sewakan bini muda aku rumah dekat je dengan bini pertama. Senang aku nak ulang alik.

Dah poligami ni, bini pertama aku dah mula solat, mula tutup aurat. Alhamdulillah. Bahagia kejap je, bini pertama aku meroyan lagi. Halau aku dari balik rumah dia, siap campak baju depan rumah bini muda. Jiran-jiran semua nampak, kebanyakan jiran situ kawan-kawan aku.

Bini muda aku, kutip satu persatu baju aku. Dia pun tak bagi aku balik rumah dia, aku pun tidur kat petronas dalam kereta. Pengalaman pertama, tidur dalam kereta kat petronas.

Tak lama lepastu, bini-bini aku baik semula… macam biasa keluar sama-sama. Aku tinggal dengan anak kat rumah layan WWE. Bini pertama aku kata tak payah balik rumah dia, sebab adik beradik dia selalu datang bermalam kat rumah.

Jadi aku pun tinggal dengan bini muda tapi selalu balik juga sana tengok anak. Bini pertama aku mula berjinak dengan zumba. Dia kata bosan. Dia dapat kawan baru. Bini muda aku jenis duduk rumah, balik kerja duduk rumah.

Susah ajak keluar berjalan, kecuali otak dia dah tepu sangat stress kerja dia ajak aku pergi karaoke. Dia minat sukan, tapi aku tak bagi join. Kalau dua bini aku sibuk dunia luar, aku kat rumah boleh tepu jugak.

Ditakdirkan Allah itu maha adil pada hambanya. Allah tunjuk lagi pada aku. Sekarang zaman smartphone, gadget, internet dan sebagainya. Bini aku pun ada fb/wechat/LINE/whatsapp/telegram. Kelebihan pada aku ialah, aku boleh baca otak dia. Password dia untuk access semua tu aku boleh tau.

Jadi, satu hari aku tak ada kerja kat site. Tangan aku gatal nak godek FB bini aku. Aku buka email dulu, tak jumpa apa-apa. Tapi masa aku nak sign out tu, dia suruh aku click google plus photos tak silap aku. Kat situ la terbongkar segalanya.

Aku jumpa gambar bini aku dengan jantan lain. Aku download satu persatu gambar tu aku simpan kat pendrive, siap print screen sekali kat komputer. Lepas tu aku buka FB dia pulak, aku baca mesej dia dengan 2 orang jantan lain. Yang aku kelakar 2 orang jantan tu kawan baik, kena game dengan bini aku. Gelak sorang aku.

Aku tekan bahagian photo kat FB, ada yg sync with phone. Kat sini la kelebihan smartphone, jumpa lagi banyak gambar. Gambar keluar date, gambar screenshot conversation whatsapp/wechat, gambar lucah diorang semua ada. Aku istighfar. Aku download satu persatu jugak.

Anak jantan jangan kata kita kuat sangat, ego tinggi tak menangis bila kena macam ni. Kita ingat satu je, Allah ada. Allah akan balas. Tapi bila duduk sorang, mesti meleleh punya. Aku pejam mata, terbayang muka anak-anak aku je.

Aku tak nak lepaskan bini aku. So hari tu, aku tunggu bini aku balik kerja. Aku tanya dia pasal jantan-jantan tu. Dia tak mengaku. Aku kata tak apa, aku ugut bagitau mak dia perangai dia tak elok. Dia kata aku tak ada bukti, kes dulu kes lama.

Aku kata, dulu tak ada bukti pasal tak ada smartphone, sekarang zaman berubah. Aku tahu apa dia buat belakang aku. Aku tunjuk gambar lucah dia. Dia terdiam. Aku cakap aku nak post kat fb. Dia takut, dia minta maaf. Dia kata tak ada contact lagi. Aku percaya (sebenarnya tidak).

Esok nya, aku buka lagi email & FB bini aku. Aku jumpa gambar terbaru. Kali ni terus aku cakap kat bini aku, kalau nak teruskan dengan jantan tu. Aku suruh kahwin dengan mereka.

Bini aku tak nak. Aku kenal jantan tu, kawan sekolah bini aku. Aku pernah ikut bini aku pergi reunion sekolah lama dia. Dah kantoi macam ni, bini pertama aku meroyan kat bini muda aku lagi. Diorang gaduh lagi. Aku biarkan diorang settle sendiri.

Aku pesan kat anak sulung aku, jaga ibu dan adik dia elok-elok. Sebab aku dah tak sebumbung lagi dengan anak-anak. Anak aku paham. Bini pertama aku asyik call supaya aku tak ceraikan, aku kata aku tak akan ceraikan. Aku biarkan masa tentukan mana hala tuju hubungan kami. Allah lebih tahu hati kami.

Bini muda aku, Alhamdulillah dari awal kenal sampai sekarang masuk 2 tahun nikah. Kalau bini pertama aku meroyan, serang, cari gaduh. Dia buat tak tahu. Datang rumah pecah barang pun, dia siap pelawa tidur rumah. Aku biasa tengok diorang bertekak mulut, aku duduk tepi tangga perhati kan je. Buat hiburan.

Tapi, macam mana buruk pun perangai bini ni, jauh sudut hati suami tetap sayang. Kepada bro yang share masalah bini dia curang tu, aku faham kenapa kau tak cerai kan dia.

Malas semak kepala fikir hal bini ni, baik cari duit senang kan keluarga. Sekarang, aku bahagia dengan bini muda. Bini pertama, aku bagi nafkah duit tiap bulan.

Aku dah niat, selangkah dia dalam maksiat tanpa pengetahuan aku. Semoga Allah membalasnya dengan setimpal. Aku cari rezeki untuk keluarga aku. Bini pertama aku sendiri pernah sumpah, kalau dia curang dia sanggup terima azab Allah. Aku pun redha. Bini pertama aku pun tak nak menjanda bila aku tanya pasal cerai.

Semua orang ada kegagalan dalam hidup. Kegagalan aku paling teruk dalam alam rumah tangga. Sangat menguji aku. Tapi bagi pengajaran yang tak semua orang akan faham. Hilang sebuah kasih sayang, hadir sebuah kebahagiaan.

Thanks admin. Maaf panjang cite. Aku tulis pengalaman sepanjang alam perkahwinan aku. Alam perkahwinan, kalau kena uji jangan cepat fikir cerai. Kunci dia sabar dan berserah pada Allah. Tapi kalau dapat pasangan kaki segala kaki, selamatkan diri anda. Assalamualaikum.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Suami buat pngkuan mngejut pada istri bila mngaku jalin hubungn dengan mentua sendiri sehingga hammil

Published

on

Diluah mati emak, ditelan mati bapa! Seorang wanita buntu apabila mengetahui suaminya menjalin hubungan sulit dengan ibu kandungnya sendiri. Walaupun sukar untuk dipercayai, namun itulah hakikat sebenar yang berlaku kepada wanita ini.

Suami curang dengan mak mentua..

Kisah yang dikongsikan menerusi live video Syed Azmi di Facebook ini menarik perhatian ramai yang rata-rata terkejut dengan pendedahan wanita ini. Dakwa wanita ini, dia tiada tempat untuk berkongsikan masalahnya kerana dugaan yang dihadapi olehnya begitu berat sekali.Menurut wanita berkenaan, suaminya berlaku curang bersama ibu kandungnya sendiri. Walaupun masih mempunyai ayah namun ayahnya sendiri tidak dapat berbuat apa kerana ingin menjaga hati dan perasaan anaknya itu.

Saya ada tiga orang anak. Benda ni berlaku semasa saya pregnant anak kedua. Sekarang anak kedua saya dah tujuh tahun.

Perkara ini mula diketahui olehnya ketika dia sedang mengandungkan anaknya yang kedua. Namun ketika dia bersalinkan anaknya itu, wanita tersebut sudah mengetahui sedikit demi sedikit apabila dia mendengar perbualan ibu dan suaminya itu.Perbalahan antara mereka berpunca apabila suaminya ingin memberitahu perkara sebenar kepada dirinya namun dihalang oleh ibu kandung sendiri.

Ibunya gugur anak suami sendiri..

Selepas bersalin, wanita itu terjumpa sepucuk surat di dalam rumahnya. Surat berkenaan mengandungi luahan suaminya yang mengakui mempunyai hubungan bersama ibunya. Ketika itu, suaminya meninggalkan dirinya bersama anak yang baru lahir dan dia terpaksa mengambil keputusan untuk berpantang di rumah keluarganya.

Ketika suaminya ingin menjemput isteri untuk pulang ke rumah sendiri, ibu dan suaminya bergaduh dan di dalam pergaduhan itu, ibunya mengatakan yang mereka pernah ‘bersama’.

Lebih mengejutkan ibunya pernah menggugurkan kandungan hasil daripada hubungan mereka dan wanita itu mengetahui perkara berkenaan melalui panggilan telefon daripada ayahnya.

Selepas kejadian berkenaan, dia bersama suami serta anak-anaknya berpindah ke Perak. Wanita terbabit nekad untuk bekerja demi menyara anaknya dan ketika itu dia telah memaafkan kesalahan suaminya itu.

Saya maafkan sebab saya fikir saya tak ada kekuatan, anak saya kecil lagi. Takkan saya nak biarkan anak saya dengan saya tak ada kerja tetap.

Kantoi masih berhubung..

Kisah peritnya tidak terhenti di situ apabila dia mendapat tahu bahawa suaminya masih berhubung dengan mak mentua lagi. Walaupun sudah berjanji untuk berubah namun janji hanya tinggal janji apabila wanita itu melihat perbualan di antara mereka.

Lama-kelamaan bila kantoi tu saya jadi tawar hati. Bayangkan mereka buat hubungan bersama, bila dia nak bersama dengan kita, ada satu perasaan benci sebab saya teringat.

Dia juga mengatakan dia pergi ke Pejabat Agama Islam bagi mendapatkan kaunseling mengenai masalah yang dihadapi dan pihak berkenaan telah memberikan nasihat yang sepatutnya. Namun dia masih mempertahankan rumah tangganya kerana memikirkan nasib anak-anaknya.

Sumber : Syed Azmi

Posting Asal…

Continue Reading

Terkini

Remaja lelaki ini hilang tiga jari angkara mercun

Published

on

BESUT – “Saya benar-benar menyesal,” kata Muhammad Adam Hakimi Muhamad Sabri, 16, yang hancur tiga jari kanannya dan kabur mata kiri akibat terkena mercun dalam kejadian di Kampung Kelubi Putih, Jabi di sini pada 23 April lalu.

Dia juga mengakui sudah serik dan berjanji untuk tidak menyentuh mercun selepas ini.

Malah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi itu tidak menyangka kejadian yang berlaku selepas berbuka puasa pada 11 Ramadan lalu mengubah fizikalnya buat selama-lamanya.

Menceritakan kejadian, bapa angkatnya, Mohd Riduan Ismail, 42, berkata, Muhammad Adam Hakimi yang dijaga sejak kecil keluar rumah selepas berbuka puasa bersama keluarga kira-kira jam 7.30 malam.

“Sebelum kejadian, dia ada beritahu mahu keluar berjalan selepas berbuka puasa dan solat maghrib.

“Tidak lama selepas itu, kami sekeluarga terkejut kerana dia tiba-tiba pulang ke rumah dalam keadaan tangan dan muka berlumuran darah. Tiga jari tangan kanannya hancur akibat terkena mercun batang paip,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Riduan berkata, dia segera membawa anaknya ke Hospital Besut sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira sejam selepas itu.

“Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu perasaan saya. Ketika itu saya hanya mampu berdoa supaya anak saya dapat diselamatkan.

“Saya reda dengan apa yang berlaku. Mungkin sudah ketentuan sebab setahu saya, selama ini anak saya tidak pernah bermain mercun. Saya percaya ini kali pertama dia sentuh mercun dan ingin mencuba meletupkan sendiri mercun,” katanya.

Mohd Riduan berkata, Muhammad Adam Hakimi kini dibenarkan pulang ke rumah selepas lebih seminggu dirawat di HSNZ.

Bagaimanapun, katanya, tahap kesihatan anak sulung daripada enam beradik itu masih belum memuaskan kerana belum pulih sepenuhnya.

“Anak saya masih dalam pemantauan dan rawatan. Saya harap dia segera pulih,” katanya.

Mohd Riduan turut menasihatkan remaja supaya mengambil pengajaran daripada kejadian menimpa anaknya itu.

“Bagi yang berjinak-jinak dengan mercun, saya harap dapat berfikir dua kali sebelum mencuba. Beringat sebelum kena kerana malang tidak berbau.

“Apabila sudah hilang jari, ia hilang selama-lamanya, tidak boleh dikembalikan seperti sedia kala,” katanya. – wowberita

Continue Reading

Terkini

Lebih dua bulan menghilangkan diri, JAIS dan polis terus bekerjasama kesan Sajat

Published

on

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar, berkata berikutan kuasa yang terhad pihaknya dan JAIS memerlukan bantuan polis untuk melaksanakan perintah mahkamah, termasuk waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang dikeluarkan Februari lalu.

“Saya difahamkan, sudah ada perbincangan antara JAIS dan polis, justeru MAIS menyerahkan perkara ini kepada kedua-dua pihak terbabit untuk pelaksanaan perintah mahkamah.

“Buat masa ini, JAIS masih mengesan Muhammad Sajjad dan oleh kerana bidang kuasa yang terhad, bantuan polis diperlukan.

Bantuan bukan saja dalam kes Muhammad Sajjad, bahkan banyak kes syariah sebelum ini kita laksanakan dengan bantuan polis, terutama membabitkan perintah mahkamah,” katanya ketika ditanya perkembangan terbaru kes berkaitan usahawan kosmetik itu.

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Sumber memberitahu, Nur Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Nur Sajat dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di tempat lain bagi mengelak dikesan JAIS.

Menurut sumber lain, penguat kuasa kini berusaha menjejaki Nur Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di kawasan Lembah Klang.

Continue Reading

Trending