Connect with us

Terkini

“Saya Bersuami Tapi Dilayan Seperti Ibu Tunggal” Tidak Sangka Bagi Inspirasi, Sharul Kamal Dedah Terima Mesej Seorang Wanita

Published

on

“Saya Bersuami Tapi Dilayan Seperti Ibu Tunggal” Tidak Sangka Bagi Inspirasi, Sharul Kamal Dedah Terima Mesej Seorang Wanita

Penyanyi Sharul Kamal mendedahkan dirinya menerima mesej peribadi (DM) daripada seorang wanita yang berstatus isteri orang di Instagram miliknya.

Begitupun, bintang Akademi Fantasia 2015 itu menjelaskan, mesej tersebut hanyalah satu bentuk luahan rasa daripada wanita tersebut yang kagum dengan semangatnya yang bangkit selepas pernah berdepan masalah depresi.

Perkara itu dikongsikan Sharul menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam mesej tersebut, wanita berkenaan yang dirahsiakan identitinya memberitahu, dia menyifatkan Sharul sebagai seorang idolanya dalam terus bangkit berdepan masalah hidup.

“Bila nak buat live? Nak borak-borak. Saya bukan peminat tegar, hanya kagum awak punya semangat nak bangun daripada down, saya bersuami tapi dilayan seperti ibu tunggal.

“Saya jadi malu, jika keluarga luar tahu saya nak cerai sebab ya lah, kahwin pun usia muda dan saya sanggup pendam daripada bercakap. Jadi saya depress sangat.

“Jadi, bila tengok awak bangun daripada depress saya rasa macam saya jumpa idola. Semoga berjaya awak. Saya tetap ketagih dengar lagu Cantik awak setiap hari,” tulis wanita tersebut.

Pada masa sama, Sharul yang membalas mesej tersebut memberitahu, dirinya tidak menyangka ada pihak yang menyedari usahanya untuk bangkit selama ini.”Allahu, saya tak sangka ada orang yang nampak usaha saya sampai macam ni. Apa-apa pun, saya doakan akak diberikan kebahagiaan dan dimudahkan segala urusan dalam hidup. Insya-Allah nanti saya buat live ya,” jawabnya.

Sementara itu, di ruangan rata-rata terus memberikan komen dengan kata-kata semangat buat Sharul.”Kita tak sangka kadang-kadang dalam diam kita dah beri inspirasi dan kekuatan kepada orang lain. Teruskan Sharul kerana ramai lagi yang masih menyokong and, ” komen @syknrusman.

Sebelum ini, Sharul pernah mendedahkan dirinya mengalami kemurungan selepas merasa terpinggir dalam industri muzik selepas segala cubaannya seolah-olah tidak membuahkan hasil berbanding rakan seperjuangannya.

Sebelum ini Sharul yang merupakan finalis AF 2015 menduduki tempat keempat selepas Sufi, Syamel dan Bila menduduki tiga kedudukan teratas.

kredit gempak

Terkini

Ismail Sabri bagi jaminan, kali ini tiada keistimewaan kepada golongan ‘kayangan’ rentas negeri

Published

on

Dianggarkan 40,000 permohonan rentas negeri diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) setiap hujung minggu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kuasa memberi kebenaran rentas negeri sudah diberikan sepenuhnya kepada PDRM untuk membuat pertimbangan.

Katanya, tiada keistimewaan dan pengecualian diberikan kepada sesiapa saja termasuk selebriti atau orang ternama untuk mendapat kebenaran merentas negeri.

“Kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan untuk kes kecemasan seperti sakit, kematian atau kerja namun perlu mengisi borang.

“Kesahihan alasan untuk rentas negeri menyebabkan sesetengah permohonan tidak dibenarkan polis,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Sejak kebelakangan ini timbul pertikaian dalam kalangan masyarakat apabila individu terkenal seperti selebriti dan orang ternama diberi pelepasan merentas negeri.

Ia menimbulkan rasa kurang senang masyarakat yang menganggap arahan itu hanya tertakluk kepada rakyat biasa bukan golongan ‘kayangan’ seperti selebriti yang mendapat keistimewaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memutuskan SOP bekerja dari rumah untuk kakitangan awam manakala Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (Miti) bagi kakitangan swasta.

“Keputusan berhubung operasi kakitangan awam dan swasta bekerja dari rumah akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. – HM

Continue Reading

Terkini

‘Geng Kayangan, VVIP Rentas Tak Apa?’ – Netizen Kurang Setuju Hukum Haram Rentas Negeri

Published

on

Terdahulu, Datuk Dr. Luqman Abdullah Wilayah Persekutuan memberitahu bahawa haram pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang melanggar larangan merentas negeri.

Hal ini perlu dilihat berdasarkan hadis Rasulullah SAW berkaitan wabak penyakit taun.

Rakyat Malaysia emosi

Datuk Dr. Luqman Abdullah memetik laporan Berita Harian sebagai mengatakan bahawa dalam Hadis, Rasulullah SAW juga menyebutkan bahawa jika manusia mendengar berita penyebaran penyakit, mereka harus menghindari pergi ke suatu tempat. Begitu juga, orang yang sudah berada di lokasi tidak boleh meninggalkan kawasan itu.

Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram. Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran).

Walaupun begitu, kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dengan keadaan negara ketika ini. Di bahagian komen Facebook BH Online, netizen mengakui bahawa larangan merentas antara negeri adalah keputusan yang tidak boleh diterima, terutama bagi mereka yang sudah beberapa bulan tidak melihat ahli keluarga mereka.

Tak dapat digambarkan perasaan rindu yang terbuku di hati. Malah, tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa ada sesetengah pihak telah menggunakan layanan ‘double standard’ ke atas golongan ‘kayangan’ dan rakyat marhaen. Menurut mereka, itu adalah satu perkara yang tidak sewajarnya dilakukan dan setiap rakyat Malaysia perlu dilayan secara adil dan saksama.

‘Harap kampung tak pindah tempat lain’

Sumber: Facebook BH Online

Continue Reading

Terkini

Netizen dakwa Neelofa rentas negeri ‘shopping’ karpet di Nilai 3?

Published

on

Belum sempat reda mengenai isu kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP), laman sosial Twitter kembali kecoh apabila netizen mendakwa usahawan dan selebriti popular Neelofa sekali lagi merentas negeri.

Seorang pengguna Twitter, @paedrazip memuat naik dua tangkapan skrin daripada video InstaStory milik Neelofa memaparkan selebriti berusia 32 tahun itu dan suaminya Haris Ismail berkunjung ke sebuah kedai karpet.

Cari karpet kat Nilai 3 ke tu?

Seorang lagi pengguna Twitter, @IzzatiEmylia turut mempersoalkan tindakan bekas pengacara MeleTOP itu sekiranya ‘mendapat kebenaran’ untuk membeli karpet di lokasi berkenaan.

Kedai karpet tu hanya di beberapa lokasi…

Berdasarkan siasatan warganet termasuk reka bentuk kedai, mereka mendakwa pasangan itu mengunjungi cawangan yang terletak di Nilai 3 walaupun terdapat cawangan lain seperti di Setapak, Kuala Lumpur serta Johor dan Brunei.

WhatsApp orang kedai, katanya video tu kat Nilai?

Bagaimanapun, menerusi pencarian di akaun Instagram, difahamkan Neelofa telah memadam video yang memaparkan lelaki itu dipercayai pemilik kedai karpet tersebut.

Berikutan itu, netizen mula mempertikai tindakan Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor yang memadam video tersebut sekiranya dia dan suami tidak melakukan kesalahan seperti didakwa orang ramai.

Dakwaan lain…

Terdahulu, Neelofa dan suaminya yang lebih dikenali sebagai PU Riz, masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berhubung majlis pernikahan mereka.

Selain itu, ahli keluarga turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal mempraktikkan penjarakan fizikal sewaktu berlangsung majlis akad nikah pada Mac lalu.

Sumber: Twitter @paedrazip & @IzzatiEmylia

Continue Reading

Trending