Saya Jadi Meroyan Bila Suami Kantoi Main FB Dengan Perempuan Lain. Suami Cakap Kawan Biasa Jer

Saya Jadi Meroyan Bila Suami Kantoi Main FB Dengan Perempuan Lain. Suami Cakap Kawan Biasa Jer

Assalamualaikum wrga krt. Admin tolong hide profile saya. Saya nak minta pendapat warga krt. Saya baru lepas gaduh dengan suami saya, punca dia sebab dia ada main fb dengan perempuan lain. Walaupun tak melampaui batas hnya sekadar berkawan. Tapi saya tak boleh sebab suami saya pernah buat perangai main wechat masa awal perkahwinan kami siap mengaku bujang lagi.

Dia siap cakap dia beli rumah tinggal sorang dengan kucing saya sedangkan downpayment rumah tu pun ayah saya yang bayar. Saya jadi trauma bila tgok dia main socmed n aktif brkomen n chat dengan kawan fb perempuan. saya ada chat salah sorang kwn fb dia untuk unfriend suami saya tapi suami terus marah dengan saya. Saya dah cuba berbaik dengan dia. Saya masak bagi dia makan.

Suami saya biasanya kalau sebelum pergi kerja. Dia akan salam dan cium dahi saya. Tapi hari first masa saya bising pasal dia kawan dengan perempuan kat fb, dia pergi kerja macam tu je. Saya fikir tak ape la. Munngkin tengah panas lagi. tapi hari ni bila dia pergi kerja tak salam dan cium saya. saya jadi panas hati.

Dekat rumah kami ada bilik yang dia guna khas untuk buat kerja dia saya sepahkan bilik tu dan alat2 tulis dia habis berterabur, katil tilam dalam bilik tu saya trbalikkan, (tilam single murah je pun, tak berat). tempat sangkut baju dia saya rosakkan. dalam hati saya duk fikir “ko nak marah aku semata mata aku suruh unfriend minah tu?” macam tak adil.

Untuk pengetahuan semua, kami berdua kerja dan masih belum di kurniakan zuriat, suami saya tak pernah bagi duit nafkah kat saya, dia just bayar sewa rumah je, perbelanjaan lain rumah tu semua saya. termasuk beli peti ais, mesen basuh dan lain2. kadang2 je dia belikan barang basah untuk masak. tu pun lepas saya merungut. saya tahu dia just brkawan dengan minah tu, tapi saya tak boleh, saya trauma, saya jadi fikir bukan2.

Mane tahu sekarang berkawan nanti lama2 jadi lain plak. layak ke dia layan saya macam tu. dah la duit hantaran pun dia tak bayar penuh. malu saya kat mak ayah saya. Tapi sekarang saya rasa bersalah plak buat bilik kerja dia macam tu, tapi dalam masa yang sama hati saya puas sebab dapat lepas geram sakit hati. pada saya dia tak layak nak layan saya macam tu sebab saya dah banyak berkorban wang ringgit kat dia.

Kereta dia rosak duit saya, roadtatak mti duit saya jugak dan yang paling saya geram tunggakan krt dia, dia boleh pinjam duit ayah saya masa awal kawen dlu. pinjam kononnye tapi sampai sekarang tak brbayar. kadang² saya rasa lebih baik hidup single. saya pn tak pernah trdetik nak pinjam duit parents saya. Dia senang2 je p pinjam dengan ayah saya. Dah la tak tanya saya. dah mintak baru bagi tahu. Malu saya. kalau korg ada kat tempat saya. Apa korg buat ye?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*