Connect with us

Terkini

“Saya Lihat Doktor Pakar Tak Henti Baca Yasin” Mufti Kelantan Mula Cerita Pengalaman Dijangkiti COVID-I9

Published

on

mufti kelantan dijangkiti covid19

“Saya Lihat Doktor Pakar Tak Henti Baca Yasin” Mufti Kelantan Mula Cerita Pengalaman Dijangkiti COVID-I9

” Ya Allah ya Tuhanku, sebelum aku tidur ini, Kau ampunkanlah segala dosaku, kelemahan-kelemahanku, kegagalanku menunaikan tanggungjawab dalam menunaikan amanah.

” Kalau Engkau rasa hidupku ini lebih baik dilanjutkan, Kau lanjutkanlah dan berikanlah kesihatan.”

Demikian doa yang sering dilafaz oleh Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad, sepanjang 16 hari ditahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, apabila dijangk1ti Cov1d-I9.

Berkongsi pengalaman bersama Malaysiakini, Mohamad Shukri berkata, selama tempoh itu beliau ternanti-nanti kehadiran malaikat Izrail selepas mendengar berita ramai orang mninggaI dunia akibat Cov1d-I9.

” Bagi saya, rasa macam tak ada apa-apa… rasa macam demam biasa, tapi apabila dah tahu kena Cov1d-I9 ini ramai yang m4ti, jadi kita kena bersedialah menghadapi m4ti itu.

” Jadi siang malam selama 16 hari saya tertunggu macam mana nak jumpa Izrail, macam mana agaknya pengalaman nak jumpa Izrail nanti, dan saya selalu berdoa. Itulah doa saya siang malam.

” Saya duduk bersedia macam mana agaknya apabila Izrail datang, sebab kita tak ada pengalaman. Saya dengar berita pesakit yang masuk tadi dah mninggaI dunia, jadi kita pun kena bersedialah,” katanya.

Kongsi pengalaman dijangk1ti Cov1d-I9

Menceritakan lanjut pengalamannya itu, Mohamad Shukri berkata, pada 12 Mac lalu beliau pulang dari Sarawak selepas membentangkan kertas kerja di seminar majlis fatwa negeri itu.

Keesokan harinya, beliau hadir pula di Masjid Muhammadi untuk solat Jumaat dan mengimamkan solat sunat hajat yang diadakan.

Bagaimanapun, katanya, pada malam itu beliau mula berasa tak sedap badan dan mula rasa sengal-sengal pada sendi.

Keesokan harinya, kata Mohamad Shukri, beliau berkunjung ke klinik untuk menjalani pemeriksaan namun apabila diperiksa, doktor panel tidak mengesan sebarang deman lalu dibekalkan ubat Panadol.

” Saya makan Panadol, dan malam itu saya rasa baik. Esoknya (Ahad) saya pergi bekerja dan mempengerusikan mesyuarat dalaman, selepas itu badan lemah dan rasa sengal semakin menjadi-jadi.

” Saya pergi ke klinik lagi sekali, doktor bagi suntikan. Doktor kata mungkin ada kekurangan vitamin apa-apa.

” Selepas balik dari klinik rasa dah baik dah. Pagi esoknya pula saya mula rasa tak boleh tahan, saya telefon seorang kawan, seorang profesor di HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) tanya untuk buat saringan.

” Jadi, kawan saya itu tolong aturkan untuk temujanji di HRPZ II. Jam 8.30 pagi saya pergi disambut oleh timbalan pengarah hospital dan dibawa ke Wad 10 untuk diperiksa,” jelasnya.

Dapat keputusan ujian, sah posit1f

Apabila dimasukkan ke wad pada hari pertama itu, katanya, saringan bagi Cov1d-I9 dibuat dan keputusan diperolehi pada jam 10 malam.

Menurut Mohamad Shukri, ketika itu tiada apa-apa perubahan dirasai – kecuali badannya masih berasa sengal-sengal – namun beliau dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kira-kira jam 10 malam, katanya, keputusan ujian kesihatannya pun diperolehi. Beliau disahkan positif Cov1d-I9.

” Apabila mereka kata positif saya tunggu sajalah (rawatan), esoknya saya jalani x-ray. Ada dalam empat kali kena x-ray sepanjang di hospital.

” Kemudian masuk hari ke-10, saya dibenarkan keluar dari ICU dan masuk ke wad biasa, tetapi dikuarantin dua hari.

” Selepas itu doktor bagitau saya kena masuk wad ICU semula. Saya tanya kenapa masuk balik? Mereka kata ada lagi hal (kuman) lain dijumpai, tapi bukan lagi Cov1d-I9, jadi pergi lagi ke wad ICU.

” Kena x-ray lagi, rupanya sak1t yang saya hidapi sekian lama. Saya sensitif dan mudah batuk, rupanya sebab yang itu. Tapi tak ada kena mengena dengan Cov1d-I9.

” Mereka kesan yang itu dan dirawat tiga hari sehingga negatif, ini jangk1tan dalam paru-paru. Apabila dah baik, saya dikuarantin lagi, hari ke-14 dikuaranti di bilik CCU sementara tunggu untuk discaj,” katanya.

Tambah Mohamad Shukri lagi, sukar untuk beliau jelaskan mengenai kesan wabak Cov1d-I9 yang menjangk1tinya kerana tidak mengalami keadaan yang teruk.

Cuma katanya, ketika dirawat di hospital itu juga beliau diserang sak1t gout yang memang dihidapinya sebelum ini dan menyebabkan rasa sak1t di bahagian lutut.

” Apa yang jadi masalah sikit ialah penyak1t lama saya iaitu gout. Apabila kita lemah duduk dalam wad, gout pula meny3rang, itu yang ditahan lama dalam wad lama.

” Sebab sak1t lutut, sampai hari ini saya solat atas kerusi lagi,” katanya.

Justeru, kata Mohamad Shukri, jika ada orang bertanya mengenai sak1tnya Cov1d-I9, beliau tidak dapat memberikan jawapan yang banyak kerana tidak tahu bagaimana perlu dijelaskan.

Katanya, beliau tidak berasa sebarang perubahan kecuali rasa sengal pada sendiri. Dan itu juga, katanya, hilang selepas mengambil ubat.

” Saya tak demam, batuk pun tak ada, dan sesak nafas pun tak ada,” katanya.

Doktor pakar rajin baca al-Quran

Sementara itu Mohamad Shukri turut memberikan nasihat kepada pesak1t Cov1d-I9 dan orang ramai supaya meningkatkan kekuatan rohaniah dalam menghadapi wabak yang sedang melanda di seluruh dunia kini.

” Bersama saya hari itu dalam wad ada dua orang doktor pakar yang kena Cov1d-I9. Mereka steady saja, saya pula rasa lemah. Sebenarnya Cov1d-I9 ini atau sak1t apa pun, kekuatan itu bergantung pada kita.

” Kalau kita rasa lemah, rasa tertekan, itu sememangnyalah. Tetapi saya tengok dua doktor pakar yang duduk sekali dengan saya itu, hebat. Sudah sembahyang Zuhur, baca Yasin. Selepas Asar, baca Yasin, lepas Magrib baca Yasin.

” Cuma saya duduk terkebil-kebil sebab saya agak keletihan.

” Dua orang doktor pakar itu memang kuat baca al-Quran, ini saya fikir selain kita dapat rawatan secara fizikal, kekuatan rohaniah perlu tinggi. Kerana kebergantungan kita adalah kepada tuhan,” katanya.

Sebelum menamatkan kisah pengalamannya, Mohamad Shukri mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga barisan hadapan HRPZ II yang menunjukkan komitmen, etika dan disiplin tinggi.

” Saya cukup berpuas hati dengan SOP (prosedur standart operasi) kakitangan HRPZ II yang bersungguh-sungguh ketika menjalankan tugas. Kawalan begitu ketat dan rapi, hanya petugas tertentu sahaja dibenarkan berurusan.

” Tak ada sesiapa (orang luar) boleh tengok, saya terpisah dengan keluarga selama 16 hari. Pihak hospital jaga kerahsiaan cukup teliti, proses pindah wad pun dibuat dengan rapi sehingga tiada orang tahu,” katanya hari ini.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Bayi Setahun 6 Bulan di R0g0L Jiran Sendiri, Depan Anaknya Sendiri

Published

on

Bayi Setahun 6 Bulan di R0g0L Jiran Sendiri, Depan Anaknya Sendiri

Sungguh tergamak, sampai hati lelaki dvr jana ini sanggup mer0 g0l anak jiran sendiri depan anak-anaknya sendiri. Mana belas ehsannya ?

Kes sebegini tidak pernah sunyi daripada menjadi tatapan pembaca setiap hari. Namun, jangan sesekali kita anggap ia satu jena yah remeh.

Jena yah r0 g0l tetap r0g0l, walau siapapun mngsanya. Kes kali ini sungguh menyayat hati. Ia berlaku di India, seorang lelaki telah ditngkap atas tvdu han mer0 g0l kanak-kanak yang baru berusia 1 tahun 6 bulan di hadapan anaknya sendiri !.

Lelaki dvr jana tersebut telah dita han Jumaat lalu dan merupakan permngsa kes sera ngan sk sual terhadap mngsa “minor” yang terkini di India.

Semuanya bermula begini, kanak-kanak yang baru berusia 18 tahun itu pergi bermain di rumah jirannya, kerana jiran itu mempunyai anak yang berusia 2 dan 4 tahun.

Namun ketika di rumah itu, kanak-kanak yang tidak bersa lah ini telah r0 g0l oleh pmngsa dalam bilik rumah. Mngsa kemudiannya dibiarkan di luar rumahnya dalam keadaan berd4 rah dan kes4 kitan.

Ibu mngsa yang menjumpainya amat terke jut dengan keadaan itu. Beliau terus membawa anaknya ke H0spital.

Saspek akhirnya dita han menurut pegawai di Aman Vihar, per0 g0l kanak-kanak itu telah di t a h a n di rumahnya. Dia akan dikenakan hv kvman di bawah Akta Ganggvan sksual yang membawa hvkvman pnjara seumur hidup.

Dia akan dihvkum tapi bagaima pula dengan nasib kanak-kanak ma lang itu? Ketika dilawa di h0spital. Kanak-kanak itu didapati tidak boleh bercakap dan hanya mampu terbar1ng, aki bat trau ma

Continue Reading

Terkini

Cuma 3 Hari Di Hospital, Ibu Muda ‘Pergi’ Tinggalkan Anak Yang Masih Kecil

Published

on

Cuma 3 Hari Di Hospital, Ibu Muda ‘Pergi’ Tinggalkan Anak Yang Masih Kecil

Satu perkongsian dari NGO pengurusan jenazah mengenai pengebumian seorang ibu muda yang meninggal dunia petang semalam, meruntun hati netizen.

Wanita bernama Nur Atyqah Yahya Jaya, berusia 28 tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman selepas tiga hari menerima rawatan di hospital.

Baca perkongsian Mr Wan Cai Official di bawah:

Perkongsian lewat tentang pengurusan jenazah ibu muda yang dibawa pulang ke Kelantan. Jenazah yang dibawa menggunakan jentera rakan gabungan iaitu VJGM telah selamat dikebumikan pada pukul 06.45 petang tadi.

Selepas jenazah dipindahkan 3 rakan sukarelawan VJGM terus membawa jenazah ke tanah perkuburan islam Bandar Baharu Gua Musang. Dikebumikan diliang lahad separa bulan atau lebih dikenali dengan nama liang lahad sri bulan.

Pengurusan terakhir untuk ibu berusia 28 tahun sangat mudah. Berjalan lancar tanpa perlu menunggu lama untuk dikebumikan. Sempat pula dikebumikan sebelum masuk waktu solat Maghrib.

Aturan terakhir yang Allah tetapkan untuk ibu muda ini. Allahyarhamah Nur Atyqah Binti Yahya Jaya dimasukkan ke hospital Shah Alam sejak 3 hari yang lalu. Tetapi ibu muda ini telah dijemput seruan illahi pada pukul 10.30 pagi tadi.

Punca kematian arwah adalah disebabkan jangkitan kuman di dalam badan. Akibat dari jangkitan kuman itu beberapa organ dalamannya gagal berfungsi.

Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki berusia 1 tahun. Omar Lokman Bin Shahrul adalah nama anak mereka.

 

Kesian bila difikirkan nasib si anak kecil. Si anak masih tidak mengerti ibunya sudah pergi buat selama lamanya. Membesar si anak tanpa kasih seorang ibu.

Kehilangan isteri ataupun ibu bukan satu perkara yang mudah. Ini kerana si suami perlu menggalas 2 tanggungjawab serentak untuk menjadi ibu dan bapa kepada anaknya itu. Anak yang ditinggalkan oleh si ibu pula masih kecil.

Jika tidak kuat semangat pasti si bapa boleh tertekan. Seperti yang kita semua tahu di dalam sebuah keluarga seorang isteri memerlukan suaminya. Dan seorang suami juga sangat memerlukan isterinya.

Apabila meneruskan kehidupan tanpa seseorang yang bergelar isteri atau suami setelah hidup berumah tangga pastinya kesulitan akan dihadapi. Lagi lagi melibatkan urusan menjaga dan membesarkan anak anak.

Jika sebelum ini si isteri membantu menguruskan hal dirumah dan anak. Pasti keadaan akan menjadi lebih sulit apabila seorang suami tiba-tiba perlu menggantikan tempat tempat si isteri.

   

Tidak boleh dibayangkan kehidupan si suami selepas ini setelah kehilangan isterinya. Jika tidak kuat boleh gila dibuatnya. Saya sudah lihat bagaimana keadaan suami kepada arwah adik perempuan saya.

Berbulan menangisi pemergian isterinya. Sehingga diri tidak terurus. Tetapi nasib ada anak anak sebagai penguat semangat untuk kembali hidup seperti normal. Harap-harap suami arwah juga akan kuat.

Semoga juga tabah untuk meneruskan kehidupan bersama anak lelaki tunggalnya.

Buat pembaca, ayuh sama sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nur Atyqah Binti Yahya Jaya!

Continue Reading

Terkini

Rider Grabfood Maut Kemalangan, Isteri dan Anak-anak Kini Hilang Tempat Bergantung

Published

on

Rider Grabfood Maut Kemalangan, Isteri dan Anak-anak Kini Hilang Tempat Bergantung

Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Kilometer B.05 Lebuhraya Besraya menghala Kuala Lumpur, petang semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa Muhammad Faizal Yahya yang berusia 29 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala.

“Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang berhenti di lorong kiri jalan dengan memasang lampu berkembar selepas mengalami masalah pada tayar hadapannya.

“Kira-kira 10 minit kemudian, datang sebuah motosikal jenis Yamaha 150ZR ditunggang mangsa melanggar belakang lori yang dipandu lelaki berusia 52 tahun itu,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

Pihaknya turut mengambil sampel darah dan urin pemandu lori tersebut untuk tindakan lanjut selain siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menerusi laman Facebook, isteri kepada arwah yang dikenali sebagai Puteri berkongsi berita duka itu dan memohon orang ramai sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Continue Reading

Trending