Connect with us

Terkini

“Saya Perlu Tahu Punca Berita Ini Disebarkan, Dia Perlu Berjumpa Saya Secara ‘Face To Face’. Saya Mahu Berkenalan”

Published

on

“Saya Perlu Tahu Punca Berita Ini Disebarkan, Dia Perlu Berjumpa Saya Secara ‘Face To Face’. Saya Mahu Berkenalan”

“JANGAN ingat saya akan berdiam diri. Tindakan akan menyusul,” kata pelakon, Fauzi Nawawi selepas membuat laporan di Balai Polis Batu 9 Cheras, pagi hari ini.

Fauzi, 47, atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi berkata, dia juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan dalang di sebalik penyebaran video aksi on4ni yang didakwa mirip dirinya sejak Isnin lalu.

Menurut Fauzi, tindakan perlu diambil kepada pihak terbabit kerana sudah menyiarkan fitnah sehingga menjatuhkan maruah orang lain.

“Setiap individu yang menyiarkan fitnah yang menjatuhkan maruah orang lain patut diambil tindakan untuk mengelakkan gejala buruk ini berleluasa.

“Saya akan ke SKMM dan mencari individu yang bertanggungjawab. Saya nak sangat tahu punca berita ini disebarkan oleh siapa. Dia perlu berjumpa saya secara ‘face to face’. Saya teringin nak berkenalan,” katanya kepada Harian Metro.

Fauzi yang juga suami kepada pelakon, Lisdawati berkata, salah satu sebab dia membuat laporan polis adalah tempias dan tekanan sama turut dirasai anggota keluarganya.

“Untuk saya terima fitnah dan isu ini, saya masih boleh bertenang lagi. Tapi oleh kerana anak-anak dan isteri menerima tekanan daripada perbuatan tak bertanggungjawab ini, saya rasa mereka sudah pergi terlalu jauh dan melampau sangat kalau dibiarkan.

“Jadi, saya akan ambil tindakan undang-undang supaya mereka ini dihukum sekeras-kerasnya supaya lain kali tak ada lagi golongan seperti ini nak ambil kesempatan sewenang-wenangnya dengan menjatuh dan mengaibkan maruah orang.

“Ini isu berat yang kita perlu tangani dengan undang-undang. Saya rasa semua orang perlu ambil serius mengenai perkara ini,” katanya.

Terdahulu, beberapa versi video aksi on4ni yang didakwa mirip pelakon filem Munafik itu tersebar di laman sosial.

Fauzi dalam kenyataan di Harian Metro semalam menganggap penyebaran video itu adalah untuk menjahanamkan kerjaya dan meruntuhkan rumah tangga dibina.

Menerusi kenyataan sama, Fauzi berkata itu bukan kali pertama dia berdepan penyebaran video seumpamanya.

Credit: Harian Metro

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Terkini

Suami Tahu Saya Mengandung Tapi Dia Sanggup Biarkan Saya Tidur Dalam Stor Beralaskan Tilam Nipis

Published

on

Suami Tahu Saya Mengandung Tapi Dia Sanggup Biarkan Saya Tidur Dalam Stor Beralaskan Tilam Nipis

Salam, saya pernah sekali pos di sini mengenai suami yang tak penah pduli hal dalam rumah seperti menguruskan dan membantu saya dalam rumah. saya harap pos kali ni adalah yang terakhir.. saya cuma nak luahkan dan tanya pendapat. Kami berkahwin 7 tahun belum ada anak sebab kami selalu bergaduh daripada awal perkahwinan. Sejak awal tahun punca saya marah memang disebabkan hal yang sama je.. tak nak tolong benda dalam rumah, suka buat sepah, pengotor, pemalas dan sebagainya. Saya ni seperti lelaki juga. Apa saya tak boleh buat? Sedangkan kemalangan pun saya urus diri saya sendiri.

Nak jadikan cerita sejak tahun lepas, bila saya tegur (benda sama je saya akan tegur sebab dah terlalu penat) dia akan merajuk dan tido di bilik lain dan tak pernah minta maaf dengan saya atau cuba untuk berubah. Tahun lepas saya disahkan mengandung buat kali pertama tapi dibiarkan juga saya tidur dalam stor di atas tilam nipis atas lantai saya terlalu stress dan saya keguguran saya ke hosp dan bayar semua sendiri. Saya tak dapat balik berpantang disebabkan saya tak mampu nak bergerak jauh. Saya tak dapat berpantang macam orang lain.. saya makan macam orang tak pantang. Saya kena uruskan rumah seperti masak untuk dia dan basuh baju dan mengemas seperti biasa.

Lepas kejadian keguguran saya ingat dia akan berubah tapi masih lagi dengan perangai selfish macam biasa. sekarang pun sama langsung tak fikir and tak peduli pun pasal saya. Apa lagi saya patut buat? Dia memang baik daripada segi lain seperti tak pernah pukul, solat jaga, tiada perempuan lain.. tapi ini benda yang saya alami daripada awal kawen.. jangan cakap berbincang memang dia langsung tak boleh berbincang. selama ni pun dengan dunia dia je main game dan tengok tv. Langsung tak pernah nak bersembang dengan saya.. kalau saya diam dan sabar dengan prangai dia, lagi saya dipijak-pijak olehnya.. bila saya tegur dia akan merajuk tido tempat lain..

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Terkini

Lelaki Ini Cederakan Pekerja TNB Gara-gara Rasa Tak Puasa Hati Bil Elektrik Naik Mencanak

Published

on

Lelaki Ini Cederakan Pekerja TNB Gara-gara Rasa Tak Puasa Hati Bil Elektrik Naik Mencanak

BERANG aduan kenaikan bil elektrik tidak mendapat maklum balas daripada Suruhanjaya Tenaga, seorang lelaki bertindak mencederakan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika menjalankan tugas di Kampung Seberang Pintasan, Dungun, hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, lelaki berusia 46 tahun itu menolak kakitangan TNB berkenaan sehingga terjatuh menyebabkan mangsa cedera di lutut kanan serta sakit di bahu kanan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian, mangsa berusia 59 tahun itu pergi ke sebuah rumah di kampung berkenaan untuk menjelaskan mengenai kenaikan bil elektrik penghuni rumah terbabit, tetapi mendapati tiada penghuni di rumah itu.

“Mangsa kemudiannya ke rumah suspek untuk bertanyakan mengenai penghuni rumah berkenaan. Suspek adalah jiran kepada penghuni rumah terbabit.

“Bagaimanapun, suspek secara tiba-tiba ke arah mangsa dan bertindak menolaknya yang ketika itu masih di motosikal,” katanya kepada media, malam ini.

Baharudin berkata, selepas menolak mangsa, suspek dikatakan berlegar-legar di situ mencari alatan untuk memukul mangsa, namun dihalang penduduk yang menyedari kejadian itu.

Katanya, mangsa kemudian ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk membuat laporan.

“Bertindak atas laporan itu, polis menahan suspek yang juga seorang penganggur dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut.

“Kejadian disebabkan suspek sebelum ini pernah membuat aduan di Suruhanjaya Tenaga tetapi tidak mendapat maklum balas,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan ugutan jenayah.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Terkini

Banyak Kali Usaha Untuk Zuriat Tapi Tiada Rezeki Rupa-Rupanya Ini Sebabnya

Published

on

Banyak Kali Usaha Untuk Zuriat Tapi Tiada Rezeki Rupa-Rupanya Ini Sebabnya

KOLKATA: Pelik tetapi benar. Itu yang berlaku kepada seorang wanita di Birbhum, India apabila disahkan secara biologinya adalah seorang lelaki.

Lebih malang, dia hanya mengetahuinya selepas disahkan menghidap kanser testikel, pada usia 30 tahun. Dia juga sudah sedekad berkahwin dengan lelaki.

Penyakit itu hanya dikesan lepas dia menjalankan pemeriksaan perubatan kerana mengadu sering sakit pada bahagian perut.

Doktor kemudian mengesahkan dia menghidap sindrom ketidakpekaan androgen. Ia adalah keadaan seseorang dilahirkan secara genetik lelaki, tetapi mempunyai semua sifat fizikal seorang wanita.

Anehnya, adiknya berusia 28 tahun juga menghidap gejala sama. Gulf News melaporkan dua doktor pakar menjalankan ujian perubatan sebelum mendedahkan ‘identiti’ sebenar wanita itu.

“Daripada penampilannya, dia adalah wanita. Daripada suaranya, perkembangan payudara termasuk alat sulit luaran yang normal, segalanya milik seorang wanita.

“Namun, rahim dan ovarinya tidak ada sejak lahir dan dia juga tidak pernah datang haid,” kata doktor berkenaan. Katanya, sindrom itu jarang berlaku dan hanya ditemui satu dalam setiap 22,000 orang.

Doktor memutuskan melakukan ujian Karyotyping atau memadankan semua kromosom yang menunjukkan pelengkap kromosomnya adalah XY dan bukan XX, seperti yang terdapat pada seorang wanita.

“Kami mengendalikan ujian klinikal selepas dia mengadu sakit pada perutnya dan kami dapati ada testis dalam tubuhnya.

“Kami juga melakukan ujian biopsi sebelum dia disahkan menghidap barah testiskel,” katanya. Katanya, buat masa ini wanita itu menjalani kemoterapi dan kesihatannya bertambah stabil.

“Pesakit itu dan suaminya kini menjalani kaunseling bagi meneruskan hidup seperti biasa,” katanya. Difahamkan, pasangan itu mencuba untuk memiliki anak beberapa kali sebelum ini, tetapi gagal.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Trending