Connect with us

Islamik

Solat Tidak Tinggal Tapi Masih Lakukan Kemungkaran. Kenapa?

Published

on

solat tapi lakukan kemungkaran

Solat Tidak Tinggal Masih Lakukan Kemungkaran. Kenapa?

IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

solat tapi lakukan kemungkaran

Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya. Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap.

Misalnya apabila mereka membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang bermaksud:

“Tuhan yang memiliki hari Akhirat.” Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah disisi Allah SWT.

Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud : “Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon.” Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba n4fsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.

Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap ho doh yang ada pada diri manusia itu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.”

Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyang itu.

Firman Allah yang bermaksud :

“Maka kecel4kaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah al-Ma’un : ayat 4-5]

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :

“Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang dia ingat.”

Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT. Malah solatnya itu akan sekadar menjadi kayu pengukur, jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang di perolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam sembahyang itu, atau sebanyak mana pula yang lalai. Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahala solat itu, sebaliknya didunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.

Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain. Jika dibandingkan dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, senantiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.

Begitu juga dengan zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil seseorang. Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu menunaikan zakat.

Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji melibatkan dua perkara iaitu tubuh badan dan harta benda. Sama ada menunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan wang beribu-ribu ringgit. Tubuh badan terasa letih dan wang ringgit habis.

Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah yang dinyatakan itu. Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah SWT.

Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah SWT, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk langsung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yang bertutur di luar kesedaran.

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.

Segala puji-pujian yang ditujukan kepada Allah SWT bukan saja melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Allah, meskipun Allah SWT menyatakan bahawa ia lebih hampir daripada saraf dan urat seseorang. Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Firman Allah Taala yang berbunyi:

“Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati.” [Surah Ar-Ra’adu : ayat 28]

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Inilah POHON SAHABI, Tempat Nabi Muhammad Saw Berteduh Yang Masih Hidup Sampai Sekarang

Published

on

Inilah POHON SAHABI, Tempat Nabi Muhammad Saw Berteduh Yang Masih Hidup Sampai Sekarang

Di sinilah dulu Nabi Muhammad Saw pernah berteduh sambil menjaga Unta dan barang dagangan Kabilah. Dahan-Dahan Pohon ini melindungi Nabi Muhammad Saw dari teriknya panas Matahari. Pohon ini berada di tengah-tengah Padang Pasir gersang di Yordania.

Meski hidup di tempat yang panas, Pohon ini tumbuh subur dan mampu bertahan selama ribuan tahun lamanya. Karena jadi satu-satunya sahabat Nabi Saw yang masih hidup, Pohon ini sering dikunjungi oleh Muslim di seluruh Dunia. Kadang Pohon ini suka menggugurkan Daunnya, namun kemudian tumbuh subur kembali.

Waktu kecil, Nabi Muhammad Saw pernah diajak Pamannya ; Abu Thalib menuju Basra, Syam, untuk berdagang. Di tengah perjalanan, saat Beliau masih kecil bertemu dengan seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira. Pendeta itulah yang mengetahui tanda-tanda Kenabian Muhammad berdasarkan Alkitab.

Saat bertemu dengan rombongan Abu Thalib, Buhaira melihat seorang anak yang memiliki ciri-ciri Kenabian. Kemudian Buhaira menjamu Kabilah untuk makang siang. Namun Muhammad tidak datang ke jamuan tersebut karena ia ditugaskan untuk menjaga Unta dan barang dagangan sambil berteduh di bawah Pohon Sahabi. Melihat Muhammad tidak hadir, Buhaira segera mencari anak kecil itu.

Buhaira melihat ciri-ciri lain Kenabian Muhammad ketika Dahan-Dahan Pohon itu melindungi Muhammad dari Panasnya Matahari. Dia semakin yakin kalau anak kecil ini kelak akan menjadi Nabi terakhir. Pohon itu namanya Pohon Sahabi dan masih hidup sampai sekarang. Setelah 1400 tahun berlalu, Pohon tersebut ditemukan masih hidup oleh seorang pangeran dari Yordania.

Ajaibnya, Pohon itu bisa bertahan hidup selama ribuan tahun di tempat yang sangat panas dan tidak ada tumbuhan lain di sekitar Pohon Sahabi. Meskipun demikian, pohon ini bisa tumbuh subur dan bertahan selama ribuan tahun lamanya.

Allah Swt sengaja tetap menghidupkan Pohon Sahabi ini agar jadi pengingat dan bukti sejarah Islam di masa lalu…Hal apapun yang berkaitan dengan Nabi Muhammad Saw, itu pasti kekal dan Mulia adanya…

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Allahumma Shalli ‘Alaa Sayyidina Muhammad Wa ‘Alaa Aali Sayyidina Muhammad.

Ya ALLAH…

  • Muliakanlah orang yang membaca dan membagikan status ini
  • Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
  • Lapangkanlah hatinya
  • Bahagiakanlah keluarganya
  • Luaskan rezekinya seluas lautan
  • Mudahkan segala urusannya
  • Kabulkan cita-citanya
  • Jauhkan dari segala Musibah
  • Jauhkan dari segala Peny4kit,Fitn4h,Prasangka K3ji,Berkata K4sar dan Mungk4r.

Aamiin ya Rabbal’alamin.Subhanallah semoga yang menulis aamiin masuk Surga bersama Nabi aamiin.. Semoga bermanfa’at.

Sumber: akbarkini

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Islamik

Inilah 5 Jenis Buah Disebut Dalam Al-Quran Yang Berkhasiat Untuk Tubuh Badan

Published

on

Inilah 5 Jenis Buah Disebut Dalam Al-Quran Yang Berkhasiat Untuk Tubuh Badan

Di bumi ini terdapat pelbagai jenis sayuran, buah-buahan dan biji-bijian yang bermanfaat buat manusia. Setiap daripadanya mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

Pelbagai kitab suci juga menyebut beberapa jenis buah-buahan secara khusus. Begitu juga dengan Al-Quran, garis panduan kehidupan umat Islam. Dalam beberapa ayat, beberapa jenis buah disyorkan untuk digunakan kerana baik untuk manusia.

Berikut adalah beberapa jenis buah yang disebutkan dalam Al-Quran dan sifat-sifatnya menurut kajian sains moden.

1. Kurma

Buah yang tumbuh dari jenis pokok palma ini adalah salah satu yang paling disebut di dalam Al-Quran. Beberapa surah di mana nama buah ini dapat dijumpai adalah Surah Maryam, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Baqarah, dan Surah Qaf.

Memetik laman Healthline, kurma kaya dengan serat dan antioksidan. Flavonoid di dalamnya berkesan untuk mengurangkan risiko diabetes, Alzheimer, dan beberapa jenis kanser. Carotenoids berguna untuk menyuburkan hati dan mencegah gangguan visual. Sementara asid fenolik akan membantu melindungi tubuh dari penyakit jantung dan kanser. Kurma juga dapat membantu menguatkan tulang serta pemanis alternatif yang lebih sihat daripada gula.

Di samping manfaat kesihatan, kurma juga mempunyai sifat kecantikan. Memetik laman StyleCraze, kandungan vitamin A dan vitamin B5 di dalamnya sangat diperlukan untuk mengekalkan kulit dan rambut yang sihat sehingga usia tua.

2. Buah Ara

Juga dikenali sebagai buah tin, buah ara ini hanya disebut sekali dalam Al-Quran, iaitu dalam Surah At-Tiin. Sesetengah ulama berpendapat bahawa tin yang disebut dalam ayat itu adalah buah ara, kerana disebut dalam satu ayat dengan zaitun. Tetapi ada juga yang percaya bahawa apa yang dimaksud adalah Bukit Tin dan Bukit Zaitun di mana Nabi Ibrahim dan Nabi Isa a. menerima wahyu.

Selain daripada kontroversi tafsiran, buah ara adalah bahan makanan yang kaya nutrisi, rendah kalori, tinggi serat, dan tidak mengandungi lemak, jadi baik bagi mereka yang menjaga berat badan.

Memetik laman Healthline, satu kajian pada tahun 2005 membuktikan bahawa buah ara mempunyai antioksidan. Buah ini mengandungi vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin K, kalium, magnesium, tembaga, dan besi.

Buah ara ini baik untuk pesakit kencing manis, kerana boleh mengimbangi kandungan asid lemak dan vitamin E dalam darah. Buah ini juga berguna dalam membantu merawat penyakit kulit seperti ekzema, vitiligo, dan psoriasis.

3. Pisang

Buah pisang adalah firman Allah SWT yang tersenarai dalam Surah Al-Waqiah. Buah ini dikenali sebagai sumber kalium yang sangat baik. Walaupun kandungan gula yang tinggi, pisang juga mengandungi serat pektin larut yang bertanggungjawab mengimbangi tahap gula dalam darah dan memudahkan penghadaman. Kalium dan magnesium adalah baik untuk kesihatan jantung.

Pisang kaya dengan antioksidan penting seperti dopamin dan catechin. Mineral dan karbohidrat yang baik dalam pisang adalah baik untuk para atlet. Magnesium juga baik untuk kesihatan buah pinggang.

4. Anggur

Buah anggur disebutkan sehingga 14 kali di dalam Al-Quran. Salah satunya ialah Surah Al-Mu’minun. Memetik laman Healthy Site, anggur kaya dengan polifenol, flavonoid, dan quercetin yang dapat mencegah penyakit jantung dan mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL).

Antioksidan myricetin dan aquercetin dalam anggur membuat buah ini berkesan dalam mencegah kanser. Lutein dan zeaxanthin boleh mencegah penyakit mata akibat usia. Berdasarkan penyelidikan dalam Journal of Nutrition, anggur malah dapat membantu fungsi tubuh untuk menghasilkan insulin. Selain, juga membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan.

5. Zaitun

Zaitun, buah dengan warna hijau gelap yang biasanya diproses menjadi minyak sayuran, termasuk salah satu tumbuhan yang paling kerap muncul dalam ayat-ayat Al-Quran. Beberapa surah yang menyebut buah ini adalah Surah An-Nuur, Surah Al-An’aam, Surah An-Nahl, Surah Al-Muminuun, dan Surah ‘Abasa.

Zaitun berwarna hitam apabila masak adalah salah satu sumber terbaik vitamin E dan antioksidan. Menurut hasil kajian, buah ini baik untuk hati. Hydroxytyrosol berfungsi untuk melindungi kesihatan jantung.

AOleonalic acid menghalang kerosakan hati, mengawal tahap lemak dalam darah, dan mengurangkan keradangan. Quercetin menurunkan tekanan darah.

Besi dalam buah zaitun adalah penting untuk peredaran oksigen yang lancar dalam darah. Kandungan zaitun juga boleh melindungi tulang daripada osteoporosis, dan juga mempunyai kesan anti kanser.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Islamik

Akan Hancur Ilmu Sihir di Tubuh Badan Kita Jika Kita Amal Baca 4 Ayat Al Quran Ini

Published

on

Akan Hancur Ilmu Sihir di Tubuh Badan Kita Jika Kita Amal Baca 4 Ayat Al Quran Ini

Sihir menjadi salah satu perbuatan perbuatan yang tidak disukai oleh Allah SWT. Hal ini kerana ketika seseorang menggunakan ilmu sihir untuk mencelakakan orang lain maka disaat itu ia telah mendekatkan diri kepada syaitan.
Jika seseorang terkena ilmu sihir, maka orang itu akan mengalami kesakitan, masalah berpanjangan, atau bahkan boleh membawa kepada kematian. Maka orang di sekitarnya akan berusaha untuk mengeluarkan sihir tersebut melalui cara ruqyah.

Ruqyah biasanya dilakukan dengan membaca ayat-ayat di dalam Al-Qur’an. Agar ruqyah tersebut mujarab maka kita harus membaca ayat untuk menghancurkan ilmu sihir.Oleh itu, ayat apakah yang harus dibaca tersebut? Berikut maklumat selanjutnya.

1. Al Baqarah Ayat 102

Ayat pertama yang dapat digunakan untuk menghancurkan sihir terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 102. Allah Ta’ala berfirman:

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babilon yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.”

2. Al A’raaf Ayat 117-122

Surah selanjutnya yang dapat menghancurkan ilmu sihir yakni QS. Al-A’raaf ayat 117-122. Allah Ta’ala berfirman:

“Dan Kami wahyukan kepada Musa: “Lemparkanlah tongkatmu!”. Maka sekonyong-konyong tongkat itu menelan apa yang mereka tipu dayakan. Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan. Maka mereka kalah di tempat itu dan jadilah mereka orang-orang yang hina. Dan ahli-ahli sihir itu serta merta meniarapkan diri dengan bersujud. Mereka berkata: “Kami beriman kepada Tuhan semesta alam, (yaitu) Tuhan Musa dan Harun”.”

Di dalam ayat tersebut, Allah SWT memberitahukan bahwa Dia telah mewahyukan kepada hamba dan Rasul-Nya, Musa as. dalam situasi yang sangat genting. Yakni situasi untuk membedakan yang haq dan yang bathil. Kemudian Allah memerintahkan kepada Musa agar melemparkan tongkat yang ada di tangan kanannya.

Fa idzaa Hiya talqafu (“Maka sekonyong-konyong tongkat itu menelan.”) Maksudnya memakan. Maa ya’fikuun (“Apa yang mereka tipu dayakan.”) Yaitu, apa yang telah mereka lemparkan dan apa yang mereka buat seakan-akan nyata, padahal sebenarnya adalah bathil.

Ibnu ‘Abbas berkata: “Lalu tongkat Musa itu tidaklah melewati tali-tali dan tongkat-tongkat mereka itu melainkan ditelannya. Akhirnya para ahli sihir itu mengetahui bahwa hal itu merupakan sesuatu yang datang dari langit dan bukan sihir. Maka mereka pun meniarapkan diri dengan bersujud seraya mengatakan: aamannaa bi rabbil ‘aalamiina rabbi muusaa wa Haaruuna (“Kami beriman kepada Tuhan semesta alam. Yaitu Tuhan Musa dan Harun.”)

Muhammad bin Ishaq berkata: “Tongkat Musa itu mengejar tali-tali dan tongkat-tongkat mereka satu persatu sehingga apa yang mereka lemparkan itu tidak terlihat lagi di lapangan. Setelah itu, Musa as. mengambil kembali tongkatnya seperti sediakala. Dan para ahli sihir itu pun bersujud seraya berkata, “Kami beriman kepada Rabb semesta alam, yaitu Rabb Musa dan Harun. Seandainya ia adalah seorang tukang sihir, nescaya ia tidak dapat mengalahkan kami.

3. Yunus Ayat 81-82:

Ayat terakhir yang juga dapat digunakan untuk menghancurkan sihir ialah QS. Yunus ayat 81-82. Allah SWT berfirman:

“Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: “Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya” Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.Dan Allah akan mengokohkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukai(nya)”

4. Thaha ayat 69

Surah terakhir yaitu QS. Thaha ayat 69, Allah Ta’ala berfirman: “Dan lemparkanlah apa yang ada ditangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. “Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang.”

Jika orang-orang yang terkena sihir ataupun gangguan jin kemudian dibacakan ayat-ayat di atas, maka mereka akan merasakan tanda-tanda khusus. Di antaranya iaitu akan ada rasa yang menjalar di tubuh, bergetar atau kesemutan dari ujung badan/persendian. Ada pula yang merasakan sakit kepala yang hebat serta sesak nafas.

Demikianlah informasi mengenai ayat-ayat yang boleh dibacakan ketika seseorang terkena sihir dari orang-orang yang mengerjakan kebatilan. Semoga boleh menjadi sumber rujukan bagi kita untuk menolong orang lain yang terkena sihir.

Wallahualam. Semoga bermanfaat.Sila sebarkan.

Ustaz Sharhan – Sihir : Rawatan & Ayat Al-Quran

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Trending