Connect with us

Motivasi

Suami Kuat Mengarah, Kuat Tidur, Baran dan Kuat Mencarut. Saya Menyesal Kahwin Dengan Suami

Published

on

Suami Kuat Mengarah, Kuat Tidur, Baran dan Kuat Mencarut. Saya Menyesal Kahwin Dengan Suami

Maaf entri panjang . Tiada paksaan untuk baca. nak lukis tak reti. Sejak kahwin aku jadi penat sangat. Bila dah ada anak lagi aku penat dan makan hati sebab aku berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa atas arahan suami. Aku penat sebab Aku dapat suami yang kuat tido. Kuat mengarah. Baran. Kuat mencarut. Tak ada budi bahasa. Tak ada adab. Tak ada rasa hormat. Tak reti jaga kebersihan diri . Dan hal agama yang selalu d anggap enteng.

Gurau dengan kawan kawan pun kadang ade je nak sebut unsur tak baik. Bila ada org call dan dia jawab “eh kau ni , orang tengah berji mak sibuk je” Sepanjang bergelar isteri, sekali pun dia tak pernah imam kn aku solat. Puasa? Hanya di awal minggu pertama ramadan. Seterusnya tak puasa dan dia suruh aku masak, buat air untuk dia macam biasa . Aku pernah cakap hukum orang berpuasa buat makanan untuk orang yang sengaja tak puasa tapi dia herdik aku.

Tahun lepas ada kawan dia nak pinjam kereta sebab nak pergi beli nombor ekor, Aku tegur bagi pinjam untuk bantu dalam hal kebaikkan itu tak apa. Tapi bila kita tau niat dia tak elok dan kita bantu, itu tak baik. Dia maki aku . Malah dia kata hukum mana yang aku ikut . Ada satu hari tu kami nak keluar makan dengan kawan kawan kitorang. Aku nak mghrib dulu. Suami aku cakap ” nak maghrib dulu eh ? Dorg dah tunggu . Tak ape la lain kali je la awak ikut ye”

Solat jumaat ? Kalau dia ada dekat rumah dia tido. Belum pernah sekalipun dia d irumah hari jumaat aku nampak dia bersiap untuk solat jumaat. Sebelum arwah mak dia mening gal. Aku ada bertanyakan semua ni dan arwah MIL aku mengaku silap atas didikan. Dan masa tu baru aku tau suami aku dan abang dia dua beradik ni sama je termasuk lah bini abang ipar aku tu. Jangan kata bab hukum je nak mengaji pun dorang tak tau huruf Sebab keluarga memang jenis tak ambil berat soal agama .

Masa arwah MIL mening gal baru lah aku nampak dorang semua solat. Masa solat tu beria ia dua beradik kata dah dapat hidayah. Jangan nak buat jahat dengan dia . Sebab dia sekarang dah anak yatim. Aku tak kisah kalau dorg tak pandai bab agama . Sebab aku pun bukan pandai bab agama . Dan benda boleh belajar . Aku pun Bukan anak org yang alim juga . Aku seronok tgok dorg solat bila arwah MIL dh tak ada . Lilahitaala aku ckp aku seronok sgt tengok dorg bt benda baik . N aku berharap ia nya berterusan tapi rupanya hanya masa tu je ..

Aku kadang penat dengan kerja rumah . Anak. Dan bila waktu aku rehat suami aku selalu ganggu. Pukul 3-4am dia tak tido, di kejut aku semata suruh buat air segelas. Kadang di kejut aku semata suruh buat maggie. Pukul 3-4am kalau dia tido anak merengek dia marah . Terpaksa aku bawa anak kluar bilik dodoi di luar sampai tertidur . Dan aku akan di kejut bangun untuk korek telinga dia sampai dia tido. Aku tak dbenarkan bercampur dengan jiran tetangga . Kawan kawan aku datang rmh pun suami aku pandang jelek.

Tapi kalau kawan kawan dia dtg rmh ber hu ha mghrib tak ingat dunia . Sampai aku malu jiran kiri kanan nak solat. Kebersihan diri. cukup lah hanya aku yang tau. Aku penat sebab bila aku ckp sikit aku d herdik. Aku tegur elok elok d kata melawan. Mula lah nak berangin . Nak suruh tengok anak sekejap sebab aku nak solat pun kadang boleh jd isu . Pkp cuti panjang . Sekali pun aku tak nampak dia solat . Pukul 6 ptg baru bangun, bangun bangun suruh aku siap hidang makann n minuman utk dia .

Belum cerita pasal nafkah . Zahir batin . Dah banyak kali aku bincang dengan dia pasal benda ni tapi dia ttap dengan kepala angin dia. Cara dia marah aku n anak pun kasar siap tunjuk penumbuk depan depan muka kitorang dan getap gigi tapi buat masa sekarang tak naik tangan lagi. Tapi akan datang? Mak dan ayah aku nak datang jenguk aku tak di bagi. Aku nak jenguk mak ayah pun tak di bagi padahal rumah selang 2 taman je

Aku tanya kabar mak ayah melalui ws di perli. N raya pkp. Dia yang offer at aku nak anta aku kat umah mak dan ayah aku untuk salam raya sekejap. Alih alih bila aku dah siap dia maki aku siap u gut kalau nak balik raya umah mak ayah aku dia akan anggap aku bukan bini dia lagi . Kalau dia hantar aku at umah mak ayah aku itu hantar untuk selamanya . Gamak nya aku bersiap dan terfikir untuk balik raya kerana ego dan lebih pentingkan mak ayah dari suami. Malah dia kata sampai ke tua pun dia tak kan maafkan ayah aku. Itu lah katanya. Dia yang offer nak anta aku salam raya eh aku kena hembus pulak .

Punca dia benci family aku : Lepas bebrapa bulan khwin dia ada pakai honda bapa aku then eksiden sebab masa tu kereta dia prob msalahnya suami aku ni tak ada budi bahasa. Bukan minta maaf. Dia bercakap macam dengan kawan kawan pula. Abg dia sendiri saksi. Ayah aku marah bila dia bercakap tak ada budi bahasa. Ayah aku lepas mulut panggil dia menantu hantu .

Disebabkan hal ni lah suami aku kata keluarga aku bawa si yal. Dia tak bg aku berhubung dengan kluarga aku . Dia padam nombor fon semua ahli kluarga aku.

Ye dua dua salah. Dua dua dah berangin agaknya sampai main hembus je. Aku tau kenapa ayah aku lepas mulut ckp mcm tu. Ayah aku tu sbnrnya dah lama pendam je dengan perangai suami aku. N suami aku pun tau. Cuma aku rasa dia buat buat tak tahu. Sebab masa mula khwin lagi dia start tunjuk belang dia . Kata kata dia Ye dua dua salah. Dua dua dah berangin agaknya sampai main hembus je. Aku tau kenapa ayah aku lepas mulut cakap macam tu. Ayah aku tu sebenarnya dah lama pendam je dengan perangai suami aku.

N suami aku pun tau. Cuma aku rasa dia buat buat tak tahu. Sebab masa mula khwin lagi dia start tunjuk belang dia . Kata kata dia yang tak ada adab. Boleh buat org tua terasa hati. Mencarut dpn mak ayah aku. dan banyak lg la. Sebelum kahwin tak macam tu perangai. Tak tau lah kenapa lepas sah je aku jadi isteri terus perangai dia macam tu depan mak ayah aku. Aku tak bela kan ayah aku sebab aku tau ayah aku tak sepatutnya cakap ayat ‘menantu hantu’ tu.

Dan aku pun tak berpihak pada suami aku sebab kalau suami aku tak mula kan dulu mesti ayah aku tak mcm tu malah syang dia lg . Menantu sulung kut . Tu suami aku kata dia anak yatim gamak bapa aku ckp mcm tu kat dia . Tuhan akan balas katanya. Apa aku nak buat sekarang ? Dah bertahun aku hidup macam ni. Aku kadang rasa lebih baik aku hidup dengan mak ayah aku . Aku jaga makan minum dorang. Kerja dan besarkan anak. Tapi apa aku nak maklum pada jbtn agama ? Kesian mak ayah aku.

Aku khwin aku tak bahagia . Dorg pun aku tak mampu nak bahagiakan. Aku tak tau la benda yang aku hadap ni kategori pressure mental or tak . Tapi ape yang aku tau hari hari aku sedih . Aku stress . Aku menangis sorang sorang . Terfikir masa depan aku yang tak ada saving nak besarkan anak. Bukan sebab aku tak bt saving. Tapi setiap kali dia bagi aku duit untuk blnja barang dpur, asal ada duit baki aku simpan untuk menabung , suami aku pula ambil. Duit raya anak pun dia pinjam tak berganti.

Aku tau gaji dia tak besar . Aku tak pernah persoal pasal duit nafkah utk aku . Aku redha soal nafkah. Tapi bila dia layan aku n keluarga aku mcm ni , aku sakit. Sebab tu lah aku yang selalu urus n didik anak aku . Aku takut masa depan anak aku nanti mcm mna dengan budaya yang tak baik dr suami aku.

Kadang aku penat. Aku rasa baik aku mti tapi bila aku sedar aku kena kuat demi anak . Aku ada terniat nak pergi hospital. Takut aku depression . Tapi tu lah. Aku nak pergi pun mcm mna . Dia bukan nak teman aku . Kenderaan pun dia je pakai. Lagi pun Aku pun nak tak tau prosedur nak mengadu kat jbtn agama tu macam mana. Nak kena pakai bnyak duit ke macam mana .

Motivasi

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Published

on

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Sudah menjadi kebiasaan buat Mimi (bukan nama sebenar) untuk bekerja di sebuah kedai menjual telefon bimbit berdekatan rumahnya di sebuah negeri di Pantai Timur sewaktu cuti semester. Dia ketika itu merupakan seorang penuntut di sebuah universiti awam di ibu kota.

“Bagi mencari duit tambahan setiap kali cuti semester di kampung saya akan bekerja.

“Sewaktu bekerja di kedai telefon bimbit, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki berusia awal 40-an. Kami kemudian telah bertukar-tukar nombor telefon,” katanya kepada K2 sewaktu mengimbau detik bermulanya titik hitam dalam kehidupannya.

Tambahnya, lelaki tersebut tidak henti-henti mengirim mesej kepadanya untuk berkenalan dengan lebih lanjut.

Mimi pada ketika itu masih belum memiliki teman lelaki. Disebabkan rasa kesunyian yang menghantui dirinya dia melayan lelaki tersebut.

Setelah beberapa bulan berkenalan, Mimi yang pada masa itu baru berusia 20 tahun telah jatuh hati kepada lelaki tersebut walaupun mengetahui bahawa lelaki itu suami orang.

“Dia pandai bermain kata-kata yang manis sehingga membuatkan saya semakin sayang kepadanya. Kami sering bertemu untuk melepaskan rindu.

“Ketika berkenalan dia menyatakan bahawa dia bekerja sendiri. Saya tidak kisah apa pun pekerjaannya kerana dari pandangan mata saya pada masa itu dia adalah lelaki yang baik,” ujarnya.

Selain itu, lelaki yang dikenalinya di kampung itu sanggup datang ke ibu kota untuk bertemu dengan Mimi apabila gadis itu pulang ke universitinya.

Ketika di ibu kota, Mimi telah terlanjur dengan lelaki itu meskipun pada mulanya dia tidak membenarkan lelaki tersebut melakukan perkara sedemikian kepadanya.
Namun, disebabkan sayang, Mimi akhirnya tewas dan menyerahkan tubuhnya kepada suami orang itu.

“Ketika saya pulang bercuti ke kampung kami masih melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Dia juga berjanji untuk berkahwin dengan saya apabila tiba masanya kelak,” bicara Mimi.

Disangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan terhadap nasib yang dihadapi Mimi selepas itu.

Kebahagiaan yang dikecapi olehnya ketika menjalinkan hubungan bersama lelaki tersebut diuji setelah dirinya disahkan mengandung akibat hubungan terlarang itu.

“Saya rasa tidak berapa sihat setelah pulang ke ibu kota dan dalam masa sama, saya sudah tidak datang ‘bulan’ dalam tempoh yang agak lama.

“Saya mula risau dan pergi ke farmasi untuk membeli alat uji kehamilan. Setelah diuji saya mendapati keputusannya positif. Bagi mendapatkan kepastian, saya terus ke klinik melakukan pemeriksaan dan keputusannya juga sama,” jelasnya.

Tambahnya, selepas itu, Mimi terus memberitahu lelaki tersebut agar dia bertanggungjawab. Lelaki tersebut enggan bertanggungjawab dan seakan mahu berlepas tangan.
Mimi buntu dengan nasib yang dialaminya itu.

KEHAMILAN akibat hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang juga suami orang telah menyebabkan Mimi menanggung derita. – GAMBAR HIASAN

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberitahu keluarganya tentang nasib yang menimpa
dirinya.
“Ibu saya begitu kecewa dan pengsan setelah saya memberitahu perkara tersebut. Ayah saya seorang yang tenang dan dia minta saya memberitahu siapa lelaki yang bertanggungjawab.

“Ayah serta beberapa saudara terdekat pergi mencari lelaki tersebut dan minta dia bertanggungjawab mengahwini saya dengan segera. Pada mulanya teman lelaki saya itu tidak mahu bertanggungjawab tetapi dia akur setelah ayah saya mengatakan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Tambahnya, bapanya sendiri telah pergi bertemu keluarga lelaki itu dan menjelaskan perkara sebenar.

Akhirnya, Mimi dan lelaki tersebut berkahwin bagi menutup aib yang telah mereka lakukan.

Setelah berkahwin dan melahirkan anak yang dikandungnya barulah Mimi sedar bahawa lelaki itu adalah seorang yang tidak bertanggungjawab.

Nafkah zahir langsung tidak pernah diberikan dan kelengkapan membesarkan anaknya banyak disediakan oleh keluarga Mimi sendiri.

“Dia langsung tidak menyediakan rumah buat saya untuk berteduh dan sebaliknya membiarkan saya terus tinggal bersama keluarga saya.

“Dia hanya sesekali datang menjenguk anaknya itu. Apabila dia teringin melakukan hubungan intim bersama, dia akan datang ke rumah saya dan selepas itu dia pergi,” ujarnya.

Mimi tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut dan ada kalanya dia mendapat mesej daripada isteri pertama suaminya supaya dia memohon cerai daripada lelaki itu.

Mimi kemudian menceritakan permasalahan itu kepada keluarganya dan bapanya bersetuju untuk mereka bercerai.
“Ayah menasihati saya supaya mulakan hidup baharu setelah berpisah dengan lelaki itu,” jelasnya.

Mimi kemudian meminta cerai kepada suaminya dan lelaki itu akhirnya melafazkan talak ke atasnya.

Sebuah mahkamah syariah di Pantai Timur kemudian mengesahkan perceraian tersebut.
Nota: Artikel ini ditulis bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya hanya untuk tujuan iktibar dan pengajaran semata-mata.

Continue Reading

Motivasi

Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja

Published

on

Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja

Mungkin ramai yang tak sedar bahawa cara perhubungan di tempat kerja yang dianggap ‘biasa’ dan ‘tiada apa-apa’ selama ini, sebenarnya juga mampu menjadi punca kepada berlakunya keretakan di dalam rumahtangga.

Walaupun hanya rakan sekerja, sebaiknya jagalah adab sebaiknya. Selagi boleh cuba elak makan bersama suami atau isteri orang lain satu meja, apatah lagi makan berdua. Hadam perkongsian daripada Muhamad Afif Idris ini.

Elakkan Makan Bersama dengan Pasangan Orang Lain.

Tidak wajar seorang isteri orang lain makan bersama suami orang lain pada waktu rehat. Jika berseorangan lagilah tidak wajar.

Pesan pada isteri dan suami, cuba elakkan untuk makan bersama pasangan orang lain satu meja walaupun apa jua alasan. Jika ianya adalah disebabkan mesyuarat, maka makanlah sekadarnya dan carilah kedudukan yang jauh yang mana jika pasangan kita lihat keadaan tersebut, tidak terdetik cemburu dihatinya.

Acap kali juga saya lihat isteri orang makan bersama suami orang di meja makan. Sudahlah meja makannya stail hipster (meja yang tidak berapa luas), maka secara tidak langsung kedudukan mereka juga agak rapat. Dan selepas itu mereka pun bersembang bersuka ria.

Kadang-kadang ada situasi di meja makan seorang isteri dan beberapa orang suami pada satu meja. Kita perlu menjaga akan perkara ini. Teguran ini mungkin ganjil pada saat ini, tetapi ingatlah jika perkara kecil seumpama ini pun kita tidak dapat jaga, jika diuji dengan perkara yang lebih besar bagaimana agaknya situasi kita?

Itu belum lagi jika isteri perlu pergi kursus seminggu, suami perlu ke luar kawasan selama beberapa hari dengan rakan sekerja. Semakin galaklah mereka bersandiwara di luar sana. Bermanja dengan lelaki orang, suami menggedik dengan isteri orang lain.

Nauzubillahiminzalik.

Jagalah Adab Sepatutnya

Hatta dalam keadaan jika perlu bermesyuarat dengan bos pun, jika berlainan jantina maka jagalah adab-adab yang sepatutnya. Jangan buat di ruangan yang tertutup 100%. Jangan mesej di luar waktu kerja. Jangan guna emoji-emoji yang wujud dalam smartphone. Biarlah interpertasi mereka rasa kita garang atau cengeh, asalkan maruah kita dan pasangan terjaga.

Dan jika dalam situasi kita tiada pilihan contohnya bagi mereka yang buat sales marketing, jual cuckoo, takaful dan seumpamanya, carilah tempat pertemuan yang terbuka atau mintalah klien ajak pasangan masing-masing atau kita bawa pasangan kita.

Saya juga pernah ada berjumpa klien perempuan yang sudah berkahwin yang berminat nak buka akaun Unit Trust. Walaupun bertaraf ibu kepada anak remaja, sedaya upaya saya setkan temujanji agar dibuat di kedai yang terbuka konsepnya. Dan pastikan temujanji tersebut pada waktu siang.

Jujur Dengan Pasangan

Jujurlah pada pasangan kita. Jangan di depan nampak menjaga diri, di belakang bukan main mesra dengan rakan sekerja lelaki atau perempuan makan bersama. Melepak bersama bila ada waktu kosong.

Nampak kecil, tapi dari perkara yang kecil (melepak bersama bila ada waktu kosong itu) boleh membawa kepada perkara yang besar. Jangan menipu pasangan kita. Takutlah ujian serupa akan menimpa kita jika kita tidak jujur. Jom kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Agar perjalanan kita #road2jannah diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Sumber: Muhamad Afif Idris

Continue Reading

Motivasi

Inilah 3 Perkara Yang Sangat Sensitive Terhadap Wanita, Tapi Ramai Lelaki Tak Ambil Peduli

Published

on

Inilah 3 Perkara Yang Sangat Sensitive Terhadap Wanita, Tapi Ramai Lelaki Tak Ambil Peduli

Mampu ke lelaki bahagia tanpa wanita? Itu soalan panas buat kaum lelaki sebab kalau ikutkan zaman sekarang, makin banyak kes suami yang jenis tak reti hargai penat lelah seorang wanita. Makin membiak juga golongan lelaki yang bergelar anak yang abai ibu selepas berumah tangga.

Tetapi Alhamdulillah cuma segelintir, tidak semua perangai begitu. Namun untuk kesedaran ramai, jom baca perkongsian Ustaz Ebit Lew ini, moga kita mampu berubah menjadi manusia yang menghargai dan melengkapi…

Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..?

Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih. Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang.

Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.

Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.

Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.

Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan…ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita.

Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas. Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang…maafkan saya. Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Ya Allah..

Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer…ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. Dah macam apa perut itu. Dengan darah penuh. Ya Allah.

Setiap kali dapat anak saya, azan dan iqamah. Selalu sebak. Sebab doa tangisan Nabi saw,anak saya dapat kenal Allah…Rindu ibu yang melahirkan saya. Kerana itu bagaimana seorang lelaki itu boleh berjaya tanpa rasa syukur yakni menghargai pengorbanan wanita dalam hidupnya…

Nabi Ibrahim as kerana Allah. Hajar ra dan Ismail as berkorban. Sebagai balasan Nabi Ibrahim telah berusaha menjadi ayah dan suami yang baik. Bimbing keluarganya kepada Redha Allah dan masuk syurga.

Sebagai suami yang baik,bimbinglah isteri dan anak-anak cintakan Allah dan Nabi saw. Bahagiakanlah hati mereka. Jangan kedekut beri duit dan hadiah pada isteri dan ibu kita.

Tidak akan pernah berjaya orang yang tidak menghargai isterinya..Yang tidak hargai ibunya..jagalah amanah Allah ini. Pasti Allah akan jaga kita. Bimbing mereka masuk syurga. Buat seorang suami, usaha dan doalah supaya dapat bersama dan beri semangat pada isteri saat berrsalin kerana itulah saat sakit teramat.

Lihatlah pasti hati keras mana akan berderai dengan air mata. Jatuh cinta lagi.Ya Allah terimalah kami semua jadi daie dan jadi matahari hidayah

Continue Reading

Trending