“Suara Sebijik!” – Guna Nama Diva BB, Lelaki Tiru Cara Diva AA Cakap Siap Gaya Tangan

Siapa sahaja yang tak kenal dengan Azwan Ali kan? Kelantangannya menyuarakan pendapat untuk pelbagai isu memang boleh menusuk hati individu yang mendengar.

Namun kebiasaannya nasihat atau saranan yang dikeluarkan pengacara yang lebih dikenali dengan panggilan Diva AA ini yang penuh bersahaja namun penuh makian ini kadangkala turut membuat orang ramai tak kering gusi.

“Kau sekolah tak?”

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang lelaki cuba meniru gaya dan percakapan Diva AA telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang telah dimuat naik lelaki itu sendiri di TikTok @divabb_7714, kelihatan dia cuba mengajuk gaya percakapan Diva AA.

Dia juga telah meniru ayat-ayat famous selebriti terkenal itu pada klip video yang dikongsi.

“Hai uolls, Assalamualaikum! See my level, the world class only kau, dislike dislike dislike!

“Berkepok kepok kau. Kau sekolah tak?”

Siap tiru gaya tangan

Antara yang paling kelakar, lelaki itu bukan setakat meniru gaya percakapan sahaja, malah dia siap membuat gaya tangan seakan-akan Diva AA.

Intonasi suara dan gaya lenggok bercakap yang sebiji membuatkan ramai pada mulanya menganggap yang dia sekadar melakukan miming.

Namun dia membuktikan sebaliknya apabila membuat satu mencuba satu lagi trademark makian Diva AA dengan berkongsi beberapa lagi video sehingga ramai mengakui suara tersebut adalah suaranya.

“Sebiji 2×5, 5x Tuttt dia weh!

Siap pakai shawl dengan monopod gais..

Perkongsian tersebut nyata telah mengundang dekah ramai. Rata-rata terhibur dengan gayanya meniru percakapan selebriti itu.

Macam tertelan voice recorder Diva AA

“You made my day.” – Netizen

Suara sebiji..

Sumber: Buzzkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*