Syukur! Tamat Sudah Penyiksaan, Hikmah Covid-19 Puluhan Gajah Di Thailand Akhirnya Dibebaskan

Syukur! Tamat Sudah Penyiksaan, Hikmah Covid-19 Puluhan Gajah Di Thailand Akhirnya Dibebaskan

Dek kerana wabak Covid-19 sudah semakin menular di seluruh dunia, ia sedikit sebanyak telah berjaya menamatkan siksaanberpuluh-puluh gajah di utara Thailand.

Di Maesa Elephan Camp, Chiang Mai, terdahulunya memang cukup terkenal dengan aktiviti tunggang gajah dalam kalangan pelancong yang datang ke situ.

Perniagaan mula merundum

Namun, semenjak wabak pandemik ini menyerang perniagaan tunggang gajah sudah semakin merosot kerana sudah tiada lagi pelancong yang datang.

Menurut pengarah kem, Anchalee Kalampichit, setelah 44 tahun, dia memutuskan untuk mengeluarkan kerusi kayu dan logam yang besar yang diikat ke pada belakang gajah sepanjang hari.

No more aktiviti menunggang gajah

Malah, kem itu juga telah mengumumkan bahawa ia tidak berniat menjadikan 78 gajahnya memakai gerbong berat setelah perniagaan dibuka semula.

“Kami akan mengalu-alukan pelancong untuk menikmati pembelajaran tentang cara hidup gajah secara semulajadi daripada menggunakan mereka untuk melayan para pelancong…”

Kini gajah-gajah tersebut akan dibiarkan bebas berkeliaran di kawasan kem, dan pelancong tidak lagi dibenarkan menunggang haiwan tersebut.

Sumber : Independent.co.uk

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*