Tanam Daun Pudina Di Rumah. Guna Cara Hidroponik, Mudah & Menjimatkan!

Tanam Daun Pudina Di Rumah. Guna Cara Hidroponik, Mudah & Menjimatkan!

DAUN pudina merupakan salah satu daun yang bole dimakan. Pudina banyak digunakan sebagai ulam dalam laksa, pewangi untuk nasi briyani, juga sebagai ulam dengan sambal.

Daun pudina juga boleh dimasukkan sekali dalam air sirap kerana aromanya yang cukup harum

Banyak manfaat yang anda peroleh apabila bercucuk tanam di rumah. Selain menjimatkan tak perlu beli sayur di kedai, ini juga salah satu aktiviti yang boleh dijadikan hobi bermanfaat.

Cara yang dikongsikan oleh puan Raudzah Arippin ini yang menggunakan kaedah hidroponik untuk tanam daun pudina di rumah. Pokok pudina ini saya tanam secara hidroponik ringkas, ikut panduan di youtube. Ini gambar terbaru. Cantik kan?

Nanti Kak Odah cari semula masa baru-baru buat. Dulu sikit saja daunnya dan kecil-kecil. Sekarang sudah makin lebat dan besar-besar daunnnya.

Ok, kalau mahu cuba tanam daun pudina boleh ikut langkah-langkah berikut ini:

1. Dapatkan anak pokoknya yang mempunyai akar. Saya beli di nurseri.

2. Sediakan satu bekas untuk diisi air dan penapis di atasnya (atau lubangkan bekas makanan). Boleh lihat gambar.

3. Keluarkan pokok pudina tadi dari tanah dan bersihkan akarnya.

4. Letak pudina pada bekas tapis dan masukkan akar-akar pudina tadi melalui lubang-lubang pada tapis tersebut. Jika kecil sangat, potong sedikit untuk besarkan.

5. Pada bekas air di bawahnya pula, letakkan air sehingga paras bawah penapis. Atau pastikan akar terendam dalam air.

6. Masukkan baja air AB ikut sukatan pada panduan penggunaan baja. Bacaan ppm untuk pudina ialah 1400-1680 ppm. (Baja AB dan alat bacaan ppm air boleh dibeli dalam talian. Murah je)

7. Seminggu atau 2 minggu sekali kena potong potong pucuk pudina ini untuk menggalakkan lagi pertumbuhan daun baru. Juga kena periksa paras air dan kandungan bajanya.

Ni lah hasilnya tuan-tuan dan puan-puan. Di bawah merupakan serba sedikit kebaikan daun pudina. Memang terbaik!

  • Daun pudina banyak digunakan dalam produk seperti ubat gigi, ubat pencuci mulut atau gula-gula getah. Selain baunya yang sedap, daun pudina turut mempunyai sifat antibakteria yang boleh membunuh kuman atau bakteria pada plak gigi seterusnya menyegarkan nafas.
  • Teh pudina adalah antara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).
  • Sebagai perangsang dan dapat membantu proses penghadaman.
  • Minyak pudina juga turut mampu melegakan sakit kepala seperti jenis tegangan dan migrain. Hal ini mungkin disebabkan oleh kandungan mentol dalam minyak pudina yang boleh meningkatkan kadar aliran darah dan mendatangkan sensasi sejuk yang mungkin mengurangkan kesakitan.
  • Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut seperti cramps dan colic, ia menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
  • Khasiat daun pudina turut dikaitkan dengan kebolehan mengurangkan alahan. Kandungan asid rosmarinic dalam pudina menjadikan ia mampu mengurangkan simptom atau gejala alahan seperti hidung berair, mata gatal atau asma
  • Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
  • Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
  • Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
  • Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.
  • Minyak daun pudina mampu menghilangkan rasa loya.
  • Teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak. Secara tidak langsung melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.

Banyak lagi sebenarnya kebaikan pada daun pudina yang kita tak tahu. Oleh tu, eloklah kita mengamalkan daun pudina dalam kehidupan kita. Rasanya sangat sedap dengan bau yang menyegarkan.

Sumber:  Raudzah Arippin

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*