‘Terjaga’ Selepas Suspek Pura-pura Pengsan Selama 3 Hari, Terliur Bau Kari Buatnya ‘Menyerah Kalah’

Seorang sus.pek dilapor telah berpura-pura pengsan selama tiga hari setelah ditangkap dan akhirnya terpaksa ‘menyerah kalah’ setelah bau masakan ‘menangkap’ hidungnya dan membuatkan dia terjaga dari ‘pengsan’.

Menurut Global Times, sus.pek dari Hubei China itu terjaga dari ‘pengsan’ yang dibuatnya apabila terbau kari ketika seorang pegawai po.lis sedang makan nasi daging kari di sisinya. Malah, sus.pek tersebut mengatakan bahawa makanan itu ‘berbau sangat sedap’ untuk perutnya yang kosong.

Lelaki itu telah ditangkap kerana disyaki melakukan penipuan pada 7 Julai. Namun, untuk mengelakkan siasatan terhadapnya, dia memutuskan untuk berpura-pura mengalami trauma dan berpura-pura pengsan di depan po.lis, menurut pengakuannya seperti yang dilaporkan Global Times.

Setelah dihantar ke hospital, doktor mencuba pelbagai rawatan untuk ‘membangunkannya, tetapi semuanya gagal.

Pada hari ketiga ‘pengsannya’, lelaki itu akhirnya ‘bangun’ dengan sendiri ketika seorang po.lis sedang makan nasi daging kari berdekatan tempat tidurnya.

“Bau nasi itu sangat kuat, dan menyebar ke seluruh ruangan ketika saya memakannya,” kata pegawai itu. Tambah pegawai itu, sus.pek kemudiannya mula menggerakkan kepalanya dan perlahan-lahan bangun.

Sus.pek akhirnya mengaku bahawa makanan itulah yang akhirnya membuatnya ‘menyerah kalah’. “Saya tidak makan selama tiga hari. Perut kosong saya tidak dapat menahan lagi ketika menghidu makanan di sekeliling saya.”

 

Sumber: Global Times

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*