Terkini! Agong dukacita kenyataan pembatalan Ordinan Darurat

KUALA LUMPUR, 16 Julai -- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Potret rasmi Seri Paduka Baginda dikeluarkan sempena dengan Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai ini.
--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada Isnin lalu berhubung kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan Baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudin dalam kenyataan berkata, Ordinan Darurat itu dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun secara maya pada 24 Julai bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah dilaksanakan.

“Seri Paduka Baginda juga telah menegaskan bahawa kenyataan Takiyuddin adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembetangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*