Terserempak Pakwe ‘Angkut’ Awek Lain, Gadis Terus Naik Hantu Terus Jahanamkan Motor

Dah selalu kita dengar isu-isu selingkuh melibatkan pasangan yang menjalinkan hubungan jarak jauh. Akan tetapi, tak mustahil kalau ada di antara mereka yang turut melakukan hal sama walaupun pakwe atau makwe sendiri sudah berada di depan mata.

Boleh pula terjumpa pakwe kat luar…Kantoi tengah bonceng awek lain naik motor

Situasi sama dilalui seorang gadis ini apabila dia terserempak dengan teman lelakinya sendiri dalam keadaan yang sangat menyakitkan perasaan. Rupa-rupanya, pemuda tersebut telah pun kantoi membonceng seorang wanita lain dengan motor miliknya.

Dah tak tahan sangat, terus ambil batu baling kuat-kuat dekat motor…Habis orang lain tengok

Gara-gara terlampau kecewa dengan adegan sweet yang berlaku depan matanya sendiri, gadis berkenaan seakan kehilangan pertimbangan lalu melepaskan geram. Bagai sukar dikawal, dia dilihat cuba merosakkan motor lelaki tersebut dengan membaling serta menghentak sebiji batu besar berkali-kali. Aksi yang tak ubah seperti dalam drama itu turut disaksikan orang ramai berhampiran.

Jangan main-main dengan perempuan yang setia…Sekali dikhianati terus ‘naik hantu’ macam ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan apa yang perlu dilalui gadis berkenaan. Selain tertanya-tanya apakah cerita sebenar berlaku di sebaliknya, ramai juga mendoakan supaya dia berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Sumber: kisahdunia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*