Tips Cara Cepatkan Air Mendidih Bila Tetamu Datang Rumah

cara cepatkan air mendidih

Cara Cepatkan Air Mendidih Bila Tetamu Datang Rumah

Apakah sikap kita tatkala menerima kunjungan tetamu? Adakah kita mengalu-alukan kedatangan mereka atau berasa kurang senang dengan kehadiran mereka? Kepada mereka yang rasa kurang selesa, buanglah perasaan itu jauh-jauh kerana tetamu yang datang bertandang itu sebenarnya membawa rezeki.

cara cepatkan air mendidih

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tetamu dikatakan membawa rezeki jika kedatangan mereka ketika kita dalam kesempitan? Bagaimana mahu melayan mereka dengan sebaiknya sedangkan untuk makan memenuhi perut sendiri pun belum tentu dapat. Dalam perkara itu, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila tetamu masuk ke rumah, maka dia masuk dengan rezekinya dan jika keluar, dia membawa pengampunan dosa orang-orang rumah itu. (Riwayat ad-Dailami)

Maka, janganlah kita fikir kedatangan tetamu ke rumah hanya untuk menghabiskan makanan di rumah kita pula. Percayalah setiap aturan ALLAH SWT itu adalah yang terbaik. Usahlah kita gelisah dengan rezeki yang bakal kita berikan kepada tetamu yang datang kerana ALLAH SWT tidak akan menyusahkan malah, akan membantu kita dalam keadaan tidak disangka-sangka.

Apabila rumah kita dikunjungi tetamu, senyumlah dan layanlah mereka sehabis baik agar mereka berasa kehadiran dialu-alukan. Simpan segala masalah yang kita hadapi dan bersedia dengan rezeki yang sedang ALLAH SWT atur untuk kita selepas itu.

Bila tetamu tiba-tiba singgah, air dalam termos pula habis. Memang kalut! Takkan nak hidang kuih dengan air sejuk kot. Ha..ini petua cepatkan air dalam cerek mendidih yang anda boleh cuba.

Bahan yang diperlukan:

  • Cerek
  • Air
  • Gula

Cara-caranya:

  1. Masukkan air ke dalam cerek dengan secukupnya.
  2. Panaskan.
  3. Kemudian tambahkan gula mengikut kadar air tadi. (kuantiti gula yang biasa anda guna untuk bancuh air)
  4. Masak air seperti biasa. Hasilnya air akan cepat mendidih. Disamping itu kerja anda juga lebih mudah kerana dah tidak perlu lagi tambah gula dalam minuman.

Sabda Rasulullah yang bermaksud;

“Wahai manusia,janganlah kamu membenci kehadiran tetamu. Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar(pulang),membawa dosa ahli rumah tersebut keluar”.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*