Tukang Ni Pesan Supaya Tidak Siram Rambut Gugur Ke Dalam Saluran Air, “Ni Hasil Untuk 2 Tahun”

Setiap kali mandi, mungkin anda akan perasan bahawa terdapat beberapa rambut gugur pada lantai tandas anda. Walaupun apa yang anda kelihatan itu dalam kuantiti yang sikit, namun apabila digabungkan sehari demi sehari, ianya akan membentuk gumpalan yang semakin membesar.

Mungkin, itulah antara masalah segelintir orang yang mempunyai masalah rambut gugur. Antara langkah mudah yang dilakukan dengan hanya menjirus air pada rambut tersebut dan ia akan mengalir ke dalam saluran dan ‘lesap’ daripada pandangan. Pun begitu, tahukah anda bahawa perbuatan tersebut boleh mendatangkan masalah secara tidak langsung bakal ‘mengorbankan’ wang ringgit anda.

Begitulah yang digambarkan oleh pihak tukang menerusi Facebook Bro Man’s yang berkongsikan gumpalan yang berjaya dikeluarkan dari saluran di dalam tandas. Selain itu, dia juga menasihati agar tidak menyiram rambut gugur masuk ke dalam saluran.

Ni hasil untuk 2 tahun

Hari ni cuma nak share sikit info. Kalau yang ada masalah rambut gugur jangan siram rambut yg gugur tu masuk dalam saluran. Nanti jadi mcm ni kena keluar modal nak panggil plumber servis. Ni hasil untuk 2 tahun.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat terdapat juga warganet yang bersetuju dengan pesanan tersebut, malah ada yang menambah dengan pelbagai kaedah lain. Antaranya ialah sentiasa menutup saluran air tersebut dan juga menggunakan pelbagai alat untuk mengeluarkan rambut tersumbat.

Tambah Bro Man’s di ruangan komen juga, rambut yang di ‘flush’ dalam mangkuk jamban juga janganlah diamalkan selalu kerana dikhuatiri boleh menjadi punca tersumbat disebabkan rambut tidak hancur.

 

Sumber: Bro Man’s

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*