Tular Ahli parlimen (Tim. Menteri) tambah isteri ketika PKP

PETALING JAYA – Dakwaan mengenai seorang ahli parlimen menambah isteri ketika rakyat sedang bergelut dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh kini berlegar di laman sosial.

Menurut sumber, majlis akad nikahnya diadakan secara dalam talian dengan seorang imam dari Narathiwat, Thailand.

Majlis yang diadakan di masjid sebuah negeri di pantai timur pada Khamis lalu itu turut dihadiri oleh dua saksi.

Jelasnya, ahli parlimen yang mempunyai jawatan dalam kerajaan itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM11,111 kepada isteri mudanya yang dikatakan berasal dari Selangor.

“Dia berkahwin menggunakan wali hakim dari Thailand dan pendaftaran kahwin pun di sana,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi. – K! ONLINE

Seorang Timbalan Menteri did4kwa men1kah seorang lagi di selatan Thailand ketika rakyat negara ini berdepan dengan Per1ntah K4walan Pergerakan (PKP) penuh.

Menurut salinan surat n1kah yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat itu, pern1kahan mereka berlangsung pada 1 Jun lalu, hari Kerajaan mengenakan PKP termasuk di Kelantan.

Ia dikatakan berlangsung di Masjid Kedai Baru, Jajahan Sungai Golok, Wilayah Narathiwat.

Turut disebarkan adalah lafaz aqad n1kah ahli parlimen sebuah kawasan di Kelantan berkenaan yang dibuat secara online dengan jurun1kahnya.

“Sedak bek4s bos Khairul Azuan plak ehhhh trik nih. Ore akat dero putih….dia akat bini baru,” tulis seorang aktivis politik, Ayie Prope melalui facebook beliau.

Johar Ismail pula menulis, “Di saat rakyat Iapar, dia yang bergaji puIuhan ribu tambah bini…!”

“T0k Lebai Pas yang bertaraf “kayangan” guna sendiket n1kah online dengan imam yang berada di Thailand.

“Pernah kahwin 2…3..nak jawab n1kah pun tanya tok imam. Bui h0k ni dulu..!!!” tulis beliau dalam facebooknya pula.

Sumber Twitter ZackRockstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*