UMNO Tarik Balik sokongan Terhadap PM Serta-merta, Tidak Sokong Anwar Sebagai Perdana Menteri

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO secara sebulat suara memberi keputusan untuk tidak menjalankan kerjasama bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta merta.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut berkuat kuasa serta merta setelah tujuh prasyarat yang diminta UMNO dilihat tidak berjaya dilaksanakan oleh kerajaan hari ini.

“Tempoh yang UMNO berikan buat kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ditarik balik dan ditamatkan serta merta. UMNO mendesak agar Perdana Menteri untuk berundur diri secara terhormat untuk melantik pimpinan terbaru.

“Perdana Menteri yang baharu perlu menyelesaikan segera pandemik Covid-19 serta segerakan proses vaksinisasi. Setelah berjaya, Perdana Menteri baharu perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk adakan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi mengembalikan keseimbangan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mesyuarat bersama MKT UMNO secara maya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sebentar tadi.- K! ONLINE.

Sumber: Sidang Media UMNO

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*