(VIDEO) 2 lelaki ‘lolos’ dari kawasan PKPD kini diburu Polis

PETALING JAYA – Dua orang lelaki dirakam melarikan diri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Kuala Lumpur yang terletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Pukul 4 petang tadi saya dimaklumkan tentang kejadian penduduk melarikan diri dari kawasan PKPD PPR Pantai Ria iaitu di belakang blok B.

“Pihak polis telah dimaklumkan dan sedang menjejak mereka. Rumah mereka di PPR Pantai Ria juga telah dikenal pasti. Tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kedua-dua individu berkenaan dipercayai penagih dadah.

– K! ONLINE

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 14 lokaliti di Kuala Lumpur turut dikenakan PKPD.

Tegasnya, arahan tersebut berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai 2021.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*