(Video) 5 Mitos Penjagaan Kereta Ini Anda Jangan Percaya, “Tak Perlu Tekan Push Start Button 3 Kali”

Memiliki sebuah kereta bukanlah perkara yang mudah. Nak kena fikir isi minyak, hantar servis untuk maintenance lagi. Kalau kereta buat masalah, susah la nak bergerak. Duit pun keluar macam air je nak baiki kereta.

Untuk mengelakkan keluar duit untuk kereta, ramailah yang buat tips itu dan ini supaya kereta tak buat masalah. Maka macam-macam ‘petua’ pasal kereta yang kita dengar, malah ada juga yang kalau difikirkan balik macam tak masuk akal.

Mungkin korang pernah dengar paling kurang satu ‘petua’ pasal kereta ni. Antara yang popular ialah isi minyak waktu malam lagi jimat dari waktu siang. Maka ramai lah berbondong-bondong pergi pam minyak waktu malam sebab nak jimat.

Selain ‘petua’ isi minyak waktu malam ni, rupanya banyak lagi mitos tentang kereta yang beredar dan masih dipercayai ramai orang.

Oleh itu, pengguna TikTok @adrianchiaaa menerangkan fakta sebenar di sebalik mitos-mitos kereta yang korang dengar tu. Video ini mendapat 395.5 ribu tontonan di TikTok setakat ini.

 

Sumber: TikTok @adrianchiaaa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*