Video Abang Ambulans ‘Sakat’ Polis Di SJR Buat Ramai Terhibur, “Tak Cuti Raya Ke?”

Tinggal sehari sahaja lagi sebelum kita bakal menyambut Hari Raya Aidiladha. Namun sama seperti perayaan Aidilfitri tahun ini, orang ramai terpaksa menerima hakikat yang kita terpaksa menyambut aidiladha secara bersederhana ekoran dari penularan covid-19 yang sedang mengganas.

Terbaru tular di aplikasi TikTok satu video yang dikongsikan seorang pengguna @itsmezack memperlihatkan sebuah ambulans ‘menyakat’ anggota polis yang sedang bertugas di sebuah sekatan jalan raya(SJR)

Menerusi video tersebut, pemandu ambulans berkenaan dilihat mengajukan soalan yang ‘makan dalam’ kepada anggota-angota polis yang sedang bertugas sebaik melintasi SJR terbabit.

“Dua hari lagi nak raya, dua hari lagi nak raya, tak cuti ke?” tanyanya ringkas menggunakan pembesar suara di ambulans tersebut.

Meskipun ringkas, video berdurasi beberapa saat itu nyata mencuri perhatian netizen. Ramai dilihat terhibur apabila pasukan barisan hadapan negara bergurau sesama sendiri mengenai cuti walhal semua tahu cuti kesemua mereka kini dibekukan dalam menangani wabak maut ini.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton sebanyak 2.1 juta kali dan telah meraih 208 ribu tanda suka dan 3900 komen.

Comel je frontliner gurau sesama sendiri.. padahal dia pun tak cuti..

Video:

 

Sumber: Buzzkini, itsmezack2

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*