(Video) Akak 7E Ini ‘Bebel’ Cara Betul Ambil Air Slurpee, Jangan Tumpah ke Lantai

Suatu ketika dulu, air Slurpee keluaran daripada 7-Eleven ini menjadi kegilaan ramai. Mana taknya, rasa yang manis bergas memang menjadi kesukaan ramai. Bukan dahulu je, sekarang pun masih ada penggemar Slurpee ini.

Selain itu, mungkin korang pun pernah lakukan perkara yang sama iaitu selalu tumpahkan lebihan daripada air Slurpee ni kan? Mungkin waktu itu, kita masih kurang mahir untuk mengisinya.

Tetapi, kali ini SK nak kongsikan cara ambil air Slurpee dengan betul tanpa air lebihan tumpah ke lantai dan tidak menyusahkan orang lain. Jom kita tonton video di bawah.

7 perkara yang anda tak tahu tentang Minuman Slurpee 7-Eleven

Kali ini, kami ingin berkongsi pula lapan fakta lain yang menarik mengenai Slurpee:

1. Iklan komersial di televisyen membuatkan jualan meningkat

Slurpee hanya terjual lebih kurang 50 cawan sehari di setiap cawangan 7-Eleven sebelum syarikat itu melancarkan siri iklan “Strange Things” di televisyen. Dalam salah satu siri iklan itu, seorang lelaki mengatakan yang hidupnya adalah biasa-biasa sahaja sehinggalah dia meminum Slurpee – keesokan harinya, lelaki itu terus bertukar menjadi seorang juruterbang.

2. Slurpee mempunyai rekod single sendiri

Pada era 70-an, budaya pop melalui satu peredaran zaman yang agak pelik. Ketika itu, 7-Eleven telah mendapat lesen untuk mengeluarkan lagu single dalam vinil 45 RPM iaitu “Dance the Slurp? sebagai satu lagu untuk mempromosikan minuman itu. Ia diedarkan secara percuma di semua cawangan 7-Eleven. Lagu unik itu memainkan alunan muzik rancak disulami dengan bunyi hirupan Slurpee.

3. Slurpee telah merevolusikan penyedut minuman

Setelah Slurpee mula menguasai pasaran, pihak 7-Eleven sedar bahawa para pelanggan mengalami kesukaran untuk mencedok dan menghirup sisa-sisa ais dan sirap di bahagian bawah cawan.

Jalan penyelesaian muncul apabila seorang pencipta, Arthur Aykanian, telah mereka penyedut minuman bersudu, iaitu penyedut dengan tambahan pencedok kecil di bahagian hujung. Mula diperkenalkan pada tahun 1968, ia kemudian menjadi satu produk yang amat sinonim dengan Slurpee.

Pada tahun 2003 pula, syarikat telah mengambil langkah inovasi lebih jauh iaitu dengan mencipta penyedut minuman yang boleh dimakan. Batang bergula itu boleh dibengkokkan sehingga ia mencecah cecair yang beku seperti ais sebelum mengeras dan menjadi perkakas minuman yang boleh digunakan.

4. “Brain Freeze” telah menjadi tanda dagangan 7-Eleven

Semua orang tahu ‘bahaya’ menghirup Slurpee dengan terlalu pantas, anda akan mendapat sejenis ‘kesakitan’ yang memeritkan di dalam kranium dan boleh menyebabkan lutut serta-merta menjadi longgar.

Walaupun istilah “brain freeze” itu hanya bermula sebagai bahasa percakapan, 7-Eleven melihatnya sebagai satu potensi pemasaran yang berkesan dan mendaftarkan frasa itu sebagai tanda dagangan.

Istilah perubatan yang tepat untuk ‘penyakit’ brain freeze itu sebenarnya adalah sphenopalatine ganglioneuralgia. Ia merupakan sejenis sakit kepala yang disebabkan suhu sejuk melampau terhadap satu arteri utama di tekak dan situasi ini boleh dilegakan cepat dengan menekan lidah ke bahagian lelangit mulut atau meminum sesuatu yang suam.

5. Raja Slurpee berada di Kennewick, Washington

Dari tahun 2007 hingga 2008, Slurpee paling banyak dijual di Kennewick, Washington. Menurut tuan punya cawangan itu, Don Mariotto, dia telah meningkatkan bilangan mesin slurpee daripada 6 menjadi 12 tong kerana permintaan yang tinggi daripada pasukan ragbi sekolah menengah berhampiran. Setelah habis latihan di padang, kesemua pemain itu akan datang terus mencari Slurpee dengan baju yang lencun dibasahi peluh.

Pada tahun 2009, takhta Raja Slurpee beralih kepada cawangan Manitoba. Menurut Mariotto, pihak pengurusan mengubah kiraan kepada bilangan cawan dan bukan lagi mengikut isipadu.

6. Orang dewasa pernah berasa malu untuk membeli Slurpee

Semasa kejayaan Slurpee dari tahun 70-an hingga 80-an, pelanggan dewasa kebiasaannya berasa malu untuk dilihat memegang cawan Slurpee. Disebabkan pemasaran Slurpee banyak dibuat khusus untuk kanak-kanak, orang dewasa adakalanya meminta cawan Big Gulp untuk menyembunyikan Slurpee di dalam.

Setelah mengenal pasti kelemahan itu, pihak 7-Eleven bekerjasama dengan MTV pada tahun 1995 dengan menjadi penaja program “Beach House” ketika itu. Mereka telah mengisi satu kolam renang penuh dengan Slurpee dan golongan muda dan dewasa akan meluncur masuk ke dalam limpahan minuman sejuk itu. Jualan terus melonjak naik 10% pada tahun itu.

7. Hari “Bawa Cawan Anda Sendiri” menjadi huru-hara

Dalam satu daya penarik publisiti pada tahun 2015 dan awal 2016, 7-Eleven membenarkan pelanggan membawa bekas sendiri untuk mengisi Slurpee pada harga $1.50 (RM2.90 di 7-Eleven Malaysia). Walaupun majoriti pelanggan membawa bekas yang munasabah, ada juga yang membawa cerek, akuarium kecil, teko teh malah ada yang membawa gelongsor plastik serta kolam renang boleh kembung. Akhirnya, 7-Eleven terpaksa mengenakan syarat dan saiz kepada bekas yang dibawa.

Sumber: sini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*