(Video) Aksi Rider Grab Food Layan ‘Corner Baring’ Jadi Perhatian Netizen, “Dah Macam MotoGP”

Tidak dinafikan penggunaan dashboard camera atau dash cam yang semakin meluas membuatkan terdapat banyak lambakan video-video aksi dan tingkah laku pengguna diatas jalan raya yang dapat dipaparkan kepada orang ramai.

Dahulunya popular di negara barat seperti di Amerika Syarikat, Rusia dan banyak lagi, kini rakyat di negara kita juga sudah mula berkongsi apa sahaja perkara menarik yang berjaya di rakam dashcam mereka ke dalam media sosial.

Terbaru, tular di media sosial rakaman dashcam memperlihatkan aksi seorang penghantar makanan Grab Food yang kelihatan seperti seorang pelumba motosikal profesional sedang melalui satu sekolah.

Dipercayai dimuat naik seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Saudagar Intan Berlian, ia kemudian dikongsikan semula oleh laman Facebook Malaysian Modders.

Menerusi klip video berdurasi 12 saat tersebut, rider berkenaan secara tiba-tiba muncul dari belakang kenderan pemilik dashcam berkenaan sambil melakukan corner baring di jalan berselekoh yang sedang dilalui mereka.

Meskipun hanya satu klip pendek, aksi rider berkenaan nyata menarik perhatian orang ramai.

Meskipun ada yang bimbang dengan keselamatannya, ramai dilihat lebih terhibur dengan aksi ala-ala pelumba motosikal profesional.

Ada juga yang secara berseloroh menyatakan pasti bersepah-sepah makanan yang terdepat didalam kotak penghantaran yang sedang di bawa olehnya.

Video:

Order spaghetti sos asing, sampai jadi mee kari..

-Buzzkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*