(Video) Babi Hutan Lari Laju Tepi Sawah, Raih 2 Juta Tontonan

PASTI tidak ramai yang berpeluang melihat babi hutan dalam jarak dekat lantaran habitatnya jauh di dalam hutan biasanya.

Babi hutan atau dalam bahasa Inggeris Wild Boar merupakan spesies babi yang liar. Ia banyak terdapat di kawasan Eropah Tengah, Mediterranean dan negara-negara di Asia.

Iklan

Haiwan itu tergolong dalam famili Suidae yang sama dengan Warthog dan Bushpig di Afrika, Pygmy Hog di India utara dan babi rusa di Indonesia.

Babi Hutan boleh mencapai berat hingga 200 kilogram (kg) untuk jantan dewasa dan enam kaki panjangnya.

Baca juga Ular Sawa Berat 100kg Ala Anaconda Ditemui Di Perak. Mampu Telan Mangsa Sama Berat Badannya

Jika terkejut atau dikepung haiwan berkenaan menjadi amat agresif khususnya babi betina. Sekiranya diserang ia akan mempertahankan diri menggunakan gigi taring.
Baru-baru ini tular video memaparkan seekor babi hutan berlari laju di media sosial.

Perkongsian pengguna dikenali Faiz Putra di laman sosial TikTok mendapat perhatian warganet.

Video berdurasi 20 saat itu telah mendapat sebanyak dua juta jumlah tontonan dan 235,000 tanda suka.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak menyangka haiwan berbadan besar itu mampu berlari sangat laju.

Pada masa sama, memuji individu yang merakam video terbabit.

Antara komen warga maya:
– “Kelajuan tanpa halangan.”
– “Wow, top speed.”
– “Wow, video macam shoot movie.
– “Nak tanya, berapa kelajuan motor atau kereta abang waktu ni?
– “Style video. Framing cantik, cuaca cantik, view cantik dan subject in action.”

Jom tonton Video Di bawah…

Untuk pengetahuan korang, babi hutan adalah haiwan nokturnal yang dan mencari makanan dari senja sehingga Subuh. Ini disebabkan haiwan pemburu yang lain aktif memburu pada waktu siang.

Sumber: TikTok @faizputra26

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*